"Kau tu ha kenapa. Nak marah-marah orang pula. Biarlah aku nak maafkan diorang ataupun tak. Itu antara aku dan diorang!",

"Itu bukan tentang kau dan diorang! Tapi itu urusan diorang dengan Allah! Benda yang dah berlalu usah diungkit! Kau tak layak nak maafkan diorang walau kau benci dengan diorang sekalipun!", Bidas Zayn.

Diana terkedu. Dadanya berombak menahan amarah. Orang mengandung kalau bercakap memang savage sangat eh? Ini dah masuk kali ketiga aku sentap!

"Excuse me..", satu suara mencelah.

Semua mata memandang ke arah dua gadis yang baru tiba di meja makan itu.

"Aleeya.. Marissa", tiba-tiba sahaja nama-nama itu terpancul keluar dari bibir Eyrah.

"Aku nak minta maaf dengan apa yang aku dah buat selama ni. Eyrah, aku harap kau dah tahu apa niat sebenar aku untuk bunuh arwah Uncle Naz dan Aunty Ina", kata Aleeya mendatar. Matanya memandang tepat ke arah Eyrah.

Tiba-tiba Diana bertindak mengeluarkan sepucuk pistol hitamnya dari kocek seluarnya, lalu dihalakan tepat di kepala Aleeya dan Marissa bersilih ganti.

"Kau jangan nak berpura-pura baik dekat sini, Aleeya. I know the side of you. Kau lebih teruk dari syaitan",

Klak!

"Dan kau..jangan nak acah-acah paling tersakiti dekat sini. Kau ingat kau baik sangat ke huh? Kau dengan syaitan pun, tak ada beza. Jangan asyik nak cari salah orang kalau diri sendiri pun buta dengan salah diri sendiri. Macam bullshit", balas Zayn. Pistol silver nya juga turut dihalakan pada Diana.

"Aku rasa kau yang macam syaitan sekarang ni, Zayn. Haritu, kau yang belasah Aleeya macam orang gila. Tapi, sekarang ni kau back up dia pula. Kau berpihak pada siapa sebenarnya?", Soal Diana.

"Aku akan berpihak pada orang yang benar. Aku dah tahu niat sebenar Aleeya dan Marissa. Jadi, aku tak rasa yang diorang ni salah. Apa yang diorang buat itulah adalah betul. Bunuh manusia yang tak ada faedah untuk hidup dalam dunia sial ni", jawab Zayn.

"That's right. I agree with it", celah Farid tenang.

Zayn tersenyum kemenangan memandang anak mata Diana. Malah, Diana hanya mengetap giginya.

Klak!

Diana menarik picu pistol nya.

Bang!

Zayn melepaskan tembakan ke udara. Mujurlah mereka berada di dalam ruang makan yang berasingan dengan pelanggan lain. Kalau tak, mahu menggelupur diorang lari keluar.

Yang lain hanya bertindak terkejut dengan tindakan Zayn.

Perlahan-lahan Zayn mengacukan pistol silver nya di kepalanya sendiri. Picu turut ditarik.

"Zayn!", Jerit Eyrah. Dia terus bangkit dari duduknya.

Kerja gila apa yang diorang ni nak buat?!!

"Sayang! Letak pistol tu!", Arah Razzin. Dia juga turut bangun dari duduknya.

"Korang! Please lah! Benda boleh bincang elok-elok kan!", Malek mula membuka mulut apabila melihat keadaan semakin tenat.

"Zayn, please. Jangan buat benda bodoh ni. Ingat anak-anak kau", pujuk Marissa pula.

Zayn langsung tidak endah dengan kata-kata mereka. Malah, Zayn terus memandang ke arah Diana.

"You kill her, that's mean you kill me", sinis Zayn berkata kepada Diana.

Klak!

Eyrah turut melakukan perkara yang sama. Dia mengacukan pistol milik Tengku Rayqal di kepalanya sambil menangis tanpa bunyi.

𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!Where stories live. Discover now