Bab 24

6.4K 223 8
                                    

"Hai Awar." Sapa Adryan.

"Eh, Hai you." Awar pelik. Sejujurnya, selepas daripada kejadian di rumah Awar haritu, Adryan langsung tidak mengendahkan dia. Pandang sebelah mata pun tidak, ni tiba-tiba je tegur. Pelik bin ajaib ni.

"Keluar dengan I malam ni boleh tak?" Hurmm, mungkin agak pelik dimata Awar. Tapi hatinya melonjak kegembiraan. Tiada sekelumit pun rasa curiga dalam hatinya.

"Eh, boleh boleh. I on je, bila-bila masa pun boleh." Laju Awar membalas. Tidak sabar agaknya. Ye lah, tak pernah pun Adryan ajak dia keluar, mana boleh lepaskan peluang keemasan ni. Rugi!

"Ok, this night at 8.00. So, I ambil you dekat rumah you. Ok?" Adryan mengukir senyuman yang menggoda. Senyuman Adryan ni sememangnya boleh membuatkan semua perempuan cair. Manis sangat!

"Oh, sure. Ok." Awar juga membalas dengan senyuman yang lebar.

"Oh my god, oh my god. Hensemnya !" Awar menjerit dalam hati. Nasib baik dalam hati, kalau tak, mesti semua orang ingat dia gila. Ye lah, menjerit tak tentu pasal.

"So, I pergi dulu eh. Ada kerja sikit." Adryan mengundur diri.

"Ok, bye sayang." Perkataan 'sayang' diperlahankan sedikit. Malu kot, erm. Tapi sejak bila Awar ni ada perasaan malu. Buat benda yang boleh mencemarkan nama sendiri tak malu pulak. Hurm, Awar Awar.

~~~~~

"So, kita start plan kita ni dengan kenakan dia.. Oyeahh, tak sabarnya." Kata Farah setelah masuk ke dalam perut kereta Hakim. Sebenarnya, mereka pun akan pergi ke tempat Adryan dan Awar berjumpa. Adryan mengajak Awar keluar adalah salah satu daripada plan mereka. Apa yang bestnya, Hakim dengan Farah pun join sekali. Mesti semakin riuh kan. Well, ni pun plan diorang. Diorang akan jadi trouble maker.

"Owyeahh. Aku pun tak sabar. Haha" Lantas Hakim memecut keretanya. Kereta Toyota Vios je. Taklah semahal kereta Honda Civic Adryan.

Sesampainya mereka di restoran, kelihatan Adryan dan Awar duduk berhadapan. Sweet couple la kononnya. Disebabkan Hakim dan Farah ni trouble maker, mereka ni pun pergilah duduk dekat tempat berdekatan dengan Adryan dan Awar atau lebih tepat lagi duduk bersebelahan dengan meja mereka.

"Sayang, you nak makan apa? I tolong order eh?" Awar menawarkan dirinya untuk bercakap dengan pelayan. Nak ber'sayang' bagai la pulak.

"Emm." Belum sempat Adryan berkata apa-apa, Farah sengaja menguatkan suaranya supaya Adryan dan Awar mendengar perbualan dia dan Hakim.

"Sayang, you nak makan apa?" Farah mengajuk kata-kata Awar. Hampir tergelak Hakim dibuatnya.

"Ermm, i nak makan ni, ni, ni and ni." Hakim menunjuk kepada menu yang berada di hadapannya. Hampir terburai ketawa mereka. Nasib baik boleh tahan lagi. Sabar sabar.

"Banyaknye u. Pokai la i nanti." Sebenarnya mereka saje je nak sakitkan hati Awar sebab diorang tau yang Awar tengah perhati diorang. Kecik besar kecik besar je Awar tengok diorang ni.

"Woii, agak-agaklah." Kemarahan Awar akhirnya dilepaskan juga.

"Ehh, Awar. Tak perasanlah pulak. Apa you buat kat sini. Eh? Adryan pun ada." Hakim bertanya seperti tidak tahu apa-apa tentang hal ini. Padahal dialah master mind nya.

"Tengah dinner dengan kesayangan i. Why? Jeles?" Teserlah perasaan tidak puas hatinya. Buat apalah musuh ketatnya ada kat sini jugak. Dia ingat Adryan akan propose dia pasal kejadian haritu. Tapi sangkaannya meleset selepas melihat Hakim dan Farah berada di situ. Dah memang confirm la takkan propose kat situ. Sibuk ke Hakim dan Farah ni.

"Jeles? Oh tidak sama sekali. I pun tengah dinner dengan kesayangan i." Hakim menjeling Awar.

"Haha, hurmm. Dah alang-alang kita berempat ada kat sini, apa kata kita gabungkan meja. Baru syiok kan?" Farah memberi cadangan.

"Ohh, boleh jugak." Balas Adryan. Mereka tidak menggabungkan meja, tetapi Hakim dan Farah berpindah ke tempat Adryan dan Awar. Nasib baiklah meja yang ada 4 kerusi. Bolehlah mereka tumpang sekaki.

"Sabar Awar, sabar. Buat biasa je." Awar menenangkan dirinya. Takut juga kalau tiba-tiba mengamuk. Tak ke naya? Tak pasal-pasal orang ingat ada orang kena histeria kat sini.

"So, nak makan apa ni?" Soal Adryan. Ceh, tanya macam nak belanja je.

"Kenapa kenapa? Awak nak belanja ke?" Farah pulak yang terlebih excited.

"Hello, sorry sikit key. Adryan kata dia nak belanja I sorang. So, you guys belanja diri sendiri lah ye."

"Ehh, it's okey lah Awar. I belanja semua sekali. Dah kebetulan semua jumpa kat sini, I belanja lah. Bukan selalu."

"Ah, so sweet. Thanks Adryan. Selamat sikit duit saya hehe. Tadi Hakim ni ha, bukan main lagi nak empat jenis makanan tadi." Kata Farah.

"Woi Hakim, agak-agaklah nak empat pun. Satu pinggan pun dah kenyang kot kalau makan kat sini. Padan la dengan harga dia." Adryan menepuk bahu Hakim.

"Ye lah ye lah. Sedih betul titew tau, awak semua tak nak belanja titew pun. Hurmm." Dah start perangai lembut dia dah. Sabar sabar.

"Eii, nyampahnye titew dengan awak ni. Rasa nak tampo je pipi tu bagi bengkak. Nak tak? Nak tak?" Kata Farah, nadanya agak kebudak-budakan sedikit.

"Nak nak."

"Nah, rasakan. Tamparan wanita. Haha." Baru sahaja Farah hendak mengangkat tangannya, Awar menyampuk.

"I bukan tunggul kayu kat sini okey." Mereka semua terdiam. Terdiam ada maksud sebenarnya, maksudnya terdiam dan hampir nak tergelak. Ni tak kenakan betul-betul lagi. Just wait and see je lah lepas ni. Adryan memanggil pelayan untuk memesan makanan. Nak menyedapkan hati Awar je sebenarnya, selagi tak order, selagi tu lah dia fikir yang dia tu tunggul kayu kat situ. Siapa tak kenal Awar.

"Urmm, saya nak ni and air ni." Mereka bergilir-gilir menunjukkan menu kepada pelayan lelaki. Handsome jugak weh. Haha.

"So, apa korang buat kat sini Adryan?" Soal Hakim setelah Pelayan lelaki itu berlalu dari situ.

"Urmm, saje. Nak menjernihkan hubungan yang telah keruh." Adryan berbahasa.

"Ouch, thanks Adryan. Terharu i dengar." Awar tersenyum kegembiraan.

"Haha, no problem lah Awar. Kita kan kawan."

"Hah? Kawan je ke?" Sebenarnya bukan itu yang diharapkan oleh Awar. Dia mengharapkan Adryan menyebut dia sebagai girlfriendnya. Tapi tak kesampaian. Takpe, boleh cuba lagi.

"Yaa."

"Haha, ok. Kawan." Awar memberikan senyuman tawar.

Beberapa minit kemudian, pelayan lelaki tadi kembali dengan makanan dan minuman di dalam dulang. Dan masa yang ditunggu tunggu hampir sampai, sikit lagi. Sikit je.

"Nah Awar. This is for you." Farah memberikan Air ice lemon tea kepada Awar dan dengan sengaja, dia menjatuhkan air ke baju Awar.

"Alamak, Awar, sorry sorry." Farah kelam kabut mengambil tisu dan mengelap baju Awar yang terkena air. Sebenarnya, tak adalah kejam sangat rancangan ni. Untuk suka-suka je, jahat tak? Jahat tak? Sambil sambil tu nak uji tahap kesabaran Awar. Kan best tu.

*Bersambung*

Apakah tindakan Awar? Adakah dia akan berdiam diri atau marah? Tunggu part seterusnya.

P/s : Vote kalau rasa cerita ni best dan komen kalau cerita ni membosankan. Manalah tau boleh diperbaiki. Thanks. K, byeeeeeeeee.

Cinta DrastikWhere stories live. Discover now