Terdiam Delilah. Dibiarkan saja lelaki itu mengusap ubun-ubunnya sebelum berlalu. Anehnya, dia mula terbiasa dengan sifat Tuan Amza yang satu itu.

Lea yang menjadi pemerhati sembunyi senyum. Tak lama sebelum dia perasan akan sesuatu.

"Dah lama mama tak nampak D pakai jam tu." Penuh berhati-hati dia menutur ayat.

Delilah tersentak buat seketika. Turut direnung jam yang terlilit di pergelangan tangan kanannya.

Ya.. rasanya ini kali pertama dia memakainya setelah beberapa tahun disimpan dan sekadar ditilik.

"Petang semalam D hantar dekat kedai untuk baiki. Dah tukar kaca baru, jadi bersemangat nak pakai." Sahutnya.

Lea senyap selepas itu. Tiada niat mahu bertanya lanjut. Namun jauh di sudut hati, dia merasa hampa. Dia tahu jam itu adalah barang kesayangan Delilah. Pengubat rindu gadis itu.

"Mama ni tak aci."

Delilah membelek set container di atas meja untuk sesaat. Wajah mama dipandang bersama cebikan.

"Apa pulak.."

"Dulu D pernah hilangkan tupperware mama, sampai berhari-hari mama ungkit. Sekarang bila Diaz yang rosakkan, mama tak membebel pun. Cair tupperware tu ma.. bukan kaleng-kaleng."

Tergelak Lea mendengar omelan anak gadisnya. Amboi.. bukan main dia mengungkit!

"Nak membebel apa lagi.. Diaz dah ganti. Sampai dua set pulak tu! Ke.. D yang suruh Diaz beli container mahal ni?" Usulnya sangsi.

"Mana ada.. dah dia yang ambik, D ikut ajelah."

"Dah, sarapan cepat. Nanti tertunggu-tunggu pulak pakcik Razak."

Lea tolak perlahan tubuh Delilah, menyuruhnya duduk bersarapan di ruang makan. Gadis itu ukir senyum manja, membuatkan dia menggeleng kepala.

Delilah duduk di bangku kecil seraya memasang sneakers Carlo Rino miliknya. Seperti biasa, dia sekadar memakai knitted cardigan yang dipadankan straight cut jeans serba putih. Fesyen yang kerap kali dia tampilkan untuk ke kolej.

Bukan dia tak reti hendak menukar stail, cuma dia lebih mengutamakan keselesaan. Jarang dia hendak berpenampilan feminin. Semuanya terpulang pada mood sendiri.

Merasakan pakcik Razak yang sedikit terlambat hari ini, Delilah tilik seketika jam di pergelangan tangan sambil berjalan ulang-alik di sekitar garaj banglo itu.

Sejenak, motor megah Diaz menarik perhatian. Segera dia mendekat untuk melihatnya dengan lebih teliti. Memang sangat gah. Hitam berkilat seperti baharu.

Entah macam mana, tiba-tiba saja timbul satu idea jahat di mindanya. Bibir tersenyum penuh muslihat.

"Semalam kau prank aku kan, Diaz.." gumamnya sebelum melakukan sesuatu yang pasti akan mengundang amarah tuan Ducati tersebut.

Tak lama selepas itu, pakcik Razak tiba di perkarangan rumah. Sempat Delilah menyapa lelaki tua itu seraya masuk ke dalam kereta. Pakcik Razak mula memandu tenang menuju ke tempat destinasi.

Sementara itu, Delilah mendail nombor Diaz. Bibir tak henti-henti tersengih.

Sesaat, dua saat, tiga saat..

"Hmm..."

Terdengar suara husky si jejaka di talian.

"Oii! Diaz.."

Diaz yang pada ketika itu masih tertiarap di atas katil mendengus dengan mata terpejam. Kalau dia tahu Delilah yang menelefon, baik dia tak payah angkat tadi.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now