11 || R A Y D E N X A V I E R 💋

1.8K 130 15
                                    

"XAVIER !!!" Jerit Xylia yang sudah nak terjatuh dari stepladder itu, seraya dia memanggil Xavier yang berada di sebalik dinding itu .

Tidak sempat Xavier ingin menyambut Xylia , Xylia terlebih dahulu tumbang jatuh ke atas lantai itu .

Ya allah aku pasrahkan diri ku sepenuhnya pada saat ini....

Kepada Penguasa langit dan Bumi...

Kerana aku ikhlas ya allah....

Aku ikhlas

Buk !!

" Aduh !! Sakitnya belakang aku ni . Auch!! Pehal kaki yang pedih nak mampos ni ? Eh ? Mama !!" Jerit Xylia apabila buku kakinya berdarah kerana tertores dengan paku yang Ada pada Stepladder itu .

Huwaaaa sakitt !

" Xylia ! Xylia ! Kau okey tak ni ? Sini aku tolong kau ." Pelawa Xavier yang ingin membantu Xylia bangun dari situ .

Xavier ingin mengangkatnya untuk mencempungnya itu, seraya tangan Xavier di tepis kasar oleh Xylia .

Xavier mengerutkan keningnya itu .

Pehal dia ni aku nak tolong je pun !

" Pehal kau ni ?! Aku nak tolong kau . Jangan biar darah tu , kuman kau tahu tak ? Sini bagi aku angkat kau Xylia !"Tegas Xavier . Niatnya ingin menolong Xylia yang dalam kesakitan itu .

" No no ! Tak Boleh ! Kita tak kahwin lagi mana Boleh pegang pegang angkat angkat macam ni !"Ujar Xylia yang tidak mahu dirinya di sentuh Oleh Xavier .

Xavier meraup wajahnya kasar .

" Tak , sekarang ni aku risaukan kau ! Kau Boleh tak bagi je aku angkat kau ?! Kau macam tak biasa pula aku dukung kau ! Peluk pun dah la ! Dah Tepi tangan tu tak payah nak halang ! Sakitt tu, buat la cara sakit !"Marah Xavier pada Xylia yang degil itu .

Screenshot please !! Abe Xavier Tiba tiba Caring with girl ni!

Arghhh!!! Please please !

Tanpa banyak kata , Xavier terus mencempung Badan Xylia seraya dia membawa Xylia ke ruang tamu untuk Merawat kaki Xylia yang Luka itu .

Xylia memeronta dalam cempungan itu, tetapi Xavier tidak melepaskannya. Xavier terus berjalan ke ruang tamu .

" Kau duduk sini diam diam. aku nak pergi ambil peti kecemasan dekat laci dapur tu ." Ujar Xavier pada Xylia terus dia melangkah ke dapur, untuk me dapatkan peti kecemasan yang di katakan olehnya tadi .

Xylia hanya mendiamkan diri . Masih menghadam apa yang Xavier katakan tadi .

' Macam tak biasa pula aku dukung kau ! Peluk pun dah la !' Terngiang ngiang ayat itu di kepalanya .

" Apa Maksud dia ni ? Bila pula dia angkat aku ni ?" Soal Xylia pada dirinya sendiri.

Tidak sampai beberapa minit , Xavier mengambil peti kecemasan itu, Kini sudah pun tiba untuk merawat kaki Xylia yang Luka itu .

" Mana kaki kau yang Ada darah tadi tu ? Sini aku nak sapu ubat ." Ujar Xavier lembut pada Xylia yang menunjukkan tempat yang Luka itu .

" Tahan sikit ae . Maybe ni pedih sikit tau . Sakit bagitahu aku ."

Xylia mengangguk sebagai jawapan .

Mata Xylia dengan penuh teliti melihat wajah Xavier yang tekun membersihkan lukanya itu .

Perlahan lahan Xavier mengelap Luka itu dengan tissue kering yang dibasahi air itu. Setelah selesai , Xavier mengeringkan tempat Luka itu, Seraya dia menyapukan minyak gamat pada Luka Xylia itu .

Mr. Rayden Xavier Where stories live. Discover now