BAB 08

15 8 0
                                    

TELEFON bimbit digenggam erat. Bahagianya dia tak terucap dengan kata-kata. Mula-mula niatnya hanya ingin menegur Faith untuk melepas rindu tapi tak sangka pula Faith melayan. Pelik juga sebenarnya apabila panggilannya terangkat dan suara Faith seakan-akan mereka on the phone di pagi hari. Segar!

"Haih, tak tidur lagi ke?"

Ayrana terjerit kecil. Nafasnya berhembus laju seiring degupan jantung. Tangan naik memegang dada. Najihah yang tak jauh darinya dipandang dengan mata terkebil-kebil.

"Maksu. Ingat siapa tadi." Lembut Ayrana bertutur. Kagetnya belum hilang tapi dihiraukan. Najihah menjeling sahaja. Dicapai beg berisi perlengkapan solat yang terletak di atas loker bersebelahan katil Ayrana.

Setiap gerak-geri Najihah langsung tak terlepas dipandang. Ayrana senyum pahit. Najihah teleng kepala. Wajah cantik Ayrana kelihatan sayu. Hati tuanya perlahan-lahan diserang sebak dan kasihan.

"Ayrana." Wanita itu kedip mata beberapa kali. Tak semena-mena air matanya tumpah. Pantas sahaja Ayrana menyeka sisa air di pipi. Senyuman tawar dihadiahkan buat mak saudara. Senyumannya dibalas senyum kecil.

"Kau nak solat sekali?"

Ayrana senyum teruja. Diangguk kepala beberapa kali layaknya anak patuh kepada ibunya. Najihah turut melakar senyuman. Telekung dibuang kembali dan dia menolong wanita yang sudah dianggap seperti anak sendiri ke tandas untuk mengambil wuduk.

+++

Zzup

PISAU terlekat tepat pada sebuah gambar yang berisi dua orang berlainan jantina. Senyum sinis dikoyak misteri sebelum pisau lain yang terletak di atas meja bersebelahan yang dicapai lalu ditorehkan pada paha seorang gadis yang sudah dijemput tuhan.

"Kau tak reti angkat call ke, setan? Lebih 20 kali aku call tahu tak!" sergah Zarish sebaik merempuh masuk. Dilirik mayat tak berpakaian seorang gadis yang berlumuran penuh darah di sekitar tubuh gadis itu. Zarish teleng muka ke tepi. Tiba-tiba tekaknya terasa loya.

"Aku busy, tak tengok fon." Pisau tadi ditusuk di kemaluan mayat gadis itu sebelum dipulas dan dibuang kembali. Zarish kerut dahi. Sakitnya seperti dia pula yang rasa. Sadis pengakhiran riwayat gadis malang itu.

Zarish tegak memandang sang rakan kembali. Tatapan mereka bersatu buat seketika sebelum Zarish meleraikannya.

"Buat apa kau call aku? Aku sibuk, tersangatlah sibuk..."

"Dia yang ke berapa?" Daniel jungkit kening sebelum diam seperti sedang berfikir.

"Dua? Tiga? Tak, tak. Farisya, Aina.. lima.."

"Lima puluh." Tak sempat Zarish menyelit, Daniel menyambung.

Zarish bulat mata besar, terkejut dengan jumlah mangsa lelaki terlebih gila di hadapannya saat ini. 50 orang? Dia ingat perempuan ni patung ke?

Kotak tisu diambil lalu dikoyak. Beberapa helai tisu ditarik keluar lalu dilapkan ke tangan. Daniel menjungkit kening. Kotak rokok di atas meja bersebelahan kotak tisu pula dicapai sebelum sepotong rokok dihidupkan dan dihisap. Asap rokok dihembus halus tepat pada wajah Zarish.

"Kau nak aku buat apa?"

Bibir Zarish serta merta mencarik senyum sinis. Tangan menceluk kot sebelum sekeping gambar dikeluarkan dan diserahkan kepada Daniel. Daniel mengambilnya dan gambar itu ditilik teliti. Automatik lelaki gila itu memandang Zarish. Dia dah tahu apa yang perlu dia buat.

+++

TANGAN meletak pakaian yang terakhir sebelum dizip rapat. Ayrana di atas katil dilirik seketika sebelum dia mendekati anak perempuan abangnya itu. Ayrana lantas ukir senyum manis. Hari ini dia sudah dibenarkan balik selepas lima hari bermalam di hospital.

Sebelah Ayrana tempat Najihah melabuh duduk. Mereka berborak kosong sementara menunggu Faith datang menjemput. Tunggu punya tunggu, sudah lebih satu jam setengah dan Faith masih belum memunculkan diri. Tiba-tiba sahaja tak sedap hati dan gelisah menyerang Ayrana. Faith...

"Mana pulak budak Faith ni? Takkan lupa nak datang ambik?" rungut Najihah kebosanan. Beg dompet dikipas-kipas pada muka. Air-conditioner yang sedia ada di dalam wad persendirian itu tiba-tiba pula tidak terasa.

Ayrana diam tak menjawab. Sejujurnya dia pun tak tahu. Hati sudah terlebih bimbang akan Faith. Ya Allah, lindungi Faith.

Klek

Pintu wad terbuka lalu terpancul susuk lelaki berkot kemas. Senyum Ayrana mula mengembang. Najihah terus bangun dengan raut lega. Tak perlulah dia berpanas menunggu lagi.

"Hai sayang. Sorry buat you tunggu lama."

Hening. Ayrana mahupun Najihah tak menjawab. Lelaki yang disangka Faith rupanya Zarish yang tak diundang. Lelaki itu lakar senyum tapi diabaikan. Nafas Ayrana mula tidak teratur. Melihat senyuman yang terpapar pada bibir Zarish membuatkan dia terimbau kembali masa lalu. Oh tidak, sesuatu buruk sepertinya akan berlaku.

+++

"NI kau, tak jemput tuan kesayangan kau ke?" Ridhwan bertanya sebaik sahaja punggung melandas, duduk. Gelas berisi milo yang dibancuh oleh Faith untuknya dihirup sedikit. Uish, manis mat!

"Datuk beritahu Zarish yang pergi jemput dia orang," jawab Faith tak berintonasi. Matanya tak beralih daripada memandang telefon pintar. Entah apa yang menarik pun tak tahu.

Ridhwan mengangguk sahaja. Nak tanya lebih-lebih, takut Faith pula yang makan hati. Lagipun, dia bukan reti sangat bab cintan-cintun memandangkan langsung tiada pengalaman bercinta. Hanya mampu menolong ala yang dia tahu sajalah.

Faith berdiri, disusuli mata dan kepala Ridhwan. Lelaki berdarah Kelantan itu berkerut dahi, bertanya akan tindakan Faith.

"Kau nak ke mana?"

"Keluar, ambil angin. Nak ikut?" ajak Faith. Ridhwan geleng kepala, menolak ajakan rakan karibnya. Faith angguk beberapa kali sebelum berlalu meninggalkan Ridhwan di ruang tamu ke bilik untuk bersiap keluar ke mana-mana kaki dan tangannya bawa pergi.

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANWhere stories live. Discover now