BAB 01

74 35 4
                                    

NAFAS dilepas malas. Panggilan yang terus menerus masuk membuatnya bingit bercampur serabut. Menyampah jangan dikata apabila waktu rehatnya yang tersangat terhad terganggu. Kenapa perlu telefon dia sekarang?! Dah takde hari lain ke?!

Dengan perasaan menyampah dan sedikit geram, dia mengambil telefonnya yang berada di atas katil lalu punat hijau diseret ke atas. Malas-malas dia berdeham.

"Aufaith Qaliedyan! Hok (yang) susoh sangat mung (kau) nok jawab call ni bakpo (kenapa)?!" tanya Ridhwan meninggikan ton seakan melepaskan geram. Berdesing telinga Faith seketika.

Dia menjauhkan telefon pintarnya sebelum kembali mendekatkan gajet itu ke telinga. Sudahlah tak beri salam, terus menerjah pendengarannya.

"Kan aku pernah beritahu yang aku tak nak diganggu masa aku cuti," jawab Faith jujur.

Sememangnya dia pernah mengabari akan cutinya kepada Ridhwan sebelum ni tapi entah kenapa, dia masih menerima panggilan-panggilan daripada rakan sekerjanya itu. Selalunya, dia akan mengingatkan Ridhwan bahawa dia tak mahu diganggu, lagi-lagi ketika dia sedang bercuti. Alasannya, dia nak tenangkan fikiran selepas kerjanya selesai.

"Kau ingat, aku nak sangat ke call kau? Kasyah call aku tadi. Dia suruh kau datang company. Katanya ada kerja baru untuk kau," terang Ridhwan yang sudah tenang. Faith berkerut. Kerja? Bukankah Kasyah tahu yang dia cuti? Atau Ridhwan yang sengaja nak kenakan dia?

Paksa rela, dia mengiyakan sahaja. Panggilan berakhir dengan kata setuju dan salam.

Fikirannya sibuk berlegar-legar dengan soalan-soalan yang akan terjawab sekejap lagi atau mungkin tidak. Faith tak tinggal diam. Pantas sahaja jaket kulit berwarna hitam diambil lalu dicampaknya ke katil. Dia pula memboloskan diri ke bilik air untuk mencuci badan sebelum ke tempat yang diberitahu Ridhwan sebentar tadi.

Setelah memastikan penampilan dan barang-barangan yang harus dibawa rapi sempurna, laju kaki membawa langkah keluar dari rumah teres dua tingkat itu lalu kereta Audi A5 hitam pula menjadi tujuan.

Tangan ditadah dan lidah ringan membaca doa sebelum memandu menuju destinasi.

+++

"TAK perlu lawan apa yang dia cakap sebab kalau kau lawan sekali pun, kau tetap akan kalah. Kau tak lupa, kan dia siapa, Faith?" Faith diam, tak menggeleng mahupun mengangguk. Sejujurnya, dia teramatlah tahu siapa yang dimaksudkan Kasyah.

Datuk Ghaffar, siapa sahaja yang mampu membantah kata-katanya. Lagak dirinya seperti seekor tikus yang masuk ke kandang singa yang tertidur.

Dalam diam hembusan nafas dihela. Agak-agak bagaimana kehidupan dia selepas ni? Adakah akan bertambah baik seperti yang dijanjikan oleh mulut-mulut atasan atau sebaliknya?

Faith menghembus nafas sekian kalinya. Dia hanya berdoa agar majikan baharunya ini tidaklah seteruk anak kepada Datuk Ghaffar, Nisya. Kenangkan saja boleh membuatnya mengucap berulang kali.

"Faith! Kau dengar tak apa aku cakap?" Tegur Kasyah meninggi nada ton.

Terkebil-kebil lelaki badan tegap, disempurnakan dengan wajah yang tampan itu lalu menggeleng jujur. Lebih baik jujur daripada melakukan kesilapan sewaktu bekerja. Kasyah mengeluh sesaat sebelum mengulang kembali.

Kali ini, fokus Faith betul-betul pada setiap butir bicara yang dilontar rakan kerjanya. Yang dia tahu, mahu tak mahu dia terpaksa jua bersetuju demi menampung hidup yang sudah sebatang kara.

Selepas 'pemergian' si 'dia'.

+++

LANGKAH dilajukan apabila mata mula menyapa gerangan yang ditunggu. Ayrana Narysha senyum manis lalu ayahnya dipeluk dari belakang. Datuk Ghaffar tidak terkejut malah memutar badan menghadap Ayrana. Senyuman Ayrana masih belum hilang, masih mekar mengurangkan sedikit kegusaran dalam hati lelaki 50-an itu. Hidung Ayrana dicuit perlahan, penuh kasih sayang.

"Kenapa lambat, hm?" tanya Datuk Ghaffar. Ayrana mencebik

"Tak lambat pun. Lima minit aje kalau betul Rana lambat." Jawab Ayrana masih mencebik. Datuk Ghaffar ketawa kecil sebelum mencuit hidung gadis itu kembali.

"Jom. Ingatkan apa yang papa bagitahu Rana semalam?" ajak Datuk Ghaffar berselit soalan. Ayrana mengangguk. Datuk Ghaffar ukir senyum sebagai balasan untuk jawapan Ayrana.

Melangkah sahaja ke dalam restoran serba mewah itu, wajah seseorang dicari sambil tangan setia menggenggam erat tangan sang gadis. Tak mahu terjadi sesuatu buruk pada sang anak kesayangan dan disebabkan itulah, dia bertekad menukar pilihannya kerana dia tahu, hanya lelaki itu sahaja yang mampu menjaga anaknya kecuali dia.

Susuk yang dicari disapa mata. Tak menunggu waktu yang lama untuk dia menarik Ayrana mengikut langkahnya menuju meja makan yang sudah ditempati oleh seorang jejaka berjaket kulit hitam. Daripada penampilan lelaki itu, entah mengapa mengingatkan Ayrana akan seseorang.

Pantas sahaja dia menggelengkan kepala. Mungkin orang lain yang sama penampilan dan gaya sahaja. Mungkin, mungkin.

"Duduk, sayang." Tanpa bantahan, kerusi bersebelahan Datuk Ghaffar menjadi sasaran.

Wajah jejaka itu sedikit terhalang dek penutup muka yang dipakai oleh lelaki itu tapi dari mata lelaki itu, benar-benar mengembalikan memorinya bersama 'dia'.

"Faith, you can open your mask. Jadi, let me introduce you, Rana. He is your bodyguard, Aufaith Qaliedyan. Faith, ni anak aku, Ayrana Narysha," ujar Datuk Ghaffar tanpa curiga. Tiba-tiba udara terasa terhenti.

Jantung terasa mati, manakala hati pula terasa perih. Kenapa? Kenapa sama dengan 'dia' yang masih bertakhta di jiwa?

Tak mampu rasanya untuk dia mengalihkan pandangannya. Sungguh dia terlalu rindu. Rindu yang semestinya dia tahu terlarang buatnya dan gadis dihadapannya saat ini.

Ayrana Narysha, gadis yang pernah bergelar kekasih hati sebelum diputuskan oleh sang gadis sendiri. Tapi kenapa? Kenapa cara Ayrana menatapnya seakan-akan gadis itu... menahan rindu? Tidakkah cinta Ayrana sudah hilang? Atau masih ada harapan?

"So, Rana akan ikut Faith ke company yang papa bagitahu semalam untuk sign kontrak sebagai majikan baharu Faith, okey?" ujar Datuk Ghaffar, memecahkan lamunan Faith dan juga, Ayrana.

Ayrana mengangguk laju sambil mencuba menghilangkan malu dan ganjal yang tiba-tiba bertandang. Jadi, betul lah? Dia Aufaith? Tak semena-mena, senyuman suka terukir dalam diam. Akhirnya, dia boleh berjumpa Faith semula selepas kejadian hari itu. Kejadian yang takkan dia lupa sampai hembusan terakhirnya.

"Sebelum tu, korang berdua pernah kenal ke?"

Terkejut.

Tak disangka soalan itu akan ditanya. Kedua-dua mereka diam tak memberi jawapan. Menggeleng tidak, mengangguk juga tidak. Buntu dan terpampan dengan soalan mengejut Datuk Ghaffar yang teramat tiba-tiba.

Faith menghela nafas. Dua perkara yang perlu dia korban dan hadap sepanjang Ayrana Narysha menjadi majikannya. Hati dan juga perasaan. Berdoa agar dapat tidur dengan tenang tanpa diganggu ketukan cinta lama. Dia betul-betul berdoa. Faith sudah terlalu buntu.

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ