"Kau rasa dia cintakan aku? dia ada cakap apa-apa ke pada kau? pasal perasaan ke? apa yang dia suka pada aku ke?" soal Hakeem bertubi-tubi dengan mata yang menyinar. Anaqi dan Aira memandang satu sama lain bagai tidak percaya dengan perubahan Hakeem yang selalunya mahu bercakap pun seperti ada batu didalam mulut.

"Parok dah kau ni" Anaqi tersenyum sambil mengiling kepala.

"Aku boleh tanya malam ni...satu soalan seribu ringgit" balas Aira cuba membuat duit.

"Boleh" Hakeem balas laju

"Uish mudah buat duit...aku nak job juga. Maklumlah nak kahwin ni banyak pakai duit" cantas Anaqi.

"Kau dah kayalah Aira!" marah Aniq yang entah muncul dari mana. Abang ngah kepada Aira, mereka tiga beradik. Campur Aaez dan Hakeem semuanya lima orang cucu Nek Mun. Puan Sri Amina anak bongsu dari dua beradik.

"Alah tapi fei jauh nun disana lagi kaya! aku nak beli beg baru ni" bentak Aira tidak mahu kalah.

"If you can make her talk about marriage...aku transfer 20k malam ni juga" hambur Hakeem. Dia mahu Khalea tahu tentang keinginan dia untuk berkahwin dalam masa terdekat walau hakikatnya gadis itu sudahpun tahu. Tetapi Hakeem percaya perbualan tentang perkara ini antara perempuan akan lebih memberi kesan pada Khalea.

"Deal?" soal Hakeem.

"Deal" Aira menyaut.

Mereka berjabat tangan.

"Aira" panggil suara lembut dari belakang. Sudah masuk pukul dua pagi. Semua menoleh serentak. Habis terbuntang luas mata bundar Hakeem melihat sosok tubuh Khalea yang menutup rambutnya hanya dengan selendang yang dibalut mudah. Kepala Hakeem sekilas memandang Khalea sekilas memandang kain pelikat dia. Ah sudah...

Ketiga beradik itu gelak sakan melihat reaksi Hakeem yang terpinga-pinga.


Setelah selesai basahkan badan pada malam itu, dalam fikiran dia hanya mahu merehatkan diri dan merebah badan diatas katil. Tetapi dia teringat akan pakaian untuk hari esok, Khalea mengambil beg yang dibawa sebelum baju kurung berwarna soft brown dia keluarkan. Dia perlu mengosok baju itu malam ini juga jadi tidak perlu berebut pada hari esok.

Jersey shawl dia capai dan dia balut sekali langsung dia bergegas turun ke bawah mencari Aira untuk bertanya tentang seterika. Melihat sepupu sepapat itu seronok berborak dia endahkan dan memekakkan telinga. Apabila mereka sudah sedikit perlahan dalam berbicara barulah Khalea menghampiri untuk bertanya.

Makin pelik dia apabila mereka semua tertawa sesudah dia memanggil nama Aira. Dia betulkan tudung risau dia yang macam badut sekarang. Sudah elok tadi makin dibetulkan, leher putih mulus dia menjadi santapan mata mereka. Laju ketiga lelaki itu menukar arah, Hakeem sudah meneguk saliva beberapa kali.

"Khalea nak apa?" Aira terus mendapatkan Khalea sambil jari membetulkan tudung gadis itu.

"Seterika kat mana? saya nak gosok baju" jawab Khalea saat mereka tiba didapur. Ada bilik pakaian disebelah dimana semua kelengkapan ada didalam.

"Kat dalam tu" tangan naik menunjuk kearah bilik dihujung jalan. Khalea hanya mengangguk faham. Aira mahu bergerak kembali dihadapan namun langkah dia terhenti bila ada tangan halus menghalang lantas Aira menoleh semula.

"Tolong panggilkan Hakeem boleh? saya tunggu dekat dapur" pinta Khalea dengan muka menahan malu. Segan sungguh tapi ada yang perlu dia bincangkan dengan Hakeem sekarang juga. Aira tersenyum dan terus melangkah ke ruang tamu.

Setiba saja Hakeem sudah tercongok memandang dia. "Kau pahal?" tempik Aira.

"Khalea panggil kau...macam penting je. Habislah kau" membulat mata Hakeem sesudah Aira menyampai kata.

Ur The Dream | cKde žijí příběhy. Začni objevovat