37 || R A Y D E N X A V I E R 💋

980 67 3
                                    

KELUHAN kesal dilepaskan apabila penat melayan ramai para jemputan yang hadir pada majlis mereka pada malam itu.

Kini Xylia sudah berada di bilik hendak membersihkan diri sebelum tidur manakala Xavier masih tidak naik ke atas.

Mungkin melayan tetamu yang mana sesetengah mengikuti pulang ke rumah keluarga Xylia. Manakala Azran dan yang lain baru tiba di rumah keluarga Xylia sebelum pulang ke hotel yang telah di tempah untuk beberapa hari.

Bunyi pintu bilik dibuka menyebabkan Xylia terkaku.
Makin kelu lidah gadis itu saat matanya bertembung dengan anak mata helang Xavier yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.

"Kenapa tengok aku macam tu?" Soal Xavier sambil membuka butang atas bajunya itu sebelum mendekati Xylia.

" Tak ada apa-apa."

Xavier hanya mengangguk dan kemudian dia melangkah ke arah wardrobe untuk mengambil bathrobe.

Dari tadi, Xylia bersusah payah hendak menarik zip di belakang bajunya itu. Xavier yang perasan akan kepayahan isterinya itu, dia mendekat.

" Lain kali nak minta tolong tu, cakap je. Tak payah nak susahkan diri tu." Ujar Xavier yang menarik separuh zip baju tersebut.

Xylia menelan payah liurnya melepasi kerongkong saat Xavier berdiri betul-betul di sebelahnya.

" Dah, aku dah tolong tarik sikit maybe kau sampai kut nak capai zip tu." Xylia hanya mendiamkan dirinya perlahan lahan dia mengangguk.

" Hmm terima kasih."

" Dah kenapa macam tu je? Tadi elok je gelak ketawa ape semua bagai."

" Penat.."

" Yeke...kau penat ke kau tengah tahan malu?" Soal Xavier. Saja dia mengusik Xylia.

" Eh, mana ada! Eee shuh, shuh sana saya nak mandi jangan kacau." Ujar Xylia sebelum dia melangkah mendekati wardrobe itu.

Rayden Xavier yang melihat Xylia yang terkedek-kedek melangkah ke Arah wardrobe itu hanya mendiamkan dirinya lalu dia duduk di atas katil sambil melihat phonenya.

Sedang Xylia mencapau tuala mandinya sambil sambil itu matanya di kerlingkan ke arah Xavier yang duduk di birai katil sambil bermain dengan telephonenya.

Lama dia menenung lelaki itu. Eh! Tak salah nak tenung tu suami kita! Satu senyuman terukir pada bibirnya. Bahagianya dia apabila lelaki itu sudah sah menjadi miliknya.

Xylia menghela nafas lega dan sedar dari lamunanya.

" Eh, kau Xylia, jangan nak macam macam ya, baru je lepas akad tadi pagi kau." Bisik Xylia dalam hatinya lalu dia menampar perlahan pipinya itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam tandas.

Setelah Xylia melangkah masuk ke dalam tandas, Xavier berhenti bermain dengan telephonenya kemudian dia mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah pintu tandas.

" Tch... dia ingat aku tak tau ke dia tenung." Kata Xavier perlahan sambil menggelengkan kepalanya.

Baru sahaja Xavier mahu menyandarkan dirinya pada kepala katil, tiba-tiba telephone miliknya berdering menandakan panggilan masuk.

' Ibu Riana' nama jni yang naik pada screen telephone milik Xavier. Fuh, malas betul dia mahu menjawab panggilan dari wanita itu kerana dia tak mahu tau apa yang wanita itu katakan padanya nanti.

Terus dia mematikan telephone tersebut.

Senyap dia memikirkan apalagi yang wanita itu mahukan darinya sejak dari dia mengenali Xylia Lynele kerap pula wanita itu menelefonnya.

Mr. Rayden Xavier Where stories live. Discover now