"Daneen minta maaf abah," rayu Daneen tersedu-sedan memohon kemaafan. Namun, semuanya sia-sia. Abah semakin membencinya.

"Tak perlu lagi rayuan bodoh kau dekat sini! Aku cakap pergi, pergi Daneen! Jangan sampai aku betul-betul termakan dengan kata-kata aku sendiri iaitu musnahkan hidup kau!"

"Allahuakbar! Mengucap Tuan, mengucap! Bawa beristighfar!" Pak Seman menahan tubuh Tuan Amsyar.

Tuan Amsyar dulu bukanlah seorang yang panas baran. Namun kerana enggan menerima takdir dan jiwa yang sentiasa mempersalahkan takdir, dia menjadi seorang yang sangat tidak berperikemanusiaan. Apa-apa pun jadi, dia tidak ambil peduli lagi.

"Itu satu-satunya hadiah yang dia tinggalkan untuk aku! Tapi kau, hancurkan segalanya! Kau tahu dia sayangkan kau sangat-sangat. Sampai dia lebih sanggup hilang aku daripada hilang kau! You took all the love that she once gave me with all her heart! Kau pemusnah hidup aku Daneen Inara, kau pemusnah!" Merah padam wajah abah ketika itu. Tergambar kesedihan yang terperit di wajah Tuan Amsyar.

Hancur lebur hatinya saat itu. Hatinya menanggung kesakitan yang amat mendalam. Luahan itu benar-benar membenamkan dia ke lembah duka.

Dalam hujan lebat pada malam itu dia redahi bersama Maisara. Maisara hanya separuh sedar, tak sedar. Dia dibawah pengaruh ubat bius.

Air mata masih mengalir tidak henti. Luahan abah sungguh memilukan hati. Dia bukan berada di tempat abah, tapi wajah itu menggambarkan kesedihan yang membuatkan sesiapa sahaja melihatnya seakan turut merasai kesakitan yang sama. Malam ini bersaksikan hujan lebat, abahnya meluahkan kesedihannya yang terdalam.

Daneen mengagahkan langkah sebaik terlihat sebuah pondok usang di tepi seberang jalan. Cukuplah sekadar menjadi teduhan mereka. Pondok itu benar-benar usang, bumbungnya juga boleh ditembusi air hujan.

"Aku minta maaf Daneen, kalau aku tak pujuk kau pergi rumah abah kau, kau takkan sedih seperti ini." Maisara turut merasai kesedihan Daneen.

"Kau masih lemah, tak perlu bergerak. Aku tak pernah menyesal jejakkan kaki aku dekat rumah abah. Biarlah seribu sekalipun cemuhan abah, aku sanggup hadap Maisara. Aku sanggup. Atas apa yang aku dah buat, aku layak. Aku dah buat abah hilang kasih isteri dia sendiri. Aku memang perampas kebahagiaan abah," luah Daneen semahu-mahunya.

Maisara terlihat lemah. Maisara jatuh pengsan di pangkuannya. Daneen tidak keruan. Dia turun daripada pondok itu dan berlari mencari bantuan. Abah...

Tanpa membuang masa, Daneen berlari ke arah rumah abah semula. Dia tak peduli. Maisara perlu mendapatkan rawatan sepenuhnya. Dia sanggup merayu. Biarlah kehidupannya musnah. Hanya Maisara sahaja sentiasa bersama-samanya. Setiap tahun, hari dan masa mereka bersama. Dia tidak sanggup melihat Maisara sakit.

Tatkala dia hampir menyeberang jalan ke rumah Tuan Amsyar, bunyi hon kereta yang sangat kuat menampar gegendang telinganya. Saat itu, Daneen terkedu. Langkahnya seakan menjadi beku. Dia tidak mampu bergerak. Seakan menunggu sahaja kereta itu merempuh tubuhnya.

Nasibnya baik, kereta itu berhenti tepat di depannya. Tubuhnya tidak dirempuh, dia jatuh kerana terkejut sedikit apabila kereta itu sudah hampir.

Sebaik kereta itu, terhenti dan Daneen menyedarinya, tanpa membuang masa Daneen terus bangun.

"Pak Seman!" Menangis Daneen saat lelaki tua itu yang keluar dari kereta.

"Daneen, Daneen ada terluka?" Mujur dia sempat menekan break. Risau hatinya.

"Daneen baik-baik saja. Pak Seman, tolong Maisara," rayu Daneen bersama tangisan. Wajah tua itu dipandang penuh harapan sebelum dia mendapatkan Maisara semula.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now