Entah tersedar dari apa kepala digeleng sesaat laju kaki menuju masuk ke dalam kereta. Risau juga mata mata jahat yang akan timbulkan fitnah kelak.

Dekat dua puluh minit juga di atas jalan raya. Kedua duanya senyap tiada kata. Rasa ini sama saat mereka baru sahaja kenal berapa bulan sebelum tetapi disini Hakeem yang menjauh dan bukan dirinya.

"Tuan.." kepala menoleh memandang Hakeem yang fokus memandu.

Tiada sahutan.

"Tuan" sama masih tiada balasan. Bibir Khalea sudah tercebik-cebik terasa hati.

Makin terbalik senyuman Khalea merenung Hakeem seakan menjauh dari dia. Empangan sedang mengumpul air yang mungkin melimpah.

"Ha.." nafas ditarik dalam

"Hakeem" panggil Khalea mengunakan nama lelaki itu. Teringat sebelum ini Hakeem pernah minta dia ubah panggilan sewaktu mereka berdua.

Menunduk, jejari terkuil kuil pada seluar. Perasaan bersalah sudah memuncak. Kenapa susah sangat nak pujuk lelaki ini?

Sudah panggil nama pun tidak menoleh dan langsung tiada reaksi! Ahhhh fikir Khalea fikir.

"Saa..em...em..yang" Khalea mencuba lagi.

Dia betulkan suara

Dia memandang stereng kereta, lain pula yang jadi apabila mata ditakluki lengan berurat Hakeem yang memandu dengan hanya satu tangan.

"Uishhh seksinya!!" Khalea meneguk air liur. No no nafas ditarik untuk fokus dalam misi memujuk 'teman lelaki' dia ini.

"Em sayang"

"Hm" Hakeem berdehem.

Langsung terukir besar senyuman dibibir merah Khalea. Yes berjaya. Takde lah susah sangat nak pujuk, step one is done.

"Saya janji lepas ni saya bagitahu semua benda" mula Khalea memujuk. Dia juga harus tabur janji supaya lelaki ini juga yakin bahwa dia juga saling mencintai.

"Janganlah marah saya lagi" suara kian perlahan dia mula menunduk kononya meminta simpati. Tidak dia tahu Hakeem sembunyikan senyuman.

"Tak bolehlah macam ni! Macam mana aku nak stay marah kalau minta maaf pun comel sangattt" raung hati Hakeem. Dia faham sisi Khalea sebenarnya tapi saja mahu menguji tentang perasaan gadis kecil miliknya.

Jujur dia tidak kisah pun tentang panggilan asalkan suara itu milik Khalea dia gembira. Tidak mahu memaksa gadis itu untuk terus ditekan dalam hubungan.

Kereta berhenti di tepi jalan besar. Ada nampak restaurant jauh diseberang jalan besar. Tanpa bertanya Khalea terus membuka pintu untuk keluar. "Arghhh" jerit Khalea apabila ada kereta laju bergerak tepat dihadapanya.

"Sabarlah! Tunggu saya buka dulu" lengan kecil Khalea ditarik merapat dengan badan tegap dia menghalang disisi jalan.

"Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?!" marah Hakeem tetapi kepala sibuk menilik jalan untuk melintas.

"Sorry" perlahan suara Khalea berkata. Dia tersenyum.

Waiters berdiri tegak menunggu butir kata dari pasangan ini. Menu pada Khalea sekarang tapi dia sendiri tidak tahu mahu makan apa selalunya Hakeem yang akan membuat keputusan.

Menu ditolak ke arah Hakeem dan jari menunjuk pada Set B di kertas. "Set b..thats it...thank you" kata Hakeem pada waiters yang tercongok dari tadi menunggu Khalea membuat keputusan.

"Still heard anyone talking about you?" tanya Hakeem tiba tiba membuat Khalea terus menoleh teruja.

Kepala digeleng berkali kali menidakkan soalan walaupun ianya disebaliknya. "Betul ni?" Henyak Hakeem lagi.

"Betul" balas Khalea. Biarlah dia saja yang simpan segala hinaan yang dia terima. Tidak mahu punca dari dia orang lain hilang kehidupan mereka.

Khalea tersenyum manis bagi meraih senyuman lelaki itu kembali. Dia rindu walaupun baru hanya beberapa jam tidak melihat.

"I miss you" tutur suara garau Hakeem.

"and I'm sorry" sambungnya lagi.

"Bukan salah tuan...saya minta maaf sebab tuan rasa jauh dalam hubungan ni. Jangan marah saya lagi tau. Saya takut" pesan Khalea sambil tersenyum.

Hubungan ini harus jadi sekira mereka berdua berlawan untuk terus bersama.

"Baik sayang saya" balas Hakeem tersenyum gembira. Tergelak terus Khalea sungguh dia gembira.

"Suka eh"

"Suka lah! Tahu tak tuan marah scary.." habis muncung-muncung mulut bercakap.

"Tapi handsome sangat hehe" membuntang mata Hakeem dengar pujian dari cinta hati. Ini kali pertama! Hakeem nak screeshoot!

"I'm all yours, sweetheart"

"Yeah you are all mine"

Tersengih -sengih dua ketul merpati ini tanpa menghirau orang sekeliling sehinga tibanya makanan yang makin membahagiakan mereka pada saat itu. Selesai melahap makanan, mereka langsung bergerak keluar dari restaurant. Jam juga hampir magrib dia harus hantar Khalea pulang kerumah.

Seperti biasa setibanya dihadapan rumah sewa Khalea, bukan mudah untuk seorang Hakeem Rafei melepaskan cinta hatinya pergi begitu sahaja.

"Saya datang jemput esok boleh?" Tanya Hakeem meminta kebenaran. Dia mahu breakfast bersama Khalea untuk meluangkan masa terlebih bersama.

Khalea hanya menganguk membenarkan. Mestilah dia pun mahu. Boyfriend dia kan! "Jumpa esok" tutur Khalea pantas lalu tangan mengapai pintu yang terkunci. Hakeem menghulur sengihan.

Sesuai biasa pintu dibuka buat Khalea dan dia berdiri bersandarkan kereta. Dia tenung gadis dambaan hatinya. Kembang kuncup jantung Khalea sekarang entah mengapa dia berdebar berdepan dengan Hakeem sekarang.

Hot

Too hot for Khalea to handle

"Pergilah masuk" mengecil mata Khalea mendengar kata Hakeem. Selalunya dia lah yang sering mahu lari.

"Now atau saya bawa sayang balik rumah umi" arah Hakeem memberi amaran. Khalea tersengih. Ada-ada saja.

Khalea langsung bergegas jalan menapak kebelakang. Sedikit demi sedikit perlahan lahan. Masing masing dalam fasa kemuncak cinta. Lamunan hati.


_______________________________________________

22 September 2023

Kejap baik kejap gaduh 😑

To be Continue...

Ur The Dream | cजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें