29 || R A Y D E N X A V I E R 💋

1.3K 115 4
                                    

OH MY GOD!!!

' Aaaaaa!!!! Dia ada rupanya ingat kan tak datang.' Omel Xylia dalam hatinya.

Heh engko suka pula ye.

Lantas itu, Xylia berdehem memulakan perbicaraannya. Wajah Xavier di pandang.

Xavier menjongketkan keningnya melihat Xylia yang dari tadi berdehem lepastu tidak bercakap pula. Aduh stress.

" Kau nak cakap apa-apa ke? Kalau tak ada, aku nak makan. Lapar." Kata Xavier lembut. Eh kemain kau ae cakap lembut. Biasa la dia dalam keadaan yang baik jadi, tak salah kalau dia nak bertutur dengan orang dengan nada yang lembut.

" Oo ni haa....saya nak bagitahu yang.....ermmm....."

" Apa yang erm tu? Cepat la aku lapar la."

Xylia menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Aduh! Nak bagitahu ke tak ni sebenarnya.

" Macam ni...."

" Macam mana?"

" Ish sabar la! Orang nak bagitahu la ni. Awak ni tak sabar-sabar betul la." Kata Xylia dengan nada sedikit marah.

Hesy......sabar bang. Tau lapar Tapi bagi dia habis cakap dulu. #perempuantakpernahsalah.

" Ok. Hah cepat la cakap. Kau lambat lagi macam tadi aku tinggal kau terus dekat sini." Kata Xavier Tegas sambil dia menyilangkan tangannya pada bidang dadanya.

10 saat dia menunggu Xylia bercakap, akan tetapi gadis itu hanya mendiamkan diri sambil bermain-main dengan jari telunjuknya.

Xavier menggelengkan kepalanya. Hah sudah berapa lama lagi ni harus dia berdiri. Perutnya sudah berbunyi kerana dia sangat lapar. Ini kan pula, nak kena tunggu Si Minah ni cakap.

Hm agaknya dia nak tunggu Xavier berjangut dulu kot baru dia nak bercakap. Entah apa yang susah sangat Xylia mahu melontarkan kata-katanya itu.

Xavier mengeluh kecil lalu menundukkan kepalanya. Lantas itu, secara tiba-tiba dia mendapat idea untuk mengenakan perempuan itu. Terus bibirnya itu mengukirkan senyuman jahat.

Xavier mula mendekatkan jaraknya dengan gadis itu. Xylia mengerutkan dahi apabila dia merasakan jaraknya dengan Xavier semakin dekat.

Hah sudah ini apa pula ni???

Xylia mengangkat wajahnya dengan perlahan-lahan. Terkejut dia dibuatnya melihat wajah Xavier betul-betul dekat dengan wajahnya. Sedikit Demi sedikit Xylia mengundur ke belakang supaya jarak mereka jauh sedikit. Akan tetapi Xavier tetap mendekati dengan dirinya sehingga gadis itu tersandar di dinding.

Uish nasib Ada dinding kalau tak sampai esok subuh la asyik mundur belakang.

Xavier menahan tangannya di dinding dan mendekatkan wajahnya pada Xylia.

Gulp!

" Errr....minta jauh sikit muka awak ni Boleh?" Xavier senyum sini. Hah tau takut. Cakap lagi separuh-separuh.

" No. Kau cakap dulu baru aku jauh kan muka aku dari kau."

" Haih. Ye la. Tepi sikit saya nak bercakap! Macam mana saya nak bercakap dah kalau muka awak ni, betul-betul depan muka saya."Marah Xylia. Tangannya menolak dengan sedaya upaya menolak bidang dada lelaki itu. Haih berat sungguh nak tolak.

" I say no, Sayang! Just say what do you to say it." Kata Xavier dengan tegas. Perut dia tu sudah buat pasal lapar Dah ni.

" Lain kali la Xavier. Pergi la makan dulu."

" Tadi kau cakap kau nak bagitahu aku. Sekarang kau nak aku pergi makan? Kau ni ok ke tidak? Sekejap cakap lain, lepastu lain pula." Xavier mengeluh kecil lalu dia menundukkan kepalanya lemah.

Mr. Rayden Xavier Where stories live. Discover now