BAB 07

32 8 0
                                    

"AYRANA NARYSHA! Kau pergi mana tadi?! Mujur tak tercabut nyawa aku tengok kau takde atas katil tadi," marah Najihah bernada risau. Faith disebelah juga berkerut bimbang memandang Ayrana yang baru masuk.

Ayrana senyum kecut. Rambut diraupkan ke belakang, menjatuhkan sesuatu yang terselit pada rambut. Pantas Faith mengambilnya tanpa disedari Ayrana dan Najihah. Kaki melangkah ke hadapan katil, hanya memerhati Ayrana dan Najihah yang seperti ibu dan anak. Bibir melukis senyum kecil.

"Lain kali, keluar tu biar aku teman. Aku takde, Faith ada," nasihat Najihah prihatin. Ayrana balas dengan anggukan dan senyuman. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana hadirkan Maksu dan Faith untukku. Ayrana amin doa syukur.

Pintu wad terbuka luas. Refleks Faith berdiri di hadapan Ayrana dan juga Najihah. Datuk Ghaffar masuk bersama enam orang lelaki berbadan tinggi dan tegap, hampir sama seperti Faith.

Salah seorang daripada lelaki-lelaki itu mendekati Faith lalu tangan naik melayang penumbuk namun Faith jauh lebih pantas. Dia memegang buku lima sebelum dipulas sedikit. Faith terus menolak lelaki itu menjauhinya dan sekaligus melepaskan genggamannya.

Raut Datuk Ghaffar bertambah bengis. Amarahnya membuak-buak apabila Faith berjaya melawan serangan daripada orang-orangnya.

"Habiskan dia!" jerit Datuk Ghaffar penuh emosi. Ayrana dan Najihah mula gelabah. Enam lawan satu? Berkemungkinan besar untuk Faith kalah.

Faith hampir rebah namun digagahkan jua kaki berdiri meski dia sendiri sudah tak mampu lagi. Tubuh jatuh mencium lantai. Faith dipukul habis-habisan namun dia masih di alam kesedaran. Dipegang kaki salah seorang lalu ditarik ke kanan menyebabkan dia dikapit dengan kaki lelaki itu.

Tak menunggu lama, tangan naik lalu menumbuk kuat kemaluan lelaki itu. Tanpa sempat berbuat apa-apa, Faith bangun lalu badan lelaki itu dilemparkan ke arah yang lain. Kaki pula menyepak yang lebih. Semua tumbang kecuali dia.

Perih terasa di kepala. Perlahan ringisan keluar apabila peluh hangat menyentuh tempat luka. Pandangan diangkat, cuba berani membalas mata yang tajam mencerlung ke arahnya.

Datuk Ghaffar mengeluarkan sesuatu dari saku kot hitamnya. Mata Faith membulat. Pisau!

Ayrana turut terkejut. Dilepaskan genggaman Najihah pada lengannya lalu dia berdiri di hadapan Faith, cuba melindungi Faith daripada menjadi mangsa gila Datuk Ghaffar. Terketar lutut apabila mata Datuk Ghaffar memandangnya bak helang memandang mangsa. Air mata tak berhenti menuruni pipi, terlampau takut kepada bapanya sendiri.

"Pa... ja... jangan buat benda ni... Ra... Rana tahu, pa... papa takkan buat ma... macam ni..."

Hening. Pisau yang dipegang Datuk Ghaffar jatuh ke lantai. Datuk Ghaffar mengundur ke belakang sebelum mata terpejam. Laju Faith membuka langkah besar, menyambut tubuh layu Datuk Ghaffar. Faith lihat Ayrana dan mereka berbalas pandang. Mata Faith jatuh kembali. Datuk Ghaffar sudah rebah di ribanya, tidak sedarkan diri.

+++

"AKU dah buat report, tunggu jawapan HQ aje sekarang," ujar Ridhwan. Dia duduk berhadapan Faith dan juga Ayrana yang sedang menyapu ubat pada luka-luka di wajah dan badan lelaki malang itu.

"Auch!"

"Sorry sorry." Lagi sekali ubat disapu namun lebih lembut berbanding tadi. Najihah sudah dihantar pulang oleh Ridhwan atas arahan Faith. Mereka tak membantah dan hanya mengikut sahaja.

"Aku tak expect yang Datuk Ghaffar sanggup buat macam tu. Selama ni, kau antara orang kepercayaan dia kut," ujar Ridhwan tak percaya. Datuk Ghaffar tiba-tiba sahaja serang Faith. Dari apa yang dia dengar daripada Najihah, raut Datuk Ghaffar tak kalah seperti singa lapar. Tersangatlah bengis.

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें