"Ambik."

Perlahan-lahan Madiena mencapai duit itu. "T-terima kasih.."

Aelden mengangguk lalu mengambil plastik yang berisikan nasi lemak itu. Madiena sempat dikerlingnya sebelum melangkah pergi. Kaca mata hitam dipakai kembali. Mulutnya terbit sengihan sinis.

"Bienvenue ma belle. ( welcome my beautiful. )"

***

Nasi lemak dikunyah perlahan. Kepala dianggukkan perlahan kerana sedap. Nasi lemak Aryan yang masih tersisa itu dikerling sebelum mengambil sedikit. Aryan yang sedang minum air itu pantas menghalang dengan sebelah tangan. Gelas diletakkan di atas meja.

"Kau buat apa ni setan ?"

"Nak sikit.. Yang aku dah nak habis." kata Henry.

"Tak ada. Ni aku punya. Aku lapar lagi ni.."

Henry mencebik. "Nasi lemak dia sedap.. Aku suka."

"Kau ingat kau seorang je suka ? Entah apa-apa.." Aryan menjeling.

Aelden , Markuez dan Felix hanya diam dan menghadap laptop milik Felix. Mereka bertiga sudah habis makan. Henry dan Aryan sahaja yang belum. Budak lembab memang lambat , makan pun lembab.

"This guy ?" tanya Aelden.

Felix mengangguk. "Kalau ikutkan mamat ni. Bukan dia seorang je. Ada lagi geng dia.."

"Berapa ramai ?" Markuez memandang Felix di tengah.

"Tiga orang wakil. Mamat ni kepala segala bangsat yang rampas senjata tu."

Aelden dan Markuez mengangguk faham.

"Diaorang bukan rampas sahaja. Siap jual lagi. 30 peratus senjata diaorang telah jual pada orang lain. Harga yang lebih mahal dari yang kita beli." ujar Felix lagi.

"Huh buat business pula.." Markuez bersandar ke sofa.

"Business haram macam tu tak lama. Nanti lingkup lah. Chill bro.." Felix menekan papan kekunci laptopnya.

"This.. Tempat diaorang menyorok."

"Find out more about him. Tomorrow we attack him." arah Aelden.

"But we haven't made any plans yet , Aelden." Markuez memandang ke arah Aelden yang santai bersandar.

"No need to plan. Terus attack , bangsat lemah macam ni tak perlu bazirkan masa kita untuk berfikir."

Yang lain mengangguk faham. Aryan dan Henry hanya diam. Malas menyampuk , malas ambil tahu. Itulah mereka , dua orang manusia yang sangat malas untuk bekerja. Memang beruk.

"Gotcha ! Tempat diaorang tak ada orang. Dalam dua puluh orang je yang jaga kawasan tu. Yang lain duduk dalam bangunan buruk tu." kata.

"Kat dalam berapa orang ?" tanya Markuez.

"Kat dalam 10 orang sahaja."

Bibir Aelden membentuk senyuman senget. "Aku masuk dalam. Aryan dan Henry settle yang luar. Mark , kau macam biasa cover Aryan dan Henry." Aelden memberi arahan.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now