Bab 21

6K 219 5
                                    

"Adryan, hujan lebat ni. Baik you duduk dulu kat rumah I. I buat air eh?" Pelawa Awar sebelum keluar dari kereta milik Adryan.

"Eh, it's okey. I balik dulu."

"Ad, jangan la macam ni. Hujan lebat ni, kalau ada apa-apa benda berlaku kat you macam mana?"

"Hmm, betul jugak cakap Awar tu. Stay je lah kat sini. Aku bukan duduk kat dalam, luar rumah je pun."

"Ye lah. Nanti lepas hujan reda i balik. Tapi ada syarat, I nak duduk kat luar rumah je. Tak nak masuk dalam." Adryan lantas keluar dari keretanya dan duduk di luar rumah Awar.

"Okey, then. I buat air eh."

"Dipersilakan." Awar masuk ke dalam rumahnya untuk membuat air. Adryan menghantarnya dengan pandangan yang mencurigakan.

"Tadi kata kaki terseliuh, tu jalan elok je. Ish, kalau dah nama pun AWAR, memang penipu kan? Ish, menyesal percaya. Tu pun nasib baik aku kesian dekat kau je aku tolong kau hantar balik. Huh." Adryan mendengus.

"Ad, nah. This is for you." Kata Awar sambil menghulurkan teh panas untuk Adryan. Memang sesuai diminum pada waktu hujan macam ni.

"Thanks." Adryan memberikan senyuman tawar. Selang beberapa minit, dia meneguk air itu.

"Ahh, lega. Baru la rasa panas sikit." Kata Adryan. Dia meletakkan cawan ke atas meja yang ada di hadapannya.

"Btw, Awar. Kenapa i tengok you jalan elok-elok je tadi."

Awar kehilangan kata. "Alamak, lupa!"

"I rasa dah ok sikit tadi. Sebab tu i try jalan elok-elok." Tipu Awar.

"Oh, macam tu." Kata Adryan. "Kau ingat aku percaya? No way." Bisiknya dalam hati.

"Then, mana housemate you?"

"Em, diorang keluar tadi. Tak tahu pergi mana."

"Ohh, ok." Sekali lagi Adryan meneguk air teh itu.

Tiba-tiba dia menguap. Ish, kenapa rasa mengantuk ni? "Adryan! Wake up wake up. Jangan tidur dekat sini." Dia menampar pipinya kerana sudah tidak boleh menahan matanya daripada tertidur. Tetapi akhirnya dia melelapkan mata.

"Yeah, success. Adryan sayang, senangnya you masuk dalam perangkap i. Hahaha." Awar tergelak jahat sambil mengusap pipi Adryan. Semasa dia buat air dekat dapur tadi, dia meletakkan sedikit ubat tidur yang dibelinya. Ah, licik sungguh perempuan ni.

Awar memapah Adryan masuk ke dalam rumah sekaligus masuk ke dalam biliknya.

"Haha, baru puas hati aku dapat kerjakan kau macam ni."

~~~~~

"Aik, ada orang call lah." Farah menunjukkan telefonnya kepada Hakim kerana nombor yang terpampang di skrin tidak dikenali olehnya.

"Angkat je lah." Kata Hakim yang sedang membayar barang yanng dibelinya di kaunter pembayaran.

"Ok. Kejap eh." Farah menjauhkan sedikit dirinya daripada Hakim.

"Hello, Assalamualaikum." Kedengaran suara seseorang dari corong telefon. Suara itu kedengaran sayu.

"Waalaikumussalam. Siapa ni?"

"Farah, saya Awar. Tolong saya." Suara Awar kedengaran seperti sedang menangis.

"Wait, kenapa dengan awak?"

"Datanglah sini cepat." Awar agak memaksa.

"Ok, ok. Awak kat mana?"

"Lot ......................"

"Ok, tunggu eh, Saya datang sekarang." Dia mematikan panggilan itu.

"Hakim, ada emergency. Jom." Kata
Farah lalu berjalan beriringan dengan Hakim. Nasib baik dah selesai membuat pembayaran.

"Kenapa?"

"Entah, tiba-tiba Awar call saya then menangis. Tak tahu punca."

"Ohh, jomlah pergi rumah dia. Dia ada bagitau alamat kan?"

"Yup."

"Ok. Jom." Mereka mempercepatkan langkah.

"Ya Allah, kenapa rasa tak sedap hati ni? Ada apa-apa yang berlaku ke? Harap semuanya dipermudahkan oleh Allah. Aamiin." Entah kenapa sejak daripada menerima panggilan tadi, hatinya menjadi tidak keruan. Seperti akan ada cerita yang akan mengguriskan hatinya.

~~~~~

"Huh, kenapa kereta Adryan ada dekat sini?" Soal Farah kebingungan setelah melihat kereta Adryan ada di hadapan rumah Awar. Jantungnya sudah mula berdegup laju.

"Ermm, jangan jangan ......." Hakim mula membesarkan matanya. Mukanya separuh terkejut.

"Oh no ! Jom lah masuk rumah dia. Cepat cepat !" Farah membuka pintu kereta lalu berlari menuju ke hadapan rumah Awar. Takut juga kalau demam sebab hujan masih belum berhenti. Rumah banglo setingkat yang cantik. Simple but nice. Hakim mengikutnya dari belakang, dia juga berlari.

Dari luar rumah, mereka memberi salam. Tetapi tiada sesiapa pun yang menjawab. Tanpa berlengah masa, Farah cuba untuk membuka pintu utama rumah yang tidak berkunci. Mereka berdua masuk perlahan-lahan untuk mencari kelibat Adryan dan Awar.

"Kat dapur tak ada, kat ruang tamu pun tak ada." Hakim memberitahu Farah selepas memeriksa keadaan sekeliling rumah itu.

"Then, kita nak cari kat mana ni?" Farah menjongketkan keningnya. Mukanya sudah cuak. "Takkan dekat situ?" Farah menunjukkan ke arah ketiga-ketiga bilik yang ada di dalam rumah itu.

"Urmm, no choice. We need to check all of the side in this house."

"Err, ok. Then, jalan dulu." Ah, Farah tak sanggup. Tidak sanggup untuk melihat kemungkinan yang bakal berlaku.

Mereka berdua berjalan mendekati bilik pertama. Farah berjalan perlahan-lahan di belakang Hakim. Jantungnya berdegup laju. "Ya Allah, tolonglah jangan, tolonglah." Farah berdoa dalam hatinya.

Apabila Hakim membuka pintu, mulut mereka terlopong. "Ya Allah, betul ke apa yang aku nampak ni. Ah, aku tak percaya. Tak percaya dengan semua benda yang aku nampak ni." Air mata Farah mula mengalir laju. Tidak sanggup rasanya untuk melihat Adryan yang tidak berbaju dan tubuhnya yang diliputi selimut. Awar pula, sedang menangis di birai katil, juga tubuhnya dilitupi dengan selimut yang sama.

Adryan mula membuka matanya. "Ahh, sakitnya kepala aku." Dia terkejut apabila melihat tubuhnya yang hanya dibalut oleh selimut dan Awar yang sedang menangis disisinya.

*Bersambung*

P/s : Vote kalau rasa cerita ni best dan komen kalau cerita ni membosankan. Manalah tau boleh diperbaiki. Thanks.

Cinta DrastikWhere stories live. Discover now