Longlai langkah masing-masing menuju ke tapak perkhemahan. Masih ada sedikit masa sebelum mereka menyambung aktiviti yang seterusnya.

Sambil berjalan, sempat Delilah mengerling kearah Tuan Amza yang masih berborak dengan beberapa pengajar di pondok terbuka.

"Baba kau memang selalu libatkan diri dalam aktiviti kolej eh?" Refleks mulut melontar soalan kepada Diaz yang beriringan dengannya. Sekadar hairan melihat kedatangan Tuan Amza kesini.

Diaz toleh sekilas kearah yang sama. "Entah. Iyalah kut.." balasnya acuh tak acuh. Tak sampai sesaat, dia menyedari Delilah yang merenungnya dengan pandangan meluat. Hujung bibirnya terangkat sinis.

"Eh, ini first time aku ikut kem kolej." Cemuh Diaz.

Semakin tinggi pula bibir Delilah terherot. Buang air liur dia aje bertanya dekat mamat sekor ni.

"Huh.."

"Apa huh? Kau mengejek aku dalam hati kan?" Sengaja Diaz jegilkan mata besar-besar. Nak bagi muka nampak garang sedangkan Delilah sikit pun tak takut pada dia.

Dari jauh, Tuan Amza memerhati perilaku dua orang remaja itu. Secara langsung mencetuskan segaris senyuman di bibirnya.

Dia suka melihat Diaz dan Delilah bersama. Ianya seolah menghantar satu perasaan hangat di jiwanya.

Sedar dirinya direnung oleh seseorang, Tuan Amza mengerling sikit dengan sebelah kening terangkat.

"What?"

Hanil tersengih singkat. Ketika itu, yang tinggal hanya dia dan Tuan Amza. Para pengajar lain pula sedang bersiap untuk memimpin aktiviti seterusnya.

"Aku kagum dengan kesungguhan kau ni. Apalah yang budak-budak tu akan fikir kalau dorang tahu ini semua plan kau." Tuturnya penuh makna. Dia cuba membaca air muka lelaki itu.

Terlihat relaks dan teruja. Puncanya? Sebab perkara tadilah.. tentang hukuman kepada lima pelajar yang kononnya harus membantu pihak kem rekreasi itu. Semuanya keluar dari otak cerdik seorang Tuan Amza Khaizan.

Dan yang sebenarnya, pihak kem langsung tiada masalah dengan insiden kecil yang berlaku tadi. Lagi pula, tiada pokok sawit yang terjejas kerana api.

"Aku anggap semua ni peluang untuk aku, Han. Biarlah dorang lama sikit kat sini. Selagi ada peluang, aku cuba untuk rapatkan hubungan Diaz dengan Delilah. Tak banyak, sedikit perubahan pun jadilah." Tuan Amza membalas.

Saat Hanil memberitahu timbul sedikit masalah ketika aktiviti perkhemahan berlangsung, berkaitan pula dengan Diaz, dia buru-buru datang kesini. Benar, ianya sekadar perkara kecil yang tak perlu diberi hukuman pun. Hanya saja dia yang memanfaatkan keadaan.

Dia menginginkan Diaz dan Delilah berada lebih lama disini. Meluangkan masa bersama-sama. Siapa tahu hubungan mereka akan lebih akrab. Malah, Hanil memberitahunya bahawa Delilah berinteraksi baik dengan pelajar-pelajar lain.

Berita itu sudah cukup menggembirakan Tuan Amza.

"Aku mungkin tak kan faham macam mana sukarnya kau nak satukan Diaz dan Delilah sebagai adik-beradik. Tapi aku betul-betul kagumlah Am." Hanil tergelak di hujung katanya.

Kelakar sebab dia tak sangka Tuan Amza berfikiran licik.

"Sekarang ni aku tak risau sangat, Han. Aku dah boleh nampak hubungan dorang dah semakin membaik. Walaupun, yalah.. kadang-kadang tu jelas sangat budak berdua tu tak serasi."

"Bukan Diaz dengan Delilah lah kalau tak kecoh. Ada aje benda yang nak digaduhkan. Lumrah adik-beradiklah kan?"

Kata-kata Hanil itu mengundang senyuman lebar Tuan Amza. Lumrah adik-beradik.. betullah tu.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now