BAB 23

3.2K 93 4
                                    

RINGTONE telefon canggih itu bergema minta diangkat. Zayn Zayris menghela nafas perlahan sebelum tangannya mencapai telefon bimbitnya. Ikon hijau ditekan menandakan dia menjawab panggilan tersebut.

"Kau nak apa",

Sempat lagi dia menjeling ke arah lelaki dingin di hadapannya. Dia sengaja memperlahankan suaranya supaya Farid tidak akan dengar apa yang sedang dia borak dengan Diana Dayana.

"Tak boleh. Aku kena culik sekarang ni", ujar Zayn Zayris selamba.

Farid memeluk tubuh. Belakangnya disandarkan pada muka kerusi. Matanya tidak lepas dari pandang gadis di hadapannya.

"Kan aku dah cakap yang aku kena culik. Malam ini lah aku jumpa korang. Itu pun kalau penculik tu lepas lah. Kalau tak lepas, kau kirimkan saja salam maut aku pada Eyrah",

Diana Dayana menelefonnya hanya kerana ingin mengajaknya untuk pergi melawat Eyrah Elyana yang baru sahaja pulang dari honeymoon. Mesti banyak ole-ole dari LA kan?

Panggilan itu berakhir. Zayn zayris sengaja meletakkan telefon canggih nya dengan kasar di atas meja. Kemudian, dia membalas pandangan tajam jejaka dingin itu.

"Bila masa I culik you, Zayris?"

"Sekarang lah",

Farid memandang sekeliling sebelum matanya kembali menatap wajah cantik itu.

"Kita dekat cafe sekarang ni. Bukan dekat tempat penculikan", tenang sahaja lelaki itu membalas.

"You yang culik I dekat-",

"Dekat mana? Hm?",

Laju sahaja lelaki dingin itu memotong percakapannya. Dia tahu, Farid memang terlalu benci akan lelaki bernama Razzin Razz. Apa salah dia? Kenapa dia marah sangat? Dulu waktu kecil-kecil dia asyik kena buli dengan Razzin tu ke apa?

"Dah lah. I nak balik",

"Makan dulu",

"Tak nak",

"Makan, Zayris. You nak I..",

"Nak apa? Huh? Nak ugut I? Dah lah, Farid. I dah penat dengan you. Kita dah tak ada apa-apa lagi. Tolonglah faham", Zayn Zayris yang sudah mula penat dengan perangai lelaki dingin itu meluahkan.

"I masih sayangkan you, Zayris. Salah ke kalau I nak tebus balik kesilapan I dekat you? Besar sangat ke dosa I dengan you?", Balas Farid. Tak lepas dia dari terus menilik mata indah milik Zayn Zayris.

"Kalau dosa you sekecil zarah sekalipun, I tetap akan buat benda yang sama. I tak suka dengan orang yang pernah buat I percayakan dia buta-buta, lastly I yang sakit. You tak ada dekat tempat I. So you takkan pernah faham keadaan dan perasaan I, Farid",

Luahan itu cukup membuatkan jejaka dingin itu terasa bersalah. Dia mengaku dia menyesal dengan tindakannya yang melulu itu. Sejujurnya, dia tidak sanggup untuk putus dengan gadis itu.

"I..I minta maaf. I bodoh sebab tinggalkan you dulu. Andailah kalau diberi peluang untuk putarkan masa, I takkan tinggalkan you lagi, Zayris. I sayangkan you sepenuh hati I",

𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!On viuen les histories. Descobreix ara