BAB 11

7 3 0
                                    

"IBU dan abah datang dengan siapa? Kenapa tak beritahu Faith yang abah dan ibu nak datang KL? Ni, ibu dan abah sihat ke?" soal Faith bertalu-talu. Kagetnya belum hilang sejak Ridhwan mengabarinya yang Tuan Aziz dan Puan Rashidah sudah tiba di KL. Mana tidak, dia langsung tidak tahu menahu tentang itu.

Tawa Tuan Aziz meletus. Puan Rashidah pula sudah geleng kepala. Tuan Aziz mahupun Faith, kedua-duanya sama. Bapa borek, anak rintik sungguh!

Mata tersasar ke belakang Faith. Senyuman manis diukir meski hati dihurung sebu. Fikiran mula aktif dengan pelbagai soalan. Tak mungkin dia akan menanyakannya di sini. Nantilah. Tiba masanya nanti, pasti dia akan mengetahuinya sendiri.

"Sayang, sini," tegur Puan Rashidah apabila Ayrana bertentang mata dengannya.

Teragak-agak Ayrana merapat. Faith dan Tuan Aziz serentak berpaling ke arah mereka. Faith agak tersentak manakala Tuan Aziz hanya tersenyum.

Aryana dan Puan Rashidah bertukar senyuman. Ditarik gadis itu ke dalam pelukan. Ayrana kaku dek terkejut dengan tindakan wanita itu. Dengan sedikit teragak-agak, dia membalas pelukan itu. Air mata terasa murah untuk gugur. Ya Allah, dia rindukan pelukan ini. Pelukan seorang ibu.

"Ibu rindu Rana. Lama kita tak jumpa ya, sayang? Rana sihat? Ibu ingatkan, ibu dah tak ada peluang jumpa Rama lepas apa yang Faith bagi tahu dulu. Tapi, Allah Maha Adil kan, sayang? Walaupun tak seindah yang dirancang, kita masih boleh jumpa. Dengan nyawa yang masih dikandung badan. Tak terkata betapa rindunya ibu dengan Rana. Setiap detik ibu doakan Rana, sayang. Ibu selalu doa pada Tuhan untuk jaga Rana supaya Rana sentiasa selamat. Tak sangka langsung Tuhan ada perancangan yang lebih indah. Anak ibu juga yang jaga Rana."

Ayrana terdiam. Mata Puan Rashidah tertancap pada Faith yang turut sama memandangnya. Wajah sang anak berubah bingung. Ayrana dan Puan Rashidah pecah ketawa. Faith bertambah bingung. Dipandang Tuan Aziz dengan harapan lelaki separuh abad itu menjelaskan kepadanya apa yang berlaku, namun hampa. Hanya gelengan yang dia dapat.

Tangan Ayrana digenggam dari sisi. Lantas sahaja Puan Rashidah dipandang. Puan Rashidah tersenyum lalu Ayrana ditarik mengikutinya masuk ke dalam rumah, meninggalkan Faith dan Tuan Aziz di luar.

Faith hela nafas lelah. Jantungnya berdegup kencang sepanjang menyaksikan aksi manis Puan Rashidah dan Ayrana. Entah mengapa terbit rasa senang melihat momen itu tadi.

"Baru niat nak masuk, lupa ada anak dara dekat dalam," kata Tuan Aziz memecah hening. Ridhwan yang berada tak terlalu jauh dari mereka menyahut dengan ketawa. Terlepas keluhan Faith. Haihlah abah ni...

+++

"SILAKAN minum. Seratus peratus air tangan Faith," pelawa Ridhwan ramah. Dulang berisi satu jug air dan empat gelas kaca diletakkan perlahan di atas meja kopi yang berada di tengah ruang tamu.

"Ridhwan tak minum sekali?" Soalan Tuan Aziz dibalas dengan gelengan. Dia ada kerja yang perlu diselesaikan berkait dengan kejadian Faith beberapa hari lepas. Ridhwan tersenyum sebelum pamit pergi. Susuk Ridhwan dihantar dengan lirikan mata saja oleh Faith. Ruang kosong di sebelah Tuan Aziz menjadi pilihan.

"Faith okey ke sekarang? Kesan terhiris tu terbuka lagi ke?" soal Puan Rashidah kepada anak terunanya. Faith angguk sekali sebelum badan dibongkokkan mendekat.

"Kesan tu dah tertutup. Gladly, jahitan kemas dan berjaya."

Cukup itu sajalah yang dia akan beritahu. Selebihnya Puan Rashidah dan Tuan Aziz tak perlu tahu. Matanya bertemu anak mata Ayrana. Berdasarkan cara Ayrana memandangnya, Faith tahu dia berhutang penjelasan dengan gadis itu.

+++

"KENAPA tak beritahu perkara sebenar?" Keluh yang ditahan sedari tadi terlepas jua. Sekarang hanya mereka di ruang tamu setelah Puan Rashidah dan Tuan Aziz ke bilik ke tetamu untuk berehat setelah merempuh perjalanan yang jauh.

Faith mengisyaratkan agar Ayrana duduk dan dipatuhi tanpa bantahan. Hening menyinggah beberapa minit. Ayrana mahu bersuara tapi apabila melihat wajah Faith yang kelihatan kusut itu, dia menahan saja hasratnya yang satu itu.

Faith panggung kepala. Mata mereka bertemu. Tajam Faith merenung Ayrana sehingga menggigil sedikit tubuh Ayrana dek rasa takut yang tiba-tiba muncul.

"Ke... Kenapa awak..."

"Tolong tutup mulut awak. Saya tak nak dengar apa-apa dah lepas ni," celah Faith. Ayrana terdiam. Hatinya sedikit tercuit. Bukan rasa suka, melainkan terasa. Ya, dia terasa hati. Tak pernah Faith berkata sebegitu. Kepala terus menunduk. Dia tak mahu Faith melihat matanya yang mulai bertakung.

Faith meraup muka kasar. Dia tahu Ayrana terasa dengan kata-kata yang dilontarkan tadi, tapi mahu bagaimana lagi? Dia tak nak ibu bapanya masuk ke dalam sangkar yang direka oleh mereka untuknya.

"Saya minta maaf, tapi boleh saya minta tolong awak? Tolong tutup mulut awak pasal kes tu. Saya tak nak ibu dan abah diapa-apakan," pohon Faith. Ayrana tak mengangguk mahupun menggeleng. Hanya diam merenung lantai bermozek itu.

"Cik Ayrana," panggil Faith.

Ayrana masih tak menyahut. Terlepas keluh Faith. Dia perlu pujuk Ayrana. Dia tak nak Ayrana terus-menerus terasa hati dengannya. Dia takkan tenang.

"Cik Ayrana," panggil Faith sekali lagi. Ayrana tak berkutik. Faith mengeluh. Dia bangun lalu tempat di sisi kanan Ayrana menjadi tempat duduknya dilabuhkan.

"Rana, tolong jangan macam ni. Ada sebab kenapa saya buat semua ni." Faith cuba memujuk. Ayrana angkat kepala. Mata mereka bertembung sesaat sebelum diputuskan oleh Faith. Ayrana menunduk kembali bersama kekecewaan yang memenuhi ruang hati.

"Hey, look at me," panggil Faith lembut. Lambat-lambat kepala dipanggung. Anak matanya bertemu lagi dengan anak mata itu.

"I'm doing what must be done, so stop with the frown, my love. Don't let the darkness eclipse the sun and keep that beautiful smile in place."

"Aik, kenapa macam terlebih gula je? Rasa dah beli yang zero sugar? Macam mana boleh manis lagi?" seloroh Ridhwan yang baru masuk bersama satu tin Coca-Cola zero sugar.

Faith melihat Ridhwan tanpa riak. Ayrana sudah mengetap bibir, menahan ketawa apabila sedar akan wajah Ridhwan yang berubah pucat tatkala menyedari renungan Faith terhadapnya.

"Err... Aku ada salah cakap ke?" soal Ridhwan polos.

"Cik Ayrana, you must be tired now. Jom, saya hantar cik balik," kata Faith mengabaikan soalan Ridhwan tadi. Dah soalan bodoh, buat apa nak layan?

"Okey, tapi saya nak jumpa ibu dan abah kejap."

Ayrana berdiri dan terus berlalu ke tingkat atas, di mana terletaknya bilik yang diinapi oleh Tuan Aziz dan Puan Rashidah. Faith menghantar gadis itu dengan lirikan mata sebelum teralih kepada Ridhwan yang masih setia menjadi tugu di ruang tamu itu.

Badan disandarkan selesa di sofa berangkai dua itu. Mata masih menikam anak mata Ridhwan. Kaki kanan naik dan diletakkan di atas lutut kiri.

"Ke... Kenapa kau tengok aku macam tu?" Gagap Ridhwan menyoal. Cuak dibuatnya apabila Faith memandangnya seperti harimau kelaparan. Tajam!

"How?"

Ridhwan tak ambil masa yang lama untuk memahami maksud Faith. Keluh dihela lelah. Punggung dilabuhkan ke sofa berangkai satu di samping Faith.

"Kasyah nak jumpa kau. Datuk Ghaffar mengadu pasal kau lagi. Due date sampai esok."

Tubuh Faith mengeras. Dia yakin, kejadian yang menimpanya beberapa hari lepas berkait rapat dengan Datuk Ghaffar. Lebih tepat, Zarish Mikaeel yang menginginkannya mati.

"Zarish, you started the game."

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANWhere stories live. Discover now