Dahi Nufa berkerut.

"Kau merepek apa ni?" Tak faham Nufa dengan apa yang Ayesha mahu sampaikan.

"Sejak bila pula aku ada hubungan dengan Mifzal?" Tanya Nufa.

Hairan bila dia berterusan dikaitkan dengan lelaki itu. Tak sudah lagi ke dia dan Nadhif menghalau Mifzal dengan memberitahu tentang perkahwinan mereka? Mifzal tidak sampaikan kepada Ayesha kah sampaikan gadis ini masih berterusan menganggap dirinya punya hubungan dengan lelaki itu?

"You tak payah nak pura-pura tak tahu lah Nufa. I nampak sendiri you dengan Mifzal! Mata I ni jadi saksi korang buat hubungan belakang I!" Oktaf suara Ayesha makin meninggi. Tambah dengan gaya agresifnya menerangkan.

Nufa lepaskan nafas berat. Serabut rasanya bila tak habis-habis ada kaitan dengan Mifzal.

"You memang tak reti malu ya? Tak malu sebab terhegeh-hegeh dengan bekas kekasih you yang dah ada kekasih? Apa takde lelaki lain ke yang you nak kacau?!" Marah Ayesha. Nampak bibirnya bergetar.

Nufa diam.

"Kenapa kekasih I juga yang you nak kacau?! You nak balas dendam ke apa?!" Ayesha menjerit marah.

Nufa masih lagi diam. Bergerak perlahan dia mencapai sebotol air mineral sebelum dihulurkan ia kepada Ayesha.

Terkedu Ayesha. Berkelip dia sekali dua memandang Nufa. Jelas tidak sangka dengan reaksi tenang yang ditunjukkan Nufa.

"Ambil. Sakit tekak kau menjerit-jerit. Nanti nak menjerit lagi takde suara, jangan salahkan aku pulak." Perli Nufa.

Hilang terus kelu Ayesha. Tajam matanya mencerlung kepada Nufa sebelum dia merampas botol air dengan kasar.

Nufa diam sahaja. Bergerak ke tilam, duduk dilabuhkan. Kemudian, tenang dia menyuruh Ayesha untuk duduk sama di sisinya.

"Hei! You ingat marah I ni main-main ke?" Bentak Ayesha tidak puas hati. Nak aje dia baling botol ini tepat ke wajah Nufa.

Nufa julingkan mata ke atas tanda menyampah.

"Aku malas lah nak jerit-jerit, nak marah sama. Meh selesaikan elok-elok. Kalau betul aku salah, aku mengaku. Kau nak belasah aku pun, belasah lah. Kalau kau yang salah, aku hempuk kau." Tenang balasan Nufa. Tapi masih ada tegasnya di situ.

Ayesha ketap bibir.

"Memang you yang salah sekarang ni! Takde kalau-kalau! I memang nampak Mifzal dengan you! You memang lembab dan tak tahu malu. Kenapa kacau kekasih I?!" Marah Ayesha.

Nufa pasrah. Nampaknya memang takde harapan nak selesaikan dengan cara elok.

"Kenapa aku nak kacau kekasih kau pulak?" Soal Nufa malas-malas. Bosan bila kena gaduh pasal lelaki.

"Sebab you tergila-gilakan Mifzal dan tak dapat terima kenyataan yang I akan kahwin dengan Mifzal!" Balas Ayesha laju.

"Please. Aku dah lama terima kenyataan tu. Dua minggu aje aku menangis sebab lelaki bodoh tu tau. Sekarang dah enam bulan dan aku memang dah move on daripada dia dah." Nufa membalas malas-malas.

Ayesha gelak sinis.

"Oh yeah? You ingat I nak percaya bila I sendiri nampak korang berdua-duaan?!" Bidas Ayesha.

"Aku tak kesah lah yang tu kau nak percaya ke tak. Tapi ada satu benda yang aku nak kau percaya."

"What? Yang perempuan tu bukan you?!"

Nufa geleng. Bergerak ke almari, Nufa terus geledah beg tangannya sebelum dompet dikeluarkan. Buka dompet pula, kad perakuan nikahnya terus ditarik keluar.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now