Bibir tersenyum. Baiklah.

"Husna!"

Husna tersentak. Cepat-cepat kertas itu dilipat dan dimasukkan ke dalam poket hoodie semula. Kepala menoleh ke tepi. Melihat Mia yang berlari ke arahnya. Ruang kosong disebelah menjadi tempat dia melabuh punggung. 

"Aku rasa macam nak buang air kecil lah. Jom teman pergi tandas." Rungutnya.

"Kau gila ke apa? Kita lagi beberapa minit aje lagi nak masuk kapal terbang. Kalau tertinggal nanti macam mana? Tahanlah sikit. Dekat dalam pun ada tandas juga."

Mia mencebir bibir.

"Bolehlah, aku dah tak tahan sangat ni. Sekejap aje."

"Ish, yalah! Yalah!" Husna akhirnya mengalah. Lantas mereka berdua bangun dari kerusi, menuju ke arah Dato Idris untuk meminta kebenaran terlebih dahulu. Nanti tercari-cari pula ke mana kami berdua menghilang.

"Husna pergi tandas sekejap. Teman Mia." Pinta Husna. Dato Idris mengangguk kepala.  Baru sahaja mereka hendak mengatur langkah pergi, tiba-tiba suara Datin Khadijah menegur.

"Cepat sikit ya. Takut terlepas flight pula nanti. Risau mak." Katanya. Penuh lembut.

Husna menjeling. Kepala digeleng. Malas dia hendak melayan. Lantas tangan Mia terus ditarik pergi daripada situ.








SEMPORNA, SABAH

                    "HELLO, Semporna!!!" Jerit Mia sekuat hati di atas boat pelancongan yang dinaiki mereka. Sengaja dia mengambil tempat duduk paling hadapan untuk lihat sendiri betapa luas dan indahnya lautan Semporna. Setiap detik dirakam daripada mula naik bot hinggalah tiba di jeti. Husna pula sudah bersandar sambil memicit kepala. Dah agak, dia akan diserang mabuk laut. Berjam-jam diatas bot buatkan dia rasa hendak muntah. Nasib sahaja air laut ini jernih dan cantik, tak jadi dia hendak mengotorkannya.

"Oh my god, Husna! Look at there!" Jerit Mia dengan nada teruja. Bahu Husna ditepuk berkali-kali. Terpaksa juga Husna mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan. Sebaik sahaja melihat resort atas air itu semakin hampir, mata terus membulat besar. Badan terus menegak.

Dan dia pasti, bukan dia seorang sahaja yang kagum melihat Ocean Resort yang baru dibina atas air itu. Tetapi semua staff yang terlibat di dalam bot ini turut sama terkesima melihatnya. Bayangkan, sebuah resort berbentuk panjang berada ditengah lautan biru. Dari atas boleh dilihat dengan jelas batu-batu karang yang berada di dalam air. Tak terbayang lagi bila tiba senja nanti, pasti ia akan jadi detik yang paling indah apabila matahari terbenam.

"Okay semua kita dah sampai. Pastikan semua daftar nama dahulu dikaunter dan dapatkan nombor bilik masing-masing. Hari ini kita berehat dahulu. Esok kita akan naik bot semula untuk tengok kawasan pelancong dan kawasan larangan. Dan kemudian kita akan adakan perasmian pembukaan Ocean resort. Jadi itu sahaja untuk hari ni, enjoy your day at Semporna." Ucap Tan Sri Raqib siap mendepakan tangan. Mengalu-alukan tetamu nya merasakan sendiri keseronokan menginap di resortnya.

Mereka semua mengangguk kepala tanda faham. Nasib baiklah hari ini diberi masa untuk rehat. Kalau tidak, boleh pengsan Husna dibuatnya. Kemudian, mereka pun turun daripada bot. Beg bagasi yang dibawa diserahkan kepada pekerja-pekerja disini untuk membawanya ke bilik.

MR PIRATEHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin