"Kakak okey ayah" jawap Khalea perlahan.

Sedang dia cuba Untuk memikirkan keadaan sekarang, kepala diserang kesakitan yang besar. Kepala dia seakan dicucuk paku yang tajam. Semua perkara yang terjadi, satu-satu mula melalui ruang minda Khalea.

"ARGHHHHHHHH" nyaring suara Khalea menjerit sesaat awangan minda dia menerpa pada Tareq menculik dia beberapa hari yang lalu.

Dia masih ingat saat lelaki itu memukul dan memaksa dia untuk minum air yang diletakkan pil perangsang.

"hah huh hah" suara Khalea mengambil nafas setelah dia mengunakan kayu dari almari yang sudah usang untuk dilibas pada Tareq.

"Kenapa ka-kau buat aku macam ni Tareq!" hentak Khalea apabila kayu tadi sudah beralih tangan. Sekarang kayu itu digenggam Tareq. Air mata sudah membasahi lantai.

"Apa salah aku!" bentak Khalea kuat menolak Tareq dari mendekati diri dia.

"Salah kau? Haha...salah kau" Tareq gelak persis lelaki gila.

"KAU TAK PERNAH NAMPAK EFFORT AKU!" tudung Khalea ditarik kuat dari belakang. Habis mendongak kepala Khalea dek dari tarikan itu.

"Selama ni aku pasrah kau tak bercinta...jadi aku okay. Kemungkinan untuk kita bersama tu besar Khalea..." sanggul Khalea digengam dan dia hadapkan wajah bersih Khalea pada dia.

"Kau lupa? Aku pernah tanya kau intern dekat mana...haha"

"So aku apply company yang sama. Rezeki kan kita intern sekali. Makin besar peluang aku untuk miliki kau. My sexy girl...friend" leher Khalea dia hidu kuat. Lengan kiri dia mula melilit pinggang Khalea ketat.

"Tapi...one day aku nak ajak kau balik sekali. Apa yang aku nampak? Aku nampak kau ikut lelaki bodoh tu macam perempuan murah! Dia bayar kau berapa?? Aku boleh bayar dua kali gandalah sayang" Tareq meniup perlahan seluruh wajah Khalea membuatkan gadis itu mula mengigil.

Dari tadi Khalea menutup rapat mata dia, tidak mahu menatap wajah Tareq yang hanya beberapa inci dari dia. Jika silap gerak bibir mereka akan bercantum dan Khalea tidak mahu itu berlaku. Badan tidak henti naik turun mengikut rentak tangisan.

Khalea ketap bibir menahan tangis yang sudah teresak-esak keluar. Melihat Khalea sebegitu Tareq silap tafsir. Dia fikir Khalea jijik untuk bersentuhan walaupun itu kebenaran. Semakin tinggi ego dia membanting.

Hidung Khalea dia kepit rapat supaya gadis itu membuka mulut kembali. Tidak dapat menahan nafas, bibir terbuka mencari udara. Pantas Tareq menyentuh bibir Khalea dengan bibir dia sekilas.

PANGG

Membuntang mata Khalea apabila dilayan jijik oleh lelaki yang dia kenal. Lutut naik menendang bahagian intim Tareq lantas tangan naik menampar pipi lelaki itu.

"YOU ARE TOO MUCH TAREQ!!!!"

"AKU MINTA MAAF SEBAB A..AKU TAK PER...NAH ANGGAP KAU LEBIH DARI KAWAN BAIK AKU!"

"Tapi ka..kau takda hak nak sentuh aku Tareq" semakin sayu suara itu menutur kata. Dia terkulai di tepi sofa buruk.

Tareq mendekat, dia bercangkung dihadapan Khalea. Dia tenung lama gadis idaman dia menatap penuh minat. Makin berderau darah di melihat Khalea yang tidak bertudung dengan baju yang sudah sedikit terkoyak di bahagian bahu.

PANGGG

Satu tamparan hinggap di pipi Khalea. Habis merah satu wajah Khalea menahan perit. Berdesing telinga dia.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now