"Kalau pengsan lagi macam mana?"

Kerusi di sebelah Khalea ditarik dan dia duduk disisi Khalea yang sedang meneguk air laju.

"Suka sangatlah buat orang risau macam ni? Hm?"

"Bila orang cakap mul---"

"Sushusushuuuuhhhu" jari kecil Khalea geleser ke bibir Hakeem supaya lelaki itu diam dari berceloteh.

"Tuan diam boleh tak" marah Khalea. Berkerut dahi Khalea melihat Hakeem yang sudah tersenyum kambing.

Bibir terkumat kamit menahan malu.

"Tuan dah kenapa?" badan berpusing kearah meja. Cawan diletakkan sebelum dia mengambil nafas panjang.

"Baru cuit bibir, kalau kene cium mau pengsan" gelak hati Khalea. Bukan dia tidak tahu mengapa lelaki itu perkelakuan pelik.

"Tuan" panggil Khalea.

Hakeem masih mengelamun entah sampai mana mungkin atas pelamin?

"Tuann" kerusi Hakeem ditolak kuat.

"Ha ye sayang" hilang segala lamunan bahgia dia sebentar tadi.

"Macam mana ni?" soal Khalea

"Macam mana apa?" siku disandar pada meja menahan wajahnya. Khalea ditenung.

"Umi dah bagitau semua orang yang saya ni bakal menantu dia" jawap Khalea perlahan. Laju dia melarikan pandangan melihat posisi Hakeem sebegitu rupa.

"Then what's the problem? I don't see the problem here" bibir masih tersengih-sengih.

"Mestilah problem..sebab saya taknak kahwin dengan Tuan" balas Khalea pantas.

Berubah seluruh wajah Hakeem, dia duduk tegak. "Then you nak kahwin dengan siapa?Hm?" Soal Hakeem dengan suara sedikit mengeras menahan rasa.

"You pun sebut umi kan? So maksudnya umi you dan i" sambung Hakeem cuba memberi statement membenarkan.

"Hm..boleh je jadi umi saya dan umi Daniel" balas Khalea selamba. Kepala ditoleh jauh dari pandangan Hakeem serta bibir tersenyum jahil.

Tercengang Hakeem dibuatnya. Seriously Khalea? Dan adiknya? Khalea cuba melawak je kan?

"Nak saya bagitau semua orang ke that you are mine huh?" kerusi Khalea ditarik kuat dari bawah mendekatkan jarak antara mereka.

Terkejut Khalea dengan perbuatan Hakeem tadi. Wajah dipusing dan dia besarkan mata konon marah akan lelaki itu. Hakeem hanya tergelak dengan reaksi comel Khalea sekarang.

"Siapa kata?" Tanya Khalea

"Saya kata" jawap Hakeem

"Tapi saya taknak" kata Khalea

"Tapi saya nak" balas Hakeem lagi

"Saya nak saya taknak" ejek Daniel yang entah muncul dari mana.

"Umi cari korang dari tadi sibuk bercinta kat dapur" bebel Daniel lalu keluar dari dapur.

Mereka bergerak beriring kehadapan. Melihat ramai tetamu yang mula pulang meninggalkan keluarga kecil mereka dan beberapa saudara mara yang juga akan menurut pulang.

Puan Sri Amina sekian mencapai pinggang Khalea sesaat gadis itu tiba disisinya. Dilambai tetamu diluar sehingga tubuh mereka hilang dari segenap mata.

Kemudian lama hampir semua tetamu sudah selamat bergerak pulang, Keluarga kecil itu langsung ke ruang tamu dan masing - masing duduk tanpa kata. Khalea sudah seriau. Dia bukan ahli keluarga ini apa yang dia buat disini.

"Esok tak kerjakan?" tanya Puan Sri Amina.

"Tak" balas Hakeem laju.

"Khalea?" Panggil Puan Sri Amina melihat gadis itu diam dan menunduk.

"Ye Umi" kalut Khalea menyaut.

"Tidur sini ye?" Sudah Khalea kaku. Ini soalan atau arahan. Hakeem dari sisi Khalea sudah membuat thumbs up pada Puan Sri Amina.

"Khalea ada kerja belum siap sebelum masuk pejabat" cuba Khalea cari alasan.

"Takpe biar Hakeem buat" ah sudah Khalea sangkut.

"Kalau dia marah Khalea bagitahu umi, biar umi piat telinga dia jadi ceplos" Khalea sekadar memberi senyuman kosong. Dia sudah tiada jalan keluar. Risau Puan Sri Amina contact Puan Dalea lagi je. Habis dia yang dibebel nanti.

"Yes yes yess" jerit hati Hakeem. Tangan tidak berhenti membuat gaya kemenangan. Tan Sri Hamdi langsung tidak menyorokkan tawa melihat kegembiraan anak lelaki sulungnya.

"You should let Aileen know" kata Daniel tiba-tiba.

"Nah" phone dihulur. Melulu Khalea membongkok meminta izin keluar.

Phone berdering sekali jua dan call itu sudah bersambung. Khalea diam menunggu kata Aileen. Dia call rakan baiknya itu menggunakan phone Mr Crush Aileen kot.

"Aasamualaikum" suara Aileen memberi salam sahaja sudah membuat Khalea ketawa terbahak bahak.

"HHAHAHAHAHAHAHAHA" dia sambung ketawa.

"Siapa  ni?!?!" gelabah suara Aileen. Perempuan mana pula bersama crush dia ni!!

"Aku ni Khalea" jawap Khalea masih bersama gelak yang tersisa.

"Asal kau call aku guna phone Daniel??!" Marah suara Aileen bertanya. Bukan mahu tanya Khalea okay ataupun tidak. Mr Crush lagi penting.

"Nanti aku story tapi aku tak balik malam ni" laju Khalea berbicara geram dia dengan Aileen sekarang.

"Aku tidur rumah Daniel" sambungnya lagi sengaja mahu membuat rakanya jealous. Dia kenal sangat perangai Aileen.

"HAHHHHHH?!!!!" jerit Aileen tepat menusuk ditelinganya. Lantas phone dijauhkan sedikit.

"Hakeem dengan Daniel tu adik beradik. Nanti aku cerita semua..dah bye" terus phone call dimatikan.
Ya lama Aileen tercengang selepas mendengar kenyataan Khalea tadi.

Kaki diangkat selangkah untuk berpusing namun badan tersadung dari melanggar badan tegap Hakeem yang berdiri tegak dibelakangnya.

Pantas tangan Hakeem mencapai pergelangan tangan Khalea yang berlapik baju. Badan distabilkan semula hampir jatuh Khalea tadi. Jelingan maut diberi pada lelaki itu.

"Call me Hakeem after this"

"Boleh? Hm? Bakal menantu Puan Sri Amina"

Hakeem tersengih kuat begitu juga Khalea.

_____________________________________________

18 September 2023

wah dah chap 30 lah.
Agak-agak chapter berapa kahwin ni?

To be Continue...

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now