Bahunya ditepuk perlahan dari belakang. "Kamu ni kenapa menjerit macam nampak hantu" tegur Puan Sri Amina pada anak bujang nombor duanya.

"Ada orang berkemban dalam bilik abang mi" laju percakapan Aaez menolak uminya kepintu bilik Hakeem.

"Tu umi pergilah masuk" bahu Puan Sri Amina ditonyoh-tonyoh masuk ke dalam bilik abangnya.

"Abang kamu kat bawah sana pergi turun! Orang semua dah tunggu" marah Puan Sri Amina pada anak bungsunya ini. Semua mahu disuap nasib baik pandai berdikari jika diluar.

"Shuhh shuhhh" di halau Aaez untuk kebawah. Risau Khalea tidak selesa pula.

Khalea dari dalam masih menyorok di bilik air. Siap sahaja dia memakai baju diberi Puan Sri Amina sekali lagi kepalanya dijengguk untuk melihat keadaan dibilik itu.

Tokk tokk tokk

"Umi ni, Khalea dah siap ke?" dari luar Puan Sri sudah bertanya. Dengar sahaja suara Puan Sri langsung Khalea bergegas untuk membuka pintu.

Lengan Puan Sri Amina ditarik masuk kedalam. "Pakai ni" telekung dihulur pada Khalea. Mereka sudah lewat untuk magrib bersama.

"Jom semua orang dah tunggu" sesudah Khalea menyarung telekung kaki terus bergerak turun bersama Puan Sri Amina.

Masuk sahaja kedalam bilik solat habis membesar mata bulat Khalea melihat hampir dua puluh orang didalam bilik itu. Saf juga sudah dirapatkan hanya tinggal dia dan Puan Sri Amina.

Setelah selesai sedikit perkongsian selepas solat semua kepala tertoleh kearah Khalea disebelah Puan Sri Amina. Hakeem sudah tersenyum kambing tidak sabar ingin mengenalkan bakal isterinya kepada semua yang ada di dalam bilik itu.

Khalea terkaku, kepala bergerak-gerak memandang Puan Sri Amina meminta bantuan.

"Jangan lah tengok dia macam tu, malu dia" tegur Puan Sri Amina. Habis semua terhambur gelak.

"KHALEAAA?!?!??" kuat suara Aaez sedikit menjerit.

Pantas kepala Khalea menoleh mencari suara yang memanggilnya. Sekali lagi matanya terbeliak.

"Kamu kenal Ez ke Khalea?" soal Puan Sri Amina. Yang lain hanya melihat drama yang sedang berlaku sekarang.

"Kenal sebab kami satu kelas" jawap Khalea perlahan.

"Tapi Khalea tak tahu Daniel adik Hakeem" sambungnya seraya tersenyum manis.

"KAU DENGAN ABANG AKU?!? WHAT THE.." celoteh Aaez Daniel. Abangnya dan Khalea dipandang silih berganti.

"Khalea belajar lagi?" tanya salah seorang mak saudara Hakeem.

"Haah puan, sekarang tengah intern" balas Khalea lembut. Tersenyum Puan Sri Amina melihat interaksi Khalea dengan ahli keluarganya.

Hakeem disudut lain langsung tidak berhenti senyum. Mata jauh dari memandang orang lain. Tepat pada Khalea.

"Intern dekat company kita lah, itu yang sangkut dengan boss dia" sambung Puan Sri Amina langka ketawa.

"Fikir drama tv tiga ke" tertunduk Khalea mendengar kata itu yang entah dari mana. Terus hilang senyumannya.

"Si budak Hakeem yang suka sangat dekat Khalea ni, umi pun suka, baik budaknya. Cantik pula tu" Puan Sri Amina tersenyum dan tangan mengusap-usap kepala Khalea.

Hakeem langsung tidak malu mendengar penyataan Puan Sri Amina kerana itu adalah kenyataan.

"Minat member aku eh kau bang" sikunya disingulkan sedikit untuk mendapat perhatian Hakeem.

"Kamu bila nak bawa balik?" Soal Tan Sri Hamdi tiba-tiba. Terdiam terus Aaez.

Setiap kali Khalea memandang Aaez Daniel hanya Aileen Eumira yang berlegar di akalnya. Tidak dia sangka Mr crush rakan baiknya Daniel merupakan adik kepada Hakeem Rafei.

"Agak-agak lah dy, orang intern pun belum habis. Nak bagi anak orang makan apa" tutur Aaez. Tan Sri Hamdi hanya mengangguk. Dia tidak kisah pun sebernarnya perihal peribadi anak-anaknya.

Suasana riuh mula diam kembali apabila Nek Mun mula membuka kata.

"Bila nak kahwinnya?"

"Ah sudah" terkedu Khalea dihati.

"Tunggu Khalea habis intern dulu nek baru kita tengok macam mana" cantas Hakeem. Sudahlah gadis itu baru sahaja pengsan kerana hubungannya. Risau pengsan lagi kerana pening memikir hal ini pula.

"Nek setuju" bahas Nek Ra.

"Atuk pun"

"Tapi sebaiknya halalkan cepat benda baik" madah Nek Mun. Dia juga setuju dengan pilihan Hakeem. Khalea terlihat lembut orangnya.

Khalea masih terkaku hanya senyuman yang tidak henti diberikan. Dia tidak tahu mahu beriaksi bagaimana lagi.
Tipulah dia tidak gembira dengan situasi sekarang kerana dari sudut hatinya, dia telah jatuh cinta pada Hakeem Rafei

Nek Ra dan Nek Mun mula merapatkan diri mereka pada Khalea. Kedua belah tangannya digenggam mereka. Wajah Khalea ditenung lama mencari keikhlasan dalam diri Khalea buat cucunya Hakeem Rafei.

Beberapa saat setelah itu kedua mereka memandang satu sama lain dan mengangguk serentak. Tangan Khalea dielus-elus memberi restu.

Pipi Khalea juga diusap perlahan sebelum di peluk badan kecil Khalea perlahan.

"Untung kau Hakeem lawo bakal bini" celoteh Nek Ra.

"Setujuuu" balas Hakeem kuat.

Semua bergelak tawa mendengar jawapan Hakeem. Khalea tersipu malu disitu. Sudahlah mahu cover perangai tidak semengahnya dari Daniel. Dia apabila bersama kawan-kawannya adalah Khalea yang berbeza. Hakeem masih belum kenal Khalea yang gila perangainya.


_____________________________________________

14 September 2023
Esok saya post lagi satu hehe insyallah

To be Continue...

Ur The Dream | cOnde histórias criam vida. Descubra agora