02 || R A Y D E N X A V I E R💋

2.2K 133 7
                                    

XYLIA melangkah keluar Dari biliknya pada pukul 10:30 malam kerana dia rasa tekaknya itu kering.

Selesai sahaja dia meneguk secawan air Coway itu terus dia melangkah berjalan ke arah sliding door yang berdekatan dengan dapur itu.

Sliding door itu di buka separuh . Xylia mengeluarkan sedikit mukanya ke luar untuk menikmati bulan yang cerah pada waktu malam itu .

Sedang dia ralit menikmati langit yang gelap malu di terangi oleh bulan itu , fikirannya memikir tentang papa dan mama tirinya.

Adakah mereka baik baik saja ?

Bagaimana keadaan mereka?

Rindunya aku terhadap mereka .

' Mama,kenapa mama tinggalkan Lia seorang diri macam ni? '

' Mama, Lia tak kuat nak hadap lagi semua ni.'

' Tapi mama, Lia bersyukur sebab Mama Aisyah ambil Lia, jaga Lia dan layan dia macam anak dia sendiri mama.'

' Lia bersyukur sangat mama. Kalau la mama ada dengan Lia sekarang , mesti mama happy kan?'

Gumam Xylia perlahan supaya tidak di dengari oleh sesiapa kecuali dia. Dia tidak mahu sesiapa di dalam villa itu tentang kisahnya. Cukup hanya Puan Aisyah seorang sahaja yang tahu.

"Nel? Kenapa Nel duduk dekat luar tengah malam macam ni hm?"Soal suara lembut itu dari belakang.

Lambat lambat Xylia menoleh ke belakang . Dan sekarang dia sudah pun berada berhadapan dengannya.

Xylia mengharukan kepalanya yang tidak gatal itu.

" Eh, mama . Kenapa mama tak tidur lagi ?" soal Xylia seraya tangannya naik mengusap lehernya itu .

Hah tu la kau

Pandai sangat malam malam macam ni duduk dekat luar.

" Kamu tu Nel , kenapa tak tidur lagi , hm? Kan dah pukul 11:15 dah ." Ujar Puan Aisyah nadanya sedikit tegas.

Xylia masih mendiamkan diri.

Nak jawab apa?

Xylia tersengih sendiri seraya tangannya kembali mengusap lehernya itu.

Puan Aisyah menggelengkan kepalanya.

Ada ada je budak ni.

" Dah pergi masuk bilik, lepas tu tidur. Jangan tak tidur pula sebab esok kamu kena temankan mama pergi joging dekat taman yang berdekatan esok, faham?" Soal Puan Aisyah yang bercekak pinggang di hadapannya itu.

Xylia dengan payah menelan air liurnya. Tiba tiba je rasa seram sejuk dengan Puan Aisyah ni.

Muka Xylia berubah menjadi cuak dan takut. Perlahan lahan dia mengangguk faham.

Puan Aisyah yang melihat perubahan pada wajah Xylia itu, dia tergelak apabila melihat reaksi gadis itu.

" Nel, mama gurau je la. Mama tak marah Nel pun. Saja acah jadi mama garang. Hahaha. Meh sini dekat mama." Ujar Puan Aisyah seraya dia mendepakan tangannya itu.

Xylia yang berdiri tidak jauh darinya itu melangkah setapak demi setapak untuk memeluk Puan Aisyah.

Akhirnya, Xylia dan Puan Aisyah kini berpelukan antara satu sama lain. Xylia memeluk Puan Aisyah dengan erat.

" Mama , sorry. Lain kali Nel tak buat lagi and Nel janji Nel akan tidur awal. I promise." Ujar Xylia lalu dia melonggarkan sedikit pelukan mereka tadi .

" Okey sayang. Dah, pergi tidur. Tak nak sedih sedih, okey . Mama gurau je tadi."

Berkerut dahi Puan Aisyah apabila Xylia memandangnya lama begitu .

Mr. Rayden Xavier حيث تعيش القصص. اكتشف الآن