Bab 18

5.9K 195 6
                                    

Semua peserta telahpun berkumpul dengan pakaian yang sesuai. Aktiviti itu diketuai oleh petunjuk arah iaitu Abang Bazli.

"Assalamualaikum semua. Diharapkan semua peserta menurut segala arahan yang akan diberikan apabila kita sudah mulakan perjalanan. Semua dah makan kan?"

"Waalaikumussalam,Sudah."

"Ok, bagus. Dah pakai pakaian yang sesuai seperti yang saya suruh tadi?" Semasa mereka makan di dewan tadi, Abang Bazli telahpun memberikan sedikit taklimat mengenai 'jungle trekking'. Jadi, tidak hairanlah jika semua peserta sudah memakai pakaian yang sesuai dan membawa peralatan yang perlu dibawa.

"Sudah."

"Ok, jom. Kita mulakan aktiviti ni sekarang." Semua peserta berjalan dibelakang Abang Bazli. Ada faslitator yang menjaga di barisan depan dan barisan belakang sekali supaya mereka semua tidak berpecah.

"Arghh!" Farah menjerit disebabkan hampir terjatuh kerana jalan yang licin. Mulutnya terlopong. Kenapa lah aku jatuh dalam dakapan dia. Dah tu, tangan aku pun tergantung dekat leher dia. "Ya Allah, malunya." Farah cepat-cepat berdiri bagi membetulkan keadaan. Nasib baik Ieka dah jauh ke depan. Tak ke naya kalau Ieka nampak? Perang seabad kalau dia nampak ni.

"Sorry, saya tak sengaja." Farah membetulkan tudungnya yang agak senget selepas hampir terjatuh dan berjalan laju ke hadapan.

"Ish, apalah nasib aku. Nilah camping first malang aku. Ish malu! Malu! Malu! Arghhhh." Dia mengetuk-ngetukkan kepalanya.

"Farah, Farah.. Alahai." Adryan tersenyum mengejek. Eh dia lupa, dia lupa bahawa dia belum meminta maaf atas kejadian pagi tadi. "Adakah dia jalan laju sebab marah dekat aku atau malu?" Ah, kusut. Tetapi fikirannya tenang setelah melihat alam semulajadi yang ada di dalam hutan itu.

"Wahh, cantiknya." Perkataan pertama yang keluar daripada mulut Atiqah setelah melihat keindahan flora dan fauna di dalam hutan itu. Ini kali pertama dia mengikuti aktiviti jungle trekking. Jadi,memang jakunlah sikit.

"Eh, Farah! Kenapa ni? Laju semacam je jalan. Rilek lah. Cantik kot pokok-pokok kat sini." Atiqah menyekat laluan Farah yang mukanya kelihatan merah padam.

"Tak nak tengok pokok! Nak balik! Huwaaaaa." Farah menghentakkan kakinya. Persis bayi yang mahukan sesuatu daripada Ibunya.

"Kenapa dengan awak ni? Aktiviti ni tak habis lagi lah. Ada sejam lagi perjalanan kita. Sabar lah." Faqihah yang berada di hadapan Atiqah berhenti dan pusing ke belakang untuk menghadap mereka berdua.

"Huh? Sejam? Aduhh, pengsanlah saya kalau macam ni." Tergelak Atiqah dibuatnya apabila melihat reaksi Farah yang kelam-kabut itu.

"Calm down Farah. Cerita kat saya apa yang berlaku please!" Atiqah menenangkan rakannya itu.

"Ahh, nothinglah. Sejam pun sejamlah. Then, cepatlah jalan. Orang lain dah jauh ke depan tu. Nanti faslitator kat belakang tu membebel susah pulak." Adryan yang duduk di belakang Farah hanya tersenyum. "Kelam kabut betul awak ni. Hahaha." Adryan berbisik dalam hatinya.

"Hai Ad." Kata Awar yang tiba-tiba berdiri disebelahnya. Bunyinya agak sopan berbanding sebelum ini.

"Hey you ni .........."

"Ad, let me explain. I dah berubah ok, I dah tak nak jadi gedik. Serius, I dah insaf." Kata Awar dengan yakin. Ya, inilah rancangannya. Rancangan untuk mendapatkan Adryan dengan cara berlakon baik di hadapan Adryan. Ah, liciknya perempuan ini.

"Then, kalau you dah berubah? Apa yang you nak I buat? Awar, take a note ya. I tak suka you."

"I tak kisah sekarang you tak suka I . But I will make you fall in love with me."

"Suka hati you lah. Buatlah apa yang you nak buat. I takkan pernah jatuh cinta dekat you." Adryan terus berlalu dari situ. Serabut betul dengan perempuan tu. Dia dah banyak kali jumpa perempuan macam Awar ni. Berlakon baik. Benar kata orang, pengalaman mematangkan diri. "Huh, jangan harap aku nak percayakan kau Awar."

~~~~~

"Yeah, finally. Habis pun jungle trekking ni. Sumpah, aku tak nak ikut dah aktiviti lepas ni. Always malang. Hmm, apalah nasib." Kata Farah yang sedang keletihan sambil menghempaskan badan di dalam khemahnya. "Aduh,Farah Farah. Ni bukan katil empuk untuk kau hempaskan badan bagai. Kan dah sakit." Dia menggosok-gosokkan bahagian belakang badannya. "Hmm, dah berapa kali aku sebut 'aduh' harini. Malang malang." Banyak betul benda yang menyebabkan dia sakit. Termasuklah sakit hati. Huh.

Teringat akan kejadian di dalam hutan tadi. "Ahh, malu yang teramat. Mana nak letak muka. Tapi, bila mata bertentang tadi. Fuh, rasa berdebar-debar. Aduh, aku dah tak nak jatuh cinta dekat dia! Aku nak lupakan dia! . Arghhhh. Tapi macam mana? Apa aku nak buat?" Tiba-tiba dia tersenyum sendiri. "Yes,dah ada plan. Inshaallah menjadi. Tapi dia akan minta maaf kat aku ke? Walhal aku tau yang dia tak sedar kesalahan dia. Aku je yang lebih. Layan dia nak tak nak je. Hurmm, Aku tak patut layan dia macam tu." Perasaan menyesal mula terbit dari hatinya.

"Err, Hakim!" Panggil Farah setelah melihat Hakim lalu di hadapan khemahnya. Sebenarnya dia baru je nak pakai sandal untuk pergi jumpa Hakim, nasib baiklah Hakim lalu depan dia. Senang sikit kerja, tak perlu cari jauh-jauh.

*Bersambung*

P/s : Cerita ni tiada kena mengena dengan hidup sebenar dan hanya rekaan semata-mata. Watak dalam cerita ni pun tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Harap maklum. ヽ(^_^)丿

Cinta DrastikWhere stories live. Discover now