BAJU melayu yang telah diserika kemas itu dipandang lama. Hatinya terasa kian sebak dengan apa yang akan terjadi pada esok hari. Dia bakal menjadi seorang suami buat kali keduanya. Dan dia juga berharap agar tiada pengakhiran yang akan berlaku melainkan takdir yang akan memisahkan mereka. Dia juga akan cuba membimbing gadis yang telah bertakhta di hatinya, Eyrah Elyana.
"Tahniah, bro. Kali kedua kau akan berjabat tangan dengan tok kadi. Time lafaz tu tolong ejas sikit. Sebab aku takut nanti kau sebut nama aku. Tak fasal-fasal kita gay", pesan Razzin sambil menampar lembut bahu lelaki itu.
"Dari aku sebut nama kau, baik aku sebut nama beruk dekat zoo nanti", balas Tengku Rayqal protes. Sakit otak dia melayan karenah ketua mafia ni.
Razzin hanya berdecit. Tak relax betul mamat ni. Dah nak kahwin pun boleh lagi nak melawak dengan aku.
Let it go, let ig go!
Can't hold it back anymore!
Telefon canggih milik Razzin menangis minta diangkat. Tengku Rayqal yang tersentak itu, memandang pelik ke arah ketua mafia. Muka ganas, lagu Frozen. Zaman bila ni!
"Hello? Ha, kau nak apa mat?", Tanya Razzin mendatar di sebalik talian.
Tengku Rayqal tidak bercampur mulut ingin bertanya. Dia hanya fokus membaca apa yang tertulis di atas kertas untuk dia lafazkan pada esok hari.
"Apa?! Markas kena serang?!!", Nyaring suara Razzin bertanya di sebalik talian.
Tengku Rayqal terus menoleh ke arah jejaka yang sedang bercakap di telefon.
"Lagi 5 minit aku sampai sana", ujar Razzin. Lalu, dia mematikan panggilan itu. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari bilik Tengku Rayqal, tak semena-mena kolar baju kemejanya ditarik dari belakang.
"Kau nak apa babi?! Aku nak pergi markas ni! Markas aku kena serang dengan setan!", Marah Razzin.
"Aku ikut",
"Tak payah! Kau duduk rumah, practice ayat yang kau kena hafal untuk esok. Nama Eyrah, tak fasal-fasal nanti kau sebut Jamilah. Cau", pesan Razzin.
Lalu, kelibatnya hilang di sebalik pintu bilik Tengku Rayqal.
BEBERAPA das tembakan dilepaskan oleh konco-konco Ethan. Beberapa anak buah Razzin juga turut mengelak dan separuh daripadanya juga telah tumbang ke tanah. Semakin lama, semakin kuat serangan mereka. Entah apa yang mereka mengamuk sangat pun aku tak tahu. Nak ajak main, tapi tak bagitahu dulu. Sial betul.
Pistol nya yang bewarna kuning keemasan itu dihalakan tepat pada kepala salah seorang konco Ethan. Lalu, dilepaskan peluru berharganya.
BANG!
Lelaki itu jatuh ke tanah. Darah mengalir keluar dari kepalanya. Razzin tersenyum melihat itu.
Easy.
Kcik!
Bunyi picu ditarik dari arah belakang. Razzin tidak terus menoleh. Malah hanya tenang mengangkat kedua-dua tangannya ke udara.
"Letak senjata kau, bitch",
"Kasar betul bahasa kamu wahai, setan. Eh, silap. Maksud aku, Ethan. Sorry lah ya. Nama kau hampir sama dengan perkataan setan. Mesti waktu sekolah rendah dulu, kawan-kawan kau selalu ejek kan? Lepastu, mak kau tersasul panggil kau. 'Setan! Mari makan!' hahaha..", loyar buruk Razzin.
"Tak lawak lah sial!",
"Ouh, tak lawak eh. Okay, aku akan cuba buat lawak lagi lepas ni", balas Razzin selamba.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!
ActionPerbezaan umur bukanlah satu halangan. Walaupun umur mereka tidak sepadan dan jauh beza, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka melakar memori indah bersama. Hidupnya yang dipenuhi dengan dosa akan segera beransur dengan kehadiran seorang lelaki d...
