Prolog

43 12 31
                                    

"Huhuhu...huhu.. isk.. maafkan ayah, Miko.. Ayah betul-betul minta maaf.. Sepatutnya ayah lebih percayakan percakapan kamu.. isk.. huhuhu..." jelas seorang lelaki lingkungan 40-an itu yang sedang bersujud dihadapan sebuah frame gambar yang mempunyai wajah ceria gadis berambut pendek. Tangisannya makin teresak-esak setelah dia menoleh perlahan ke meja anak gadisnya yang telah tiada.

Dari belakang lelaki itu. Berdiri tegak satu sosok tubuh gadis yang diratapinya. Dialah gadis bernama Miko. Masih bersekolah dan baru sahaja berumur 17 tahun.

"Ayah.. Miko, kat sini!"

Sekuat manapun dia menjerit, ayahnya tetap tidak memandang. Dengan tubuh lutsinarnya. Dia tidak dapat menyentuh ayahnya dan itulah sebab kenapa dia hanya memandang dari arah belakang sejak tadi lagi.

Tanpa amaran. Suasana bilik tiba-tiba berubah. Seperti tubuhnya disedut ke sebuah lokasi gelap tidak berbumbung. Manakala ayahnya pula yang masih menangis tadi, hilang dari pandangan Miko sekelip mata. Ini buatkan dia tercengang kehairanan.

"Wahai anak yang kasihan.."

"Si-siapa??"

Miko terus melihat sekeliling, mencari empunya suara. Kosong. Hanya ada langit gelap dengan bintang-bintang sahaja. Badannya mula mengigil.

"Aku Deia."

"..."

"Usah gentar.. Aku akan memberikan kehidupan baharu kepada kamu.."

"Kehidupan? Maksud kamu, reinkarnasi?"

"Ya. Dan kali ini.. Ia tidak akan membuatmu sengsara. Aku akan berikan kebahagiaan dan keistimewaan hanya buat kamu.."

"Tapi... Bagaimana dengan.."

"Jangan risau.. Pembuli yang membunuh kamu akan diadili. Dan ayah kamu juga akan menemukan kehidupan baharu yang bahagia.."

"Betul? Betul ke pembunuh.. maksud aku.. pembuli itu akan diadili?"

"Ya. Dia tidak akan dapat lari. Kerana terlalu ramai mangsa yang berdendam dengannya."

"Kalau macam itu.. syukurlah. Tiada lagi mangsa baru selepas aku."

"Jadi, kamu sudah sedia?"

"Ya.."

Tiba-tiba, satu tahi bintang jatuh ke tubuh Miko. Pelbagai memori kehidupan masa lalu terlintas laju. Membuatkan air matanya bergenang.

"Selamat tinggal ayah.. Selamat tinggal.. Miko.."

Ya, itulah identiti aku sebelum aku direinkarnasikan ke dunia fantasi magik.

Cahaya terang terus menerus menyilaukan mata aku. Dan kemudian aku tersedar di dakapan hangat seorang wanita bertelinga runcing. Dia tersenyum manis melihat aku.

***

Setelah hampir dua ratus tahun aku dilahir dan dibesarkan sebagai gadis elf yang bernama Sylvia Hart, aku juga merupakan anak bongsu keluarga bangsawan elf tersebut.

Seperti yang dikatakan oleh Deia, yang merupakan seorang dewi kehidupan dan kematian. Dia telah memberikan aku kehidupan baru yang bahagia. Maksud aku, terlalu bahagia tetapi tanpa cabaran? Bukan seperti itu yang aku mahukan. Tak siapa yang mengemari kehidupan yang bosan tanpa sebarang hiburan.

Dan elf ialah salah satu makhluk dalam dunia ini yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam magik, memanah dan berpedang. Malah, bukan saja kerana aku seorang elf, dewi Deia juga telah memberikan pelbagai "Blessings" kepada aku kerana aku adalah seorang reinkarnasi. Kesemuannya adalah kekuatan aku yang paling hebat. Tapi, mengapa aku harus mereput di perkampungan elf ni?

Namun, perkara yang bosan itu tidak lama lagi akan berubah. Dan semua itu disebabkan oleh seseorang..

Disitu kehidupan baru dan pengembaraan aku bermula!

Reincarnated as the strongest elf mage(OG)Where stories live. Discover now