Dia menoleh kearah Aileen dan tersenyum sinis sebelum masuk ke dalam perut kereta. Aileen dan Daniel di bahagian belakang kereta. Jagalah hati Aileen agar tidak meletup ditengah jalan.

Aileen seperti biasa pembina suasana, banyak yang dia borakkan, Daniel juga turut serta dengan lawak dan bicara Aileen. Tersengih-sengih dua orang itu seakan dunia itu milik mereka berdua.

Lain pula di hadapan Hakeem yang fokus pada pemanduan bersama kerutan didahi. Tergelak Khalea. Tahu lelaki itu tidak setuju dengan cadangan dia untuk double date kali ini.

"Tak kelakar sayang" suara selamba Hakeem berkata langsung tidak menoleh. Khalea masih lagi tidak berhenti ketawa kecil. Hatinya dicuit.

Hakeem menoleh melihat cinta hati yang tersenyum gembira, tidak mungkin dia marah akan Khalea. Gadis itu belahan jantung dia. Sekilas memandang Hakeem terpana akan sesuatu.

Pluster di dagu Khalea. Agak tersorok tetapi masih terlihat sekiranya hijab gadis itu beranjak.

"Dagu you kenapa?" tanya Hakeem risau. Nada suara turut berubah serius.

"Kenapa I tak tahu?" soal Hakeem lagi. Suara Hakeem yang sedikit ditekan membuatkan dua gerangan dibelakang tiba-tiba diam.

"You ada sorok apa-apa ke?" lagi Khalea dihentak dengan soalan.

"Tak, saya yang buat"

"Huh? What do you mean??" hampir saja Hakeem melepaskan minyak dan berhenti di bahu jalan.

"Pin peniti tercucuk lepastu berdarah" cantas Aileen dari belakang. Menilik Khalea yang tergapai-gapai mencari alasan, Aileen terus membantu.

"My gut just never trust you" suara hati membentak.

---

Melompat bak peri-peri saat mereka tiba di sebuah cafe bertemakan classis barbie. Dua gadis itu sudah laju kehadapan meninggalkan dua beradik itu. Tempat cantik wajib OOTD.

Berjalan dan berjalan akhirnya mereka tiba di tempat dua gadis itu dek mengambil gambar. Itu kalau check photos boleh capai 500 gambar yang bezanya sukar diteliti.

"Pumpkin" Hakeem mendekati. Khalea menoleh bersama tangan memangil agar Hakeem menurunkan sedikit badan.

"Panggil saya Khalea or else" dengar sahaja amaran itu Hakeem berdiri tegak.

"Baik, sayang eh eh Khalea" Aaez tergelak melihat abang dia yang keras sedang buat tabik hormat pada rakan dia sendiri.

Tiba-tiba tangan Khalea ditarik heboh.

"Ambilkan gambar aku kat sini" pinta Aileen. Khalea hanya menurut.

"Danielll"

"Masuklah sekaliii" Daniel langsung beralir mendekai Aileen.

"Pahal awkward sangat? Buatlah gaya sikit! Mini love ke" satu-satu gambar dicapture. Khalea tersenyum lebar melihat hasil gambar yang diambil.

"Our pictures? Sweetheart and me" bahu Khalea ditepuk sesaat rupanya ada baby besar yang merengek mahu gambar bersama.

Telefon diberi pada Aileen pantas Hakeem mengambil tempat untuk posing. Sepanjang sesi bergambar lelaki itu langsung tidak memandang camera. Dia hanya merenung Khalea dengan senyuman besar.

"Khalea" panggil Hakeem pantas. Gadis itu menoleh laju dan terciptalah gambar khazanah terbaik buat Hakeem dimana mereka merenung satu sama lain dengan perasaan yang penuh dengan cinta.

Sesudah sesi bergambar mereka mula menuju keb cafe tersebut untuk menjamu perut yang sudah berbunyi girang.

Sampai sahaja makanan yang dipinta pinggan Khalea Hakeem capai dahulu. Chicken chop pilihan Khalea Hakeem potong-potong dan pisahkan bahagian bagi memudahkan gadis itu makan.

Wajah Khalea sudah merah padam lagi-lagi didepan rakan dia sendiri. Siku Aileen yang mencuit dia tidak Khalea peduli. Senyuman disembunyikan sepenuh hati.

Hakeem dan Khalea terang menoleh mendengar deseran pinggan Aileen ditarik Daniel. Mahu buat perkara yang sama. Khalea terkejut bayangkan Aileen.

Tergamam dan terkentut.

Ni tak tipu. Betul Aileen kentut keluar angin. Nasib tak bunyi kalau tak cancel sesi pemotongan ayam.

"Lepasni buat tiktok jom" dalam borakkan mereka Aileen meminta Khalea join tiktok dia.

"Video apa?" Tanya Daniel ragu.

"Alah yang trend sekarang tu" phone dicapai untuk membelek video yang dia maksudkan.

"This one" phone Aileen, Daniel capai.

Wo xing shi, wu len he shi yu ni xiang shi wo de

Bunyi lagu dari video tersebut bergema. Hakeem menjongket kepala mengintai tentang video yang akan Khalea lakukan.

"Siapa yang kat belakang?" Tanya Daniel.

"Kaulah" jawap Aileen selamba.

"Takkan nak suruh kitorang gelek pulak" sambung Aileen lagi. Dengar sahaja perkataan gelek Hakeem merampas telefon di gengaman Aaez.

"You will not doing this trend" tepat di mata Khalea Hakeem membentak.

"Memanglah saya tak buat, saya yang depan je" Khalea membalas renungan mata hitam itu.

"Aku taknak joget" Daniel membantas.

"Habistu siapa nak jogettt??" Aileen mula bising. Dia pandang Daniel yang seakan memberi petunjuk. Kepala masih tegak tapi mata bergerak ke kanan memberi kata.

Siku pula menegur Khalea bagi menerima arahan Daniel.
Benda begini mestilah laju faham. Khalea tersenyum riang.

"Tuanlah yang joget" terbuka luas mulut Hakeem mendengar kata Khalea. Hati mula berdebar debar. Akal sudah yakin kalau Khalea yang suruh pasti akhirnya dia akan berada disituasi itu.

"Sa..Khalea no" mencuba untuk menolak.

"Please tuan" dia merayu. Daniel dan Aileen langsung tidak masuk campur. Tahu Khalea boleh settlekan masalah ini.

"I can't dance" alasan seterusnya diberi.

"Dance mudah je tu. Gelek-gelek sikit je. Takpun tuan gerak pinggang pun boleh" solusi diberi.

"Love I.." merenung satu sama lain. Hakeem meminta simpati tidak mahu. Khalea masih mahu menjahil.

"Takpelah kalau tuan taknak..saya je joget" hambur Khalea terus.

"Aileen jom" tangan Aileen dicapai dan dia mahu berganjak dari tempak duduk.

"Okay! Fine! Saya buat" Hakeem mengalah. Khalea dipandangan lain sudah gelak tanpa suara.

"Seriously? Tuan ikhlas?" Saja Khalea menguji.

"Saya ikhlas sayang" balas Hakeem lembut.

Biarlah dia jadi pengganti dari biarkan gadis miliknya ditonton orang dalam keadaan sexy untuk Hakeem. Lagi dua orang itu sudah tersenyum-senyum apabila rancangan mereka berjaya.


_________________________________________________

4 October 2023

To be Continue...

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now