BAB 03

42 26 0
                                    

"JANGAN lupa angkat barang Aulya nanti," arah Ayrana. Faith di sebelah dijeling. Mahu sahaja dia meletus ketawa melihatkan wajah Faith yang mulai berubah tapi dilindung. Aufaith, kenapa comel sangat?

Ayrana senyum tanpa sedar. Dia langsung tak perasan pintu bahagian pemandu sudah terbuka dan menunggunya yang masih mengelamun. Faith mengerut dahi. Baru niatnya ingin memanggil Ayrana, satu memori tiba-tiba menerjah fikiran.

"Dah kenapa tak nak turun ni? Tadi awak sendiri nak datang sini, kan?" soal Faith. Hairan sebenarnya apabila Ayrana tiba-tiba sahaja tersenyum seorang diri.

Soalannya tak dijawab malah gadis itu masih mengukir senyum. Takkan sebab dia terkejut sikit tadi? Itu pun dia sudah sehabis baik kawal daripada diketahui Ayrana. Comel sangatkah dia sehingga gadis itu tersenyum seperti orang gila? Gilakan dirinya?

"Dyan! Amboi... Kena panggil nama belakang dulu ke baru nak sedar?" ujar Ayrana sambil bercekak pinggang. Faith mengedip mata beberapa kali. Senyuman terus mekar apabila wajah cantik sang pujaan hati yang sedang panas dengannya menyapa mata.

Lancar tangan mencuit hidung sedikit mancung Ayrana. Ayrana mencebik tapi hanya sebentar. Mereka sama-sama ketawa.

Bahagia. Faith menundukkan kepala tatkala mata terasa penuh. Dadanya diserang sebak. Memori-memori itu memang takkan lenyap dari ingatannya. Sebabnya hanya satu. Cinta.

Faith masih mencintai gadis itu sepenuh hatinya meskipun hubungan mereka sudah terlerai lebih dua tahun. Dan dua tahun bukanlah suatu masa yang singkat. Begitulah juga dengan cintanya. Terlalu lama dijaga hingga apabila dirinya ditinggal Ayrana, dia masih memiliki perasaan yang sama terhadap gadis itu.

"Dyan!" jerit Ayrana geram. Faith angkat wajah, terkejut dengan nama yang terpancul keluar daripada bibir Ayrana. Sesungguhnya, Ayrana juga terkejut. Dia refleks menyebut nama itu apabila panggilannya tidak disahut oleh Faith.

Mata bertemu. Betapa rindunya mereka antara satu sama lain dapat dirasakan dari panahan mata itu. Oh Tuhan, beratnya ujian ini...

Faith ingin berpaling namun hati tak membenarkan. Pandangan Ayrana seperti tak mahu dia mematahkan tatapan mereka. Faith terpaksa kerana dia sedar siapa dirinya.

"Flight Cik Aulya sampai pukul berapa?" tanya Faith. Ayrana dengar tapi dia endahkan. Dia tak kira, dia akan jadikan Faith miliknya kembali. Faith menggaru kepala yang tak gatal. Macam mana dia nak angkat barang Aulya kalau Ayrana sendiri seperti tak bagi dia pergi?

Hela dilepas kecil. Mulut dibuka mahu bertutur lagi, Ayrana menarik tangannya berjalan beriringan memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Faith menunjukkan riak kurang selesa walhal hati sudah meloncat gembira.

"Ayrana Narysha! Aku dekat sini!"

Ayrana mencari pemanggil. Genggaman halus pada tangan tidak dilepaskan. Faith turut mencari meskipun dia tak kenal dan langsung tak tahu bagaimana Aulya yang dikata Ayrana.

Pegangan ditangannya terasa longgar, laju sahaja dia menarik tangan. Ayrana berlari menjauhi. Faith tak tinggal diam. Matanya tak lepas melihat Ayrana sambil menyusuli gadis itu.

Dari jarak yang sedikit jauh, dapat dia lihat Ayrana sedang berpelukan dengan seorang perempuan. Mungkin itu Aulya. Tak mahu Ayrana hilang dari tatapan, dia mendekati dua gadis itu.

"Ya Allah, rindunya aku dekat budak chubby ni!" kata Aulya sambil mencubit kedua-dua belah pipi gebu Ayrana.

'Kalaulah boleh.' Faith mengeluh kecil.

"Ni, datang dengan Amani ke?" soal Aulya sebaik melepaskan cubitan di pipi. Ayrana tak terus jawab. Pipi yang mula kemerahan digosok. Sakit. Faith mengerut dahi, bimbang. Boleh tahan kuat juga. Ingat, kan Ayrana bos, Aulya takkan berani. Tapi sangkaannya meleset jauh.

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANWhere stories live. Discover now