BAB 05

48 22 1
                                    

"ZARISH, pewaris tunggal Mokhtar Holding." Ayrana kaku. Huluran tangan diabai tak bersambut. Geli! Bukan dia tak kenal siapa lelaki di depan dia saat ini.

Kasanova! Kaki perempuan!

Mahu sahaja Ayrana hambur semua itu jika dia tidak ingatkan diri bahawa Datuk Mokhtar dan Datin Hazirah turut bersama. Mereka tak tahu ke peribadi Zarish yang sebenar? Takkan Datuk Ghaffar juga terpedaya?

"Ayrana, my only beloved daughter. Maafkan Rana, Zarish. Dia terkejut tu jumpa Zarish," ujar Datuk Ghaffar memecah hening. Ayrana memandang Datuk Ghaffar tak percaya. Terkejut jumpa lelaki kasanova tu? Loya pula tekak ingin memuntahkan semua yang baru disantap didepan Zarish sekarang juga.

"It's okay, uncle. Maybe Rana tak kenal Zarish, tu yang kekok sikit dengan Zarish," kata Zarish sopan. Oh, tolonglah! Nak muntah. Ayrana buat muka jijik tapi cepat senyum paksa dilakar. Bencinya fake!

"Good lah kalau Zarish dan Rana okey aje with each other. By the way, can I know who's the guy yang selalu dengan my daughter-in-law tu? I bukan apa, I tak naklah tiba-tiba ada antagonis dalam hidup anak I, Zarish. You fahamkan maksud I?" Datin Hazirah berkata lancar.

Ayrana tahan geram. Ya Allah, dengan Faith pun nak cemburu. Tapi memang patut sebab jika nak dibandingkan Zarish dan Faith, Zarish kalah jauh dengan Faith yang rupawan.

"Faith. My personal bodyguard."

Dan siapa yang nak jadi your daughter-in-law ni? Aku tak kata apa-apa dah claim menantu. Lambat lagi! Sayangnya, hanya hati mampu berbicara.

"Personal bodyguard? Macam personal boyfriend aje caranya. Pergi mana-mana berkepit. I tak nak budak lelaki tu jadi punca any bad happens," kata Datin Hazirah tak suka.

Ya Allah, apa masalah makcik sorang ni? Lagak macam dia tu mak aku. Omel Ayrana meluat. Ikut suka dialah nak berkepit dengan sesiapa pun. Ni mesti kes tergugat sebab Faith jauh lebih kacak berbanding Zarish yang berlagak kacak. Faith dahlah handsome, tegap pulak tu. Zarish? Apa aje yang lelaki itu ada? Setakat harta, sorry tak layan.

"I'm sorry a lot, datin but..."

"Mummy. Just call me mummy, sweetheart. Lagipun Rana akan kahwin dengan Zarish juga."

"What?!" soal Ayrana kuat. Ayrana lihat Datin Hazirah seketika sebelum beralih memandang Datuk Ghaffar. Kahwin dengan Zarish? No! A big ton of no! Siapa yang setuju?

"What's wrong? Is there something you don't like, beloved Ayrana?"

Baru mulut ingin berbicara, Datuk Ghaffar mendahului dengan kata-kata tak sedap didengar. Ayrana benar-benar akan gila. Kenapa dia tak tahu? Dan bila pula dia setuju?!

"Actually, we would like to invite you, Datuk Ghaffar and Ayrana somewhere. You can follow us behind," ujar Datuk Mokhtar. Datuk Ghaffar dengan senang hati bersetuju.

Dengan amat terpaksa, Ayrana mengikut jua. Terasa pinggang dipeluk dari belakang, lantas Ayrana menjauh. Zarish dipandang tak suka. Mata terus mengerling kelibat Datuk Ghaffar dan Faith yang berbual tak jauh dari mereka.

Pandangan Ayrana dan Faith tertaut namun hanya dalam beberapa detik sahaja apabila lelaki itu berpaling. Kecewa. Mata Faith memancarkan kekecewaan. Ayrana mengeluh perlahan. Faith direnung sehingga tubuh itu hilang ke dalam perut kereta. Hanya tatapan redup menghantar pemergian tanpa pamitan itu.

Ya Allah, Kau teguhkanlah cinta kami. Sayu hati mengaminkan doa.

+++

"JADI kau cakap yang cik Ayrana akan kahwin dengan anak Datuk Mokhtar? Kau yakin ke?"

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANWhere stories live. Discover now