Situasi dimana Khalea tercampak keluar dari pintu kereta dan kereta itu terjunam kedalam gaung, menekan pedal brek dikaki Tengku Fai. Dia terkedu dengan apa yang retina mata dia baru sahaja lalui. A nightmare.

"YA ALLAHHH!" raung Megat Zimr apabila kereta mereka berhenti sepenuhnya tidak jauh dari badan Khalea terhempas pada jalan. Nafas terhenti melihat kereta rakan baik sendiri terhumban kedalam gaung.

Tengku Fai dan Megat Zimr pantas keluar mendapatkan Khalea yang terbaring diatas jalan. Megat Zimr mengangkat gadis itu masuk kedalam kereta dia.

"Aku turun" Megat Zimr hanya menganguk mendengar suara Tengku Fai. Tiada yang lain di akal fikiran, pihak hospital dahulu dia hubungi.

Perlahan lahan Tengku Fai turun untuk mencari Hakeem yang dia tahu ada dibawah. Hati dia sakit dari jauh sudah dia nampak kereta yang ada dipenhujung gaung. Air mata turut jatuh apabila mata sendiri terkedu memandang lengan yang terkeluar dari kereta yang remuk seperti jantung dia.

Tidak lama setelah itu dia tiba di akhir jalan. Badan Hakeem dia keluarkan perlahan-lahan. Dibaringkan perlahan. Tengku Fai cari degupan dari lengan Hakeem. Sangat perlahan hampir tidak dapat dia rasai.

"Allahuakbar...Allahuakbar" tangis Tengku Fai bersama Hakeem dipangkuan. "Selamatkan dia Ya Allah" pinta Tengku Fai teresak-esak. Dia sudah tidak mampu melawan hati sendiri.

"Biarkan dia merasai apa itu erti kebahagian" rambut Hakeem dia usap berkali-kali. Siren ambulance akhirnya tiba merubah rentak wajah Tengku Fai.

Mereka berdua dikeluarkan dari gaung tersebut dan dibawa ke hospital yang sama dengan hospital yang Megat Zimr bawa Khalea. Sepanjang di dalam ambulance Tengku Fai langsung tidak tenang melihat garis yang meneliti keadaan Hakeem.

---

Tengku Nadim dan Megat Zimr berdiri diluar bilik kecemasan bagi pembedahan berisiko untuk Hakeem. Tengku Fai pula kini dibalai polis bagi membuat keterangan lanjut.

Situasi yang sama.

"Ya allah anak aku" tangis Puan Sri Amina setiba di depan pintu kecemasan.

"Umi" Tengku Nadim menyambut wanita separuh abad itu. Membantu menguatkan diri walaupun kali ini Tengku Nadim turut lemah. Megat Zimr yang tidak berhenti mengalirkan air mata dari tadi menghancurkan lagi harapan Tan Sri Hamdi dan Puan Sri Amina.

Kerana Megat yang ada waktu itu. Dia tahu bagaiman keadaan Hakeem.

"Umi nak tengok Khalea kejap" Puan Sri Amina bangun lalu meninggalkan ketiga lelaki disitu. Aaez bantu memapah umi dia untuk menjenguk Khalea yang sudah ditempatkan dalam wad biasa.

Pintu ditolak perlahan. Aileen sedang mengengam jemari Khalea bersama badan yang terhinjut-hinjut. Aileen pantas bangun untuk membiarkan Puan Sri Amina duduk dikerusi bersebelahan dengan katil Khalea.

"Awak, kita keluar dulu jom" ajak Aaez memberi ruang pada Puan Sri Amina untuk bersendirian bersama Khalea.

Anak mata Puan Sri Amina yang sudah memerah merenung wajah bersih Khalea lama. Sayu hati dia melihat anak dan bakal menantu dia dalam keadaan kesakitan begini. Apa yang sebenarnya sudah terjadi. Kedua belah tangan gadis itu dia lipat diatas permukaan perut Khalea.

Kepala dia lentokkan pada tangan itu.

"Apa yang jadi ni sayang?" soal Puan Sri Amina menahan tangis.

"Kenapa kamu berdua diuji macam ni? Pasti banyak kesakitan yang kamu tanggung selama kamu bersama fei kan? tapi umi tak tahu. Maafkan umi sayang dan terima kasih sayang sebab menjadi punca kebahagiaan dalam hidup anak umi" air mata yang jatuh tidak dia pedulikan. Puan Sri Amina sudah menganggap Khalea seperti anak dia sendiri.

Puan Sri Amina menghambur semua yang tersangkut pada hati dia selama ini. Bukan dia tidak tahu apa yang sudah jadi tentang Khalea dipejabat tetapi kerana dia melihat Hakeem dan Khalea bahagia bersama perkara itu hilang begitu sahaja.

"Maafkan umi Khalea. Bangun sayang...bangun untuk umi" mata dikesat ringan. Wajah Khalea juga dia sentuh dan diusap seluruh wajah itu. Dahi Khalea diberi tanda dengan kucupan sayang.

"Umi!! Abang..." sergah Aaez dari luar. Puan Sri Amina bingkad bangun dan menuju ke bilik kecemasan tadi.

Melihat yang lain menunduk tidak bermaya Puan Sri Amina kuatkan hati untuk menerima apa sahaja yang bakal dia dengar. Semua yang terjadi adalah ketentuan ilahi. Kita masih boleh sedih tetapi dalam waktu yang sama kita juga perlu reda atas jalan yang dah ditetapkan buat setiap makhluk tuhan.

"Anak saya macam mana doktor?" soal Puan Sri Amina tegas. Hati dia sudah cukup hancur tak mungkin ada berita yang mampu memusnahkan hati dia kini.

"Disebabkan ada komplikasi dari kemalangan sebelum ini...maaf kami tak dapat nak selamatkan...."





28 October 2023

Just a few chapter before tamat kisah ini
I posted a few teaser for the ending on my ig :)

To be continue...

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now