"Hati-hati," pesan Daneen seraya mengambil tempat duduk di meja makan.

Baru sahaja dia ingin mencapai senduk, kedengaran bacaan ayat suci dialunkan. Daneen membatalkan niatnya. Daneen terkesima mendengar setiap bacaan yang dibaca dengan lancar. Dia berasa tenang. Dia bangun lalu menuju ke tingkat atas mengikut jarak bunyi yang didengari.

Pintu yang tidak tertutup rapat menampakkan seseorang sedang membaca Al-Quran. Dari susuk tubuh itu, pastinya abah.

Tidak semena-mena kenangan sewaktunya ditinggalkan di lorong menjengah ingatan. Satu per satu insan yang hadir di dalam hidupnya sentiasa mendengarkannya kalimah Allah dan ayat-ayat yang tertera di dalam Al-Quran.

Air mata yang mengalir di pipi tanpa disedari menyedarkannya dia telah menjejak bilik abah. Cepat dia mengundurkan langkah. Enggan abah memarahinya lagi.

Namun, bilik arwah umi seakan memanggilnya. Dia seakan nampak bayang-bayang umi dan dia di depan bilik itu. Bergurau senda, bermain dan meluangkan masa bersama. Ya Allah, rindunya Daneen pada umi.

Dia menoleh ke arah bilik yang diduduki abah. Dia nak sangat masuk bilik arwah umi. Nak tatap wajah umi. Meskipun hanya gambar, dia rindu sangat dengan umi.

Daneen nekad. Dia mengorak langkah ke bilik arwah umi. Tombol pintu dipulas. Dadanya didatangi sebak apabila pintu itu tidak berkunci.

Matanya melihat sekeliling bilik arwah umi. Barang-barang yang berada di dalam bilik itu masih kekal. Katil arwah umi dituju. Kenangan bersama umi berlayar di ingatan. Seakan bermain semula. Dia tidur bersama umi. Di atas katil ini. Dia menyentuh katil seraya mengusap lembut. Tangan kanannya mengelap air mata.

Air matanya tidak henti-henti mengalir. Tuhan sahaja yang tahu betapa pilunya hatinya saat ini. Rindukan insan yang telah pergi buat selama-lamanya sungguh menyakitkan.

Matanya tertancap pada gambar arwah umi di frame atas almari. Dia bangun seraya mencapai frame itu.

Dia bawa gambar itu ke dada. Dipeluknya dengan erat. Ibaratnya, gambar itu adalah seperti orang yang berada di dalam gambar itu. Seakan hadir menjelma membalas pelukannya.

Daneen memandang sepi gambar itu. Itu adalah gambar dirinya bersama arwah umi dan abah. Itupun ketika itu abah cuma lalu sahaja di belakang.

Jari-jemarinya lembut mengelus wajah arwah umi.

"Umi, abah takkan pernah sayang Daneen. Abah masih bencikan Daneen. Abah cakap Daneen penggemis." Tak tertahan sebak di dada, dia lemah. Tanpa tidak sengaja, frame gambar di sebelah frame yang baru sahaja ambil, mengenai tangannya sehingga frame lainnya turut jatuh.

"Apa kau buat dalam bilik ini..." Belum sempat dia meninggikan suara, Tuan Amsyar terkedu tatkala mendengar bunyi kaca yang pecah.

"Anak tak guna!" jerkah Tuan Amsyar melulu ke arah Daneen.

Daneen menyeringai. Tuan Amsyar mengheretnya keluar. Sebelum tiba di tingkat bawah Maisara sudah terkial-kial keluar daripada bilik. Dia terkejut melihat Daneen diheret keluar.

"Dasar penggemis! Keluar dari rumah aku. Jangan pernah jijak kaki kau dekat tapak rumah aku meskipun selangkah kaki kau!"

Lali. Memang dia sudah lali mendengar perkataan yang sama. Namun setiap kali dia mendengarkannya, kesakitan itu seperti kesakitan baru. Yang benar-benar menyakiti seluruh jiwa dan raganya.

Dia kesal. Kerana mementingkan perasaannya dan kerana rindu yang membuak, membuatkannya tidak mengawal diri. Dia menaiki juga tingkat atas demi memuaskan kerinduan di hati. Akan tetapi, satu-satunya sebuah kaca yang terukir nama dan gambar mereka berpasangan suami isteri, jatuh tanpa diduga. Kaca yang terukir itu pecah, abah naik angin. Abah marah sangat.

Isteri TeristimewaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant