48. Maaf

1K 23 2
                                    

"Kenapa tak order Grab or Foodpanda je Shah? Macam menyusahkan je pulak nak kena masak. Kita kan baru je sampai rumah."Aku menghantar Shahfri ke dapur melalui pandangan sekilas. Selebihnya, aku fokuskan ke permainan PS5.

Aku sedang bermain God of War Ragnarok. Aku tak pasti sama ada aku pernah habiskan misi dalam permainan ini kerana aku langsung tiada memori berkaitan. Jadi, aku main saja. Jangan ditanya susah atau senang kerana, mungkin aku memang hebat bermain permainan video.

"Bie memang kena masak untuk sayang sebab Bie nak sayang cepat sihat so kena makan makanan sihat." Sayup saja suara Shahfri dari dapur.

"That one, up to you lah. Saya tak berapa lapar pun anyway." Jemariku sibuk menekan bebutang yang ada di konsol. Sesekali aku tersentak mendengat guruh di langit berdentum kuat.

'Hm nak hujan.'

Aku matikan TV. Lalu bergerak menuju ke dapur yang agak luas itu.

"Masak apa?" Tegurku.
"Bie buat stir fry broccoli dengan grilled salmon." Jawab Shahfri ringkas. Dia sedang mengejar masa supaya tidak makan terlalu lewat.
"Sayang kena banyak makan ikan, nuts, and leafy greens for better brainpower."
"Alah, order ajelah kailan ke, kangkung belacan ke kat kedai Patani depan ni." Aku ketawa.
"I really - really - really don't want to trouble you."
"Dah. Cukup. Tak nak dengar. Dah nak siap pun masakannya." Shahfri membalik- balikkan ikan salmon di atas grill pan.

Aku memerhati Shahfri dari belakang. Dahiku berkerut seribu. Ada sesuatu yang membuatkam hatiku tak senang.

SEPERTI biasa, kerjaku hanyalah membazir untuk keperluan peribadi yang tak penting dan memaksimakan pengggunaan kad kredit Shahfri supaya aku tak perlu guna duit aku ketika berbelanja.

Petang itu selepas ambil Aiman dan Sofea dari taska, itupun lambat sejam, aku segera pulang ke rumah kerana aku tahu Shahfri akan melenting atas sebab banyak perkara.

Dan ya, aku masuk ke rumah dalam keadaan sesahaja mungkin. Menanti Aiman dan Sofea selesai memeluk daddy mereka yang sedang memasak di dapur. Sambil itu, aku letak barang - barang di atas kaunter kabinet dapur.

Aku tahu Shahfri marah. Pertama kerana aku keluar tanpa izin, dan kedua kerana aku tiada di rumah saat dia pulang kerja. Benda sama, pokoknya kerana aku tak minta izin.

Hari itu, hari Jumaat. Selalunya dia akan pulang awal berbanding hari lain.

"I'm so sorry. I know that you're mad at me. Sayang lupa sangat nak info Bie. Sorry okay?" Aku memeluk belakang Shahfri namun suamiku itu tidak memberi sebarang respons.

"Pergi mandi sayang?" Arah Shahfri. Namun arahan itu bukan dituju pada aku, sebaliknya untuk Aiman dan Sofea yang sedang membelek plastik berisi Kinder Bueno yang baru aku beli tadi.

Aiman dan Sofea menurut. Mereka segera mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi.

Aku melepaskan pelukan. Rasa janggal kerana ada bau - bau Shahfri akan mulakan perang dingin lagi dengan aku.

"Lambat balik? Taska dah kosong kan masa fetch up budak - budak ni?" Tanya Shahfri, dingin.

"Kenapa Bie tak ambik diorang lepas balik kerja tadi? Tunggu sayang juga dah kenapa?" Aku mula mahu melawan. Rasa darah panas mengalir menyerbu wajah.

"You know, saya cari rezeki penat - penat. So kerja - kerja simple tu awaklah yang kena buat. Awak bukannya bekerja pun sekarang. Semua atas saya. Itupun saya dah ikut kehendak awak, hantar jugak budak - budak tu ke taska padahal awak boleh je jaga dekat rumah." Shahfri matikan api dapur, memeluk tubuh dan menyandar di almari kabinet sambil memandangku dengan wajah mencuka.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now