"Kalau makan separuh boleh ke?" Sekali lagi bicara Diaz buat Delilah rasa nak tercekik.

"Diaz! Ubat tu kecik aje.. tak payah nak mengada. Telan ajelah."

Eh, dia pula yang geram dengan sikap keanak-anakan Diaz.

"Pahitlah Delilah. Kau faham tak?" Tempelak Diaz tanpa segan silu. Dalam masa setahun, rasanya hanya sekali saja dia telan ubat. Itu pun kalau dia rasa dah dekat nak mati.

"Ya ampun! Kau ni umur berapa sebenarnya? Dah tua bangka macam ni pun masih liat nak makan ubat?"

"Diaz nak aunty hancurkan dulu?" Tidak semena-mena, Lea mengucapkan ayat yang membuat Delilah terkejut beruk. Deras dia menoleh kearah mamanya.

"Ma!"

Ya Tuhan.. kegilaan apakah ini?

"Sini.. aunty hancurkan dulu untuk Diaz." Ujar Lea. Tangan dihulur meminta ubat di tangan Diaz.

Dengan senang hati Diaz menghulurkan ubat tersebut. Tak menunggu lama, Lea letak ubat tadi diatas sudu. Kemudian dihancur lumat sehingga menjadi serbuk menggunakan permukaan sudu yang lain.

Delilah memerhati dengan riak jelek.

"Ini dah macam bagi budak-budak makan ubat." Komennya.

"D.. dulu masa kecik-kecik D pun liat sangat nak makan ubat. Mama buat persis macam ni." Cerita Lea.

"Masa tu D budak lagi. Tapi Diaz? Dah dua puluh satu tahun masih degil nak makan ubat." Bidas Delilah membela diri.

Diaz mendegus geram. Ditenung si gadis dengan ekor mata. "Diam boleh tak? Sibuk aje dia ni."

Bibir Delilah terjuih. "Ceh!"

"Apa ceh?" Kali ini Diaz jegilkan mata. Dibalas dengan jelingan Delilah.

"Dasar budak manja." Omel gadis itu seraya berura-ura mahu berlalu.

"Kau-"

"Blerrkk!"

Sengaja Delilah menjelirkan lidah. Tahu yang Diaz takkan berani nak membulinya memandangkan mama ada.

Bibir Diaz terkumat-kamit tanpa suara. Rasa nak disekehnya kepala Delilah. Hilang kelibat gadis itu, dapur kembali sepi.

Lea menghulurkan ubat yang telah bertukar menjadi serbuk. Diaz mengeluh dalam diam. Pegang sudu berisi serbuk ubat selesema dengan wajah terpaksa.

Dia tak suka makan ubat.. dia tak suka!

"Hai.. serbuk apa D makan tu?"

Belum sempat ubat masuk ke dalam mulut, Tuan Amza yang segak berpakaian pejabat muncul di ruangan itu.

"Ubat selesema."

"Itu ubat untuk budak umur berapa tahun?" Tuan Amza tilik sikit ubat yang dimaksudkan anak terunanya. Dia sembunyi senyum. Terasa geli hati melihat wajah Diaz yang berkerut-kerut tidak sanggup menelan ubat.

Anak aku umur berapa sebenarnya ni?

"Am.. biarlah anak tu makan ubat dulu." Celah Lea bila senyuman Tuan Amza semakin lebar.

Mereka berdua mula leka memerhati tingkah Diaz yang benar-benar kelihatan terpaksa memasukkan ubat ke dalam mulutnya. Dalam sekelip mata Diaz mencapai gelas berisi air masak dan ditegur rakus.

"Ada rasa demam ke?" Tuan Amza bawa tangan ke dahi anaknya.

"Tchh! Baba ni.." Pantas Diaz mengelak. Tak suka disentuh.

Bercekak pinggang, Tuan Amza mula nak membebel lagi.

"Eloklah.. buat lagi kerja gila tidur kat luar tu."

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin