Dengan itu.. bermulalah pencarian mereka. Kononnya misi utama ialah mencari. Tapi apa yang mereka lakukan saat ini adalah mencuri, merebut dan mengambil secara paksa.

Sementara kumpulan lain saling berbalas serangan, kumpulan tiga iaitu kumpulan Delilah berusaha untuk mengumpul bendera sebanyak mungkin.

Delilah berlegar-legar di kawasan bersemak. Sepatutnya ada satu bendera merah di sekitar sini. Sebelum kumpulan lain sampai, baik dia buka mata besar-besar. Melilau matanya mencari keberadaan bendera tersebut. Nasib menyebelahinya, dia dapati bendera merah berbentuk segi tiga tersembunyi disitu.

Baru nak berbangga dengan pencapaian diri, tiba-tiba muncul Ailinisha dari kumpulan satu merampas bendera di tangannya.

"Woi!"

Delilah tak mengalah. Ditarik baju gadis itu ke belakang. Bendera merah tadi dirampas semula. Ailinisha tak berpuas hati. Masih berusaha mengambil bendera tersebut dari Delilah.

"Apa ni! Tak acilah." Amuk Delilah. Geram bila gadis itu main kasar. Kedua-duanya mula bergelut sehingga Delilah terbaring ke rumput dek tolakan Ailinisha.

"This is how it works!" Keras nada gadis senior itu. Membuntang mata Delilah melihat tindakannya yang semakin agresif.

"Then you choose the wrong target!" Bentaknya sambil mempertahankan bendera hijau tadi. Dah tak peduli dengan tubuh dan rambutnya yang mula dikotori dengan rumput.

"Qash!!" Tak kira sama ada insan yang dipanggil ada disitu ataupun tidak, Delilah tetap menjerit namanya. Minta bantuan.

Qash yang turut dikerumuni oleh ahli kumpulan yang lain, pantas meloloskan diri dan cuba untuk membantu Delilah. Tapi..

Yang terbentang di depan matanya kini bukanlah gadis yang tidak berdaya. Melainkan gadis ganas yang sedang berguling-guling seperti melakukan aksi WWE. Qash tak sempat nak membantu bila Ailinisha lebih tangkas merampas bendera merah dari pegangan Delilah dan berlari pergi.

"Haishhh!"

Pada akhirnya, Delilah yang masih terbaring sambil menongkat siku hanya mampu memaki dalam hati. Punya susah dia cari bendera, alih-alih kena rampas pula!

Qash hulur tangan, bantu Delilah untuk berdiri. Nak tergelak dia melihat keadaan gadis itu. Rambut berserabai dengan hiasan tambahan.

"Sorry, satu bendera terlepas." Ucap Delilah. Baju yang tercalit kotor dikibas.

"Tak apa. Kita cari lagi." Pujuk Qash. Ringan tangannya membuang rumput yang menghiasi rambut Delilah.

Sedikit tersentak Delilah dengan tindakan Qash. Tampak biasa-biasa, tapi sangat terkesan di hatinya.

"Macam tak ada peluang aje nak menang ni. Banyak bendera kita kena rampas dengan budak lain."

Laith menyuarakan kebimbangannya tatkala mereka berkumpul untuk berbincang. Lelah jugalah berkejar dan bersaing dengan kumpulan lain.

"Ada tiga aje ni." Qash tunjuk dua bendera kuning dan satu bendera merah di tangannya.

Laith berdecit. Sambil menarik nafas, matanya tertunak pula pada Delilah yang duduk di batang kayu. Merah seluruh wajahnya.

"Kau baru habis berperang ke, Delly? Apa teruk sangat rambut kau tu?" Dia tergelak kecil.

Tak menjawab, Delilah sekadar tersenyum sambil menanti Myra yang membantu mengikat rambutnya.

Mereka mula bergerak lagi ke kawasan yang seterusnya. Ramai di antara mereka turut berkeliaran mencari bendera walaupun masing-masing sudah berasa lelah.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now