Bab 9

7K 262 1
                                    

"Farah, Ieka! Buka pintu bilik ni cepat! Kita dah lambat ni." Tempik Faqihah dari luar pintu bilik. Farah dan Ieka ni sebilik. Almaklumlah, dua-dua penakut.

"Lewat? Harini mana ada kelas la. Awak tu je yang mamai." Jerit Farah dari dalam bilik. Dahlah tak reti-reti nak buka pintu. Kesian Faqihah yang terpaksa menjadi jurugerak mereka (kerja baru). Hehe. Nanti tak pasal-pasal tangan dia bengkak kalau duk ketuk pintu bilik diorang ni. Mula-mula, bila orang panggil menyahut. Lepastu, panggil sekali lagi tak menyahut. Hurm, confirm tertidur lagi. Itulah Farah dan Ieka. Tidur mati agaknya diorang berdua ni. Nak kena simbah air kot mak cik dua orang ni. Tapi nak simbah macam mana? Pintu pun berkunci, so tak boleh masuk la jawabnya. Teruk bebenor. Macam mana nak buat bini kalau macam ni. Huh !

"Ish, bangun cepat! Harini ada perjumpaan kelab lah!" Suara Faqihah semakin meninggi. Farah tersedar dari tidurnya. Lantas dia mengambil Handphonenya untuk melihat jam. "What? 10.45?" Terbeliak matanya selepas melihat jam. Kelam kabut jadinya. Farah melaungkan "Ma rabbuka" di telinga Ieka. Tu je lah startegi dia untuk gerakkan Ieka bangun dari tidur.

"Arghhhh." Terdengar suara Ieka menjerit.

"Haa, tau takut. Cepat bangun. Dah lewat nak pergi perjumpaan kelab ni." Farah tergelak terbahak-bahak setelah melihat tindakan drastik Ieka itu. Sempat lagi dia bersuka ria. Dia membuka pintu dan terus menuju ke bilik air. Ieka menggeliat terlebih dahulu. "Ish, Farah memang nak kena ni.!" Ieka membuat muka kesal.

*Dalam kereta*

"Korang bertiga ni memang susah giler nak bangun kan? Farah, Ieka. Nak tau tak macam mana saya gerak Atiqah tadi?" Soal Faqihah. Farah dan Ieka mengangguk serentak tanda mahu.

"Faqihahh!!" Atiqah yang sedang memandu menjerit tanda tidak mahu cara dia terbangun dari tidur diceritakan kepada Farah dan Ieka.

"Whatever, werkkk." Faqihah menjelir lidah.

*Flashback*

"Atiqah. Bangun cepat."Faqihah menggoncangkan tubuh Atiqah.

Tiada respon daripada Atiqah.

"Allahu akbar Allahu akbar." Faqihah mengalunkan azan di telinga Atiqah. Tu je lah startegi dia untuk membangunkan Atiqah dari tidur. Atiqah ni kalau dengar azan terus semangat nak solat. Bagus betul ustazah Atiqah ni.

"Subuh,subuh,subuh." Atiqah terbangun setelah mendengar azan. Dia membuka pintu dan terus bergegas menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Faqihah sudah ketawa sampai nak pecah perut. Haha.

"Aik, tadikan dah solat subuh. Ni solat apa pulak?" Atiqah tersedar dari mamai setelah dia membasuh muka. Dia berpaling ke belakang untuk melihat jam yang berhadapan dengan bilik air.

"Ek eleh. Baru pukul 10.30. Belum tengahari lagi lah. Huh." Atiqah masuk semula ke dalam bilik untuk menyambung tidur.

"Eh, tak payah nak mengada-ngada nak tidur balik. Pergi mandi." Faqihah menghalang laluan Atiqah.

"Buat apa nak mandi awal-awal. Bukan ada kelas pun harini." Kata Atiqah dengan malas.

"Ish, awak ni! Harini ada perjumpaan kelablah. Awak lupa ke?" Faqihah memegang kedua-dua bahu Atiqah dan menggoncangkannya.

"OhMyyyy, perjumpaan kelab!" Atiqah mengambil tualanya dan segera menuju ke bilik air.

*End of flashback*

"Hahahahaha." Ketawa terbahak-bahak mereka bertiga dibuatnya. Kecuali Atiqah. Mukanya masam mencuka.

"Korang nak tau tak macam mana cara Ieka bangun tadi?" Farah bertanya kepada Faqihah dan Atiqah.

"Farah!! Tak payah cerita kat diorang. Saya tampar nanti baru tau. Huh." Ieka membuat muka bengisnya.

"Ok,ok." Tak jadi nak cerita. Huhu.

*Di Universiti*

"Korang,pergilah dulu. Saya sakit perutlah, nanti biar saya pergi kelab tu sorang-soranglah." Farah berlari anak menuju ke tandas. Tu lah, bangun lewat sangat. Kan dah tak sempat nak buang air. Haha.

"Tapi, Farah !" Belum sempat Ieka menghabiskan kata-katanya, Farah sudah hilang dari pandangan matanya. Hishh, cepat sangat menghilang.

*Dalam dewan kelab*

"Fuh, nasib baik si pengerusi tu belum sampai. Kalau tak, nahas kita. Lewat sangat dah ni. Dah pukul 11.20 pagi." Faqihah membetulkan tudungnya. Maklumlah, disebabkan menggerakkan kawan-kawan dia dari tidur, dia pulak yang tak sempat nak bersiap. Huh.

"Tu lah. Tapi macam mana dengan Farah? Kalau pengerusi tu sampai dulu tak pasal-pasal diorang bergaduh lagi." Kata Ieka. Risau sangat dengan bestie dia. Mestilah risau kan. Nanti kalau Farah tak boleh join berkhemah siapa yang nak teman dia tidur. Huhu.

*Di Tandas*

Pada masa yang sama,Farah keluar dari tandas perempuan.Hakim keluar dari tandas lelaki. Aihh, kebetulan pulak. Mereka memandang sesama sendiri.

"Eh, dia tak masuk kelab lagilah. Ada chance nak masuk awal ni. Aku kena lari sekarang." Kata Farah dalam hatinya. Bluerks, awal la sangat. Dah setengah jam lewat sebenarnya dari masa yang sebenar. Dia berlari meninggalkan tandas itu.

"Ish, cepatnya lari. Aku nak kena kejar ni. Best kot kenakan Farah ni. Haha. Aik, kenapa tak ikut jalan pintas Farah oi, nampaknya aku yang akan sampai dulu. Hahahaha" Hakim merancang rancangan jahat.

Farah membuka pintu dewan itu. Dia memandang ke seluruh dewan itu. Terkejut dia dibuatnya apabila pengerusi memandangnya dengan pandangan yang tajam. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Aikk, tadi dia ada kat tandas. Tapi kenapa ..." Dia kehilangan kata. "Adakah aku ternampak hantu tadi. Atau aku tengah bermimpi? OhMyyy." Farah menepuk dahinya.

"Ehem ehem, nampaknya akan ada seorang ahli yang akan dicancelkan namanya." Hakim bersuara setelah Farah duduk di sebelah Ieka.

"Alah, lewat sikit je kot." Farah membela dirinya.

"Sikit kau kata? Kau lewat setengah jam okey." Hakim melihat jam tangannya. Dia berkata dengan nada sinis.

"Adushhh, habislah aku kali ni. Huwaaa." Farah berbisik dalam hatinya. Dia juga melihat jam tangan yang dipakainya di tangan sebelah kiri.

"Alah, tapi tapi." Kata-kata Farah terhenti disitu.

"Ehem ehem. Sorry to say ye Encik Hakim. Tadi bukan kau datang lewat jugak ke? Tak sampai 1 minit kau sampai, Farah pun sampai. Ini agak tidak adil ye." Atiqah membela nasib rakannya.

"At least aku lebih awal dari dia." Laju ayat itu meluncur keluar dari mulut Hakim.

"Ish, tak reti nak mengalah betul la mamat ni." Atiqah mendengus.

"So, kau nak buat aku buat apa? Suruh je lah buat apa-apa pun. Yang penting aku nak pergi nanti. Please." Farah mengangkat-angkat keningnya.

"Ok, kalau tu yang kau nak. Nanti bila dah habis perjumpaan ni ikut aku." Hakim tersenyum puas. Dia mahu mengenakan gadis yang berada di hadapannya.

"Ok,fine." Farah mencebik bibir.

*Bersambung*

Cinta DrastikTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon