BAB 56

777 38 5
                                    

MASING - masing hanya diam membisu. Sudah sepuluh minit mereka sebegitu rupa. Razzin Razz yang sedang menyuap isterinya makan, Diana Dayana yang sibuk dengan dunia media sosial nya, Malek Iskandar dan Farid Al Haider pula hanya termenung di meja makan. Sedangkan Tengku Rayqal dan Eyrah Elyana sedang sibuk bagaimana ingin memulakan perbualan mereka.

"Uhuk! Uhuk!",

"Eh sayang! Okay tak ni!",

Razzin gelabah. Terus dia menyuakan segelas jus Apel kepada isterinya. Zayn menyedut rakus sehingga hilang rasa pedas di trakea nya.

"Kau ni gila ke apa suap aku cili tu. Karang mulut kau yang cilikan nanti karang", marah Zayn. Bukannya suaminya tidak tahu bahawa dia tidak suka makan makanan pedas.

"Alah, sorry lah sayang. Aku tak perasan lah. Sibuk tengok apa yang kau tengok dalam telefon tu", balas Razzin selamba. Tangannya masih lagi menyuap pasta ke dalam mulut isterinya. Begitu juga dengan Zayn.

Marah, tapi sayang.

"Urmm, korang sebenarnya nak bincang apa sebenarnya? Kenapa kita berkumpul harini?", Soal Diana mendatar.

Tengku Rayqal dan Eyrah yang mendengar soalan yang ditanya Diana, terus mereka berasa lega. Akhirnya, ada juga manusia yang sedar dengan kewujudan mereka di cafe Farid hari ini.

"Nak bincang fasal Aleeya dan Marissa", ujar Tengku Rayqal.

Semua terus terkaku. Masing-masing menghentikan apa yang mereka sedang buat tadi. Keluhan panjang dilepaskan.

"Kenapa dengan diorang?", Tanya Diana.

"Patut ke kita buang diorang dari kumpulan kita?",

Dum!

"Aku tak setuju",

Semua mata tertumpu kepada Zayn yang sudah menunjukkan wajah dinginnya.

"Aku tak kisah. Lagipun, dia dah khianati kita. Takkanlah sesenang itu kita nak maafkan apa yang dia dah buat? I can't take it", ujar Diana.

"Itu kau. Bukan aku. Apapun yang jadi, kita masih boleh perbetulkan semuanya. Kita ada hak untuk maafkan diorang. Lagipun, semua manusia ada silapnya. Tak ada manusia yang tak ada dosa. Semua manusia berhak dimaafkan dan memaafkan. Manusia yang tak maafkan itu adalah sama persis dengan syaitan. Kau pernah dengar tak cerita fasal syaitan dan Nabi Muhammad? Dimana syaitan diarahkan untuk tunduk pada Nabi Muhammad. Tapi, dia bongkak. Dan rasa tak layak untuk tunduk pada siapa-siapa pun. Tambahan pula, sewaktu Nabi Muhammad masih hidup pun dia tak pernah tunduk, apatah lagi waktu Nabi Muhammad sudah meninggal. Dia rasa hilang darjat dia nanti bila tunduk pada orang yang dah mati. Begitu juga dengan apa yang sedang terjadi pada kita. Kau nak cakap aku tak marah dengan apa yang diorang dah buat? Tipulah. Aku masih lagi cuba untuk maafkan diorang. Hidup ni, jangan persis sama dengan syaitan. Merana hidup nanti", ujar Zayn panjang lebar. Dia cukup tidak berkenan dengan kata-kata Diana. Mereka masih diberikan peluang untuk perbetulkan semuanya. Namun, dia masih protes.

Yang lain hanya mampu diam. Sedang menghadam kata-kata pedas dari mulut ibu mengandung kembar itu.

"Tapi, mereka tetap akan terima balasan. Sebab apa yang diorang buat itu adalah benda yang paling bodoh. Aku tak boleh terima semua ni", kata Diana protes. Dia masih lagi dengan pendiriannya.

Zayn bangun dari duduknya. Diana yang berada di sebelahnya terkejut. Dia beralih memandang Zayn.

"Sayang..", Razzin memanggil isterinya yang seperti sudah hilang kawalan diri.

"Eh kau ni kan, memang tak reti-reti nak memaafkan orang ke huh? Bukannya dia bunuh mak bapak kau pun! Yang kau nak panas sangat ni dah kenapa?!",

Giliran Diana pula turut bangun dari duduknya.

𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!Where stories live. Discover now