BAB 09

10 7 0
                                    

"MAKCIK, keropok lekor lima ringgit." Tangan separuh baya itu lincah bergerak menyediakan oder pelanggannya. Faith menyeluk poket, mengeluarkan telefon pintar berjenama. Jari menekan skrin dua kali lalu notifikasi di skrin kunci dilihat satu per satu sehingga satu mesej menarik perhatiannya. Daripada Ayrana.

Awak dekat mana?

Faith tahan sengih. Notifikasi itu ditekan. Lihat jari membalas pesanan ringkas itu.

Luar. Kenapa?

Kenapa Zarish yang datang? Kenapa bukan awak?

Pudar terus senyum yang terlakar. Realiti kembali menghentam jiwa. Faith ketap bibir rapat.

Nanti Rana balik dengan Zarish. Itu yang dikata oleh Datuk Ghaffar sebelum menamatkan panggilan. Faith tak boleh menipu. Dia terkilan dengan tindakan Datuk Ghaffar. Dia langsung tak marahkan Ayrana mahupun Najihah kerana dia tahu mereka tak tahu apa-apa dan mangsa keadaan saja.

"Adik, ni keropok lekor adik." Faith tersedar. Senyum paksa cuba diukir. Tangan menyeluk poket seluar sebelum satu not berwarna hijau diberi. Dia pamit sebelum berlalu.

Sedang dia berjalan mendekati kereta, terasa bahunya dipegang. Faith tersentak namun cepat dia bertindak. Tangan yang memegangnya dipulas sebelum ditolak ke perut. Wajah Faith bertukar riak apabila wajah lelaki itu jelas terlihat. Terkejut dan terkedu.

Badan yang tertunduk dek tindakan pantas Faith tadi perlahan-lahan berdiri tegak. Kali ini lelaki itu menentang tatapan tegas Faith. Hujung bibir terangkat.

"Long time no see, Aufaith Qaliedyan," sinis.

"Daniel." Marah. Dan kecewa. Dia langsung tak sangka Daniel akan munculkan diri kembali di depannya selepas apa yang berlaku dua tahun lalu.

"Aku tak sangka kau masih hidup." Suara sumbang Daniel menyahut. Faith kekal datar, kosong tanpa riak. Sekeliling yang tak terlalu sesak membolehkan apa-apa perkara buruk terjadi. Salah satunya adalah pergaduhan dia dan Daniel.

Tapi sejujurnya dia sungguh tak menyangka bahawa lelaki itu masih hidup. Hilang dengan pisau bersalut darah pekat sebagai bukti terakhir memang menyakinkan dia yang Daniel sudah mati, tapi sangkaannya terpeleset jauh. Daniel masih hidup. Bersama dendam semestinya.

"Maksudnya, aku berjaya. Kau tak sangka aku hidup, mereka takkan sangka kau bagi nyawa kau untuk hidup." Sesudah kata, Daniel senyum misteri. Faith tergamam. Jika saja dia lalai, sudah pasti pisau tajam berkilat sudah tembus ke perutnya.

Mereka bergelut seketika sebelum tubuh Faith tumbang di satu kawasan sunyi tanpa orang. Lelaki itu meringis perlahan. Lengan kanannya sudah terhiris. Bahunya pula sudah ditikam sekali tapi tak dalam.

Daniel lakar senyum puas. Melihat Faith terlantar tak berdaya seperti sekarang amatlah beri kepuasan yang tak terhingga.

"Tengoklah siapa yang akan mati tak lama lagi."

Faith berdecit. Dia tak boleh kalah tapi sakit pada lengan dan bahunya melemahkan tenaganya, seakan-akan pisau itu sudah dicalit racun. Racun! Mata Faith sedikit terbuntang. Dia lupa, dia sedang berurusan dengan orang gila. Tak mustahil Daniel akan buat perkara itu.

"Kenapa? Baru sedar?"

"Kau tahu kau lawan api, Faith." Daniel menambah. Kaki Faith dipijak seraya tangan bermain dengan pisau berdarahnya. Terasa paha bergetar, Daniel merengus halus sebelum mengalihkan kakinya dari kaki Faith lalu panggilan telefon diangkat. Malas-malas dia bersuara, mengabaikan Faith seketika.

Faith tak tinggal diam. Peluang sudah di depan mata. Dengan tenaga yang masih ada, dia cuba bangun dan tangan Daniel yang memegang pisau tadi disepak kuat menyebabkan pisau itu melayang jauh dari mereka. Daniel jelas nampak terkejut. Mungkin tak sangka Faith masih mampu berdiri.

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANWhere stories live. Discover now