BAB 04

40 24 0
                                    

Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada

JARI menekan punat radio. Lagu yang beralun automatik terhenti. Brek ditarik sebelum kereta diberhentikan. Tangan menari menuruni helaian rambut. Mata liar melihat hadapan dan samping.

Rasa semuanya normal, enjin dimatikan laku pintu kereta dibuka tanpa ragu. Kaki mendahului sebelum badan menyusul. Tangan menutup pintu dan biasan cermin kereta tempat menilik diri. Rambut lagi sekali dikemaskan. Apabila selesai badan terus berpusing ke belakang.

"Kenapa keluar tak bagitahu?"

Terbuntang mata bulat itu. Cepatnya Faith sedar. Hujung bibir terangkat. Jarak Faith tak jauh darinya. Tak, tepat dihadapannya. Tak berjaya juga plan aku!

"Ma... Mana ada saya ke... keluar,"

"Kalau betul tak keluar, awak pergi mana? Kereta? Macam mana boleh ada kat sini?" tanya Faith lagi. Belum nafas ditarik untuk menjawab soalan itu, tangannya sudah ditarik terlebih dahulu. Ingin menjerit tapi dia ingat dia bersama siapa. Senyuman manis terukir tanpa sedar.

"Cik Ayrana Narysha, are you here?" Tersedar. Mata bulat itu berkedip tak berhenti melihat Faith. Ayrana termangu. Senyuman yang tadi manis terukir di bibir hilang serta-merta dek terkejut dengan teguran Faith.

Tanpa kata, bahu kiri Faith ditampar. Faith mengaduh kecil. Sakit tidak, hanya terkejut. Berkerut dahi memandang Ayrana.

"Kenapa cik pukul saya?"

Sekali lagi bahu Faith menjadi tempat tamparan Ayrana. Faith pejam mata rapat. Kali ini tamparan Ayrana sudah memberi sedikit rasa. Ayrana peluk badan. Dia menjeling Faith dari hujung mata.

"Tu padah sebab panggil saya cik. Panggil Rana aje tak boleh ke?" rajuk Ayrana. Tanpa sedar bibir memuncung kerana merajuk. Faith diam. Perlahan bibir mengukir senyum. Kali ini, dia pula memeluk tubuh. Ayrana terus tegak. Sedaya upaya dia mencuba bersikap normal.

"Kalau cik nak saya panggil cik nama cik, jawab kenapa tak bagitahu saya? Nasib baik saya lalu depan rumah cik tadi. Kalau tak, esok lah baru saya tahu. Cik tahu, kan keluar malam macam ni bahaya. Kalau jadi apa-apa, macam mana? Cik tak takut kalau tiba-tiba cik kena rompak? Paling teruk, culik then bunuh. Tak takut?" soal Faith bersama bebelan. Terletus ketawa yang ditahan sedari tadi. Faith mengenyit mata.

"Suka ke saya risau?" Ayrana mengangguk dalam ketawa. Tertunduk-tunduk gadis itu dek ketawa tak berhenti.

"Lawak sangat bila awak membebel tak berhenti, 'Cik tahu, kan bla bla bla.' Serious lawak," jawab Ayrana diselangi ketawa yang masih belum reda. Bukan tak mahu, tapi tak boleh.

Tanpa sedar, Faith tersenyum. Tawa Ayrana terhenti jua. Dikesan hujung mata yang basah dengan air mata. Wajah diangkat dan tatapan bertaut. Debaran itu masih sana. Degupan itu langsung tak berubah. Dia sudah terlebih sedar akan itu. Dia yakin tentang perasaannya. Hanya tunggu waktu yang sesuai sahaja.

"Faith, saya nak awak jujur. Saya tak nak jawapan tipu. Boleh?"

Faith mula rasa tak senang. Cara Ayrana bertanya dan berkata seakan-akan ianya perkara besar. Teramat besar. Berperang fikiran dan perasaan. Faith mengangguk juga akhirnya. Berdebar itu pasti, menunggu soalan yang entah mengapa dinanti-nanti.

"Awak Dyan saya, kan?"

+++

MATA berkedip beberapa kali. Ketibaan sebuah kereta mewah masih belum dipercayai. Pintu bahagian pemandu terbuka lalu keluarlah sang pemandu kereta. Ternganga mulutnya apabila susuk Aufaith Qaliedyan menyapa kornea mata. Lagi sekali dia ulang. Aufaith. Qaliedyan.

Laju kaki dibawa menghampiri sang rakan. Bahu Faith ditampar sekali sebagai sapaan. Faith terkejut disertai kerutan di dahi.

"Mung (kau) ambil mano (mana) keto (kereta) ni?" tanya Ridhwan.

Faith melihat kereta BMW hitam yang dipandunya tadi sebelum memandang Ridhwan kembali. Dia mengangkat kaki menuju pintu rumah sewa mereka tanpa menjawab soalan Ridhwan. Ridhwan tak tinggal diam. Dikejar Faith yang sudah berada di hadapan pintu.

"Faith Dyan!"

"Aufaith Qaliedyan. Nak sebut nama yang kedua, sebut penuh," kata Faith sambil melepaskan stokin. Punggung turut dihempas ke sofa lalu dia bersandar lelah. Fikirannya menayang ulang apa yang berlaku dan jawapan bagaimana kereta mewah Ayrana bersamanya. Hela dilepas kasar.

"Woi, mat! Amboi, termenung nampak. Aku panggil langsung tak menyahut. Kau fikir apa?" seru Ridhwan. Terkebil-kebil Faith memandang Ridhwan. Diraup wajah menghilangkan memori tadi yang berlegar-legar di minda. Ridhwan geleng dua tiga kali. Sebelah Faith menjadi sasaran punggung mendarat.

"Kau fikirkan Rana ke?"

Terus tegak Faith. Memang Ridhwan seorang kawan yang memahami walau kadang menyakitkan hati. Ridhwan mengangguk mengerti.

Seperti yang disangka, cinta yang selama ini ditutur hilang sebenarnya masih berdarah di lubuk dalam. Dikerling Faith yang bersandar kembali.

"Kau rasa, Rana cintakan aku lagi?" soal Faith tiba-tiba. Ridhwan angkat bahu. Melihat balasan Ridhwan, Faith melepas hela. "Aku tak berani bagi jawapan tetap. Ya sebab dari cara dia layan dan pandang kau still sama macam dulu, cuma kekok sikit. Tak sebab berkemungkinan besar, dia berubah dan dia layan semua orang sama macam layanan dia pada kau."

Faith ketap bibir. Memang tak boleh nafi setiap tutur kata yang Ridhwan lontarkan. Faith melentokkan kepala ke sofa. Mata memandang siling putih rumah mereka. Ah, keliru!

+++

LOCENG ditekan sekali. Terus kaki berundur tiga tapak je belakang. Sementara menunggu, mata dihala ke sekitar. Pintu rumah terbuka lalu gril pula dibuka. Bibir mengulas senyuman membalas senyuman tuan rumah.

"Eh, awalnya datang. Baru pukul 7.30 pagi. Rasanya shoot Rana pukul 8.30."

"Datuk suruh saya bawa cik Ayrana somewhere."

Berkerut sempurna dahi Aulya. Ke mana pulak Datuk Ghaffar suruh Faith bawa Ayrana? Dalam kekeliruan, Ayrana muncul. Faith dan Aulya dipandang bersilih ganti. Hati mula timbul perasaan cemburu, berharap semua yang difikirkan hanyalah tipu. Sudahlah Aulya bagitahu yang dia nak keluar, tak lama selepas itu Faith tiba.

"Korang keluar sekali ke?" tanya Ayrana. Dingin dia bertutur dengan sedikit nada menyampah menyelit. Terhenjut bahu Aulya dek terkejut. Lantas dia berpaling melihat Ayrana. Faith kekal biasa. Dia sudah sedar kehadiran Ayrana sejak Ayrana datang lagi. Dalam diam, dia mengagumi kecantikan semulajadi wanita pemilik hatinya selain sang bonda.

"Ya Allah, Rana! Terkejut aku!"

"Tu pun nak terkejut."

Aulya geleng kepala. Terbiasa dengan perangai cemburu buta Ayrana yang tak pernah pupus. Ayrana menolak sang rakan ke belakang menjadikan dia pula berhadapan Faith. Bibir melontar senyuman manis dan disambut baik oleh Faith.

"Kenapa awak datang awal? Memanglah saya tak suka orang datang lewat tapi ni awal sangat." Aulya guling mata menyampah. Gedik Ayrana tak pernah hilang. Lagi-lagi bila Faith ada bersama.

"Datuk suruh dia datang ambil kau pergi somewhere. So, daripada kau buang masa kau dekat sini, baik kau pergi bersiap sekarang. Now."

"Jealous cakap!" Ayrana terus berlalu masuk ke dalam rumah. Aulya diam bersama Faith yang setia berdiri dan tak dijemput itu. Aulya ukir senyum sebelum berlalu pergi.

Kepala Faith jatuh menunduk. Kaki pula sibuk menguis lantai. Mulut muncung sedikit lalu siulan halus menerpa pendengaran sebelum dia mendongak memandang hadapan. Siulan terhenti, diganti senyuman manis.

"Done! Jom!" Angguk. Ayrana melangkah dengan ceria. Oh Tuhan, macam mana boleh cintanya pada wanita itu hilang jika wanita itu sendiri tanggungjawabnya?

Jari menekan kunci kereta. Pintu bahagian penumpang depan dibuka, mengalukan Ayrana masuk. Dengan senyuman mengembang, Ayrana melangkah masuk. Rasa macam isteri pun ada. Ayrana pejam mata menahan, langsung tak sedar Faith yang sudah duduk di sebelahnya.

Faith kerling sedikit. Bibir tahan sengih. Ya Allah, comel!

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANWhere stories live. Discover now