Each POV (1) 🧚🏻‍♀️

Start from the beginning
                                    

sejak dua tiga hari wajah tuannya itu seperti runsing kerana kehilangan sesuatu dan fikirannya seperti diganggu oleh seseorang , tidak seperti hari biasa dimana tahap fokus tuannya itu luar biasa dan tidak mudah diganggu .

tetapi dua tiga hari ini , tuannya itu asyik mengeluh dan fikirannya hilang fokus . menggeleng sahaja kepalanya apabila bila ditanya mengapa , jawapan yang sama , tiada apa-apa yang berlaku dengan wajahnya yang kaku itu .

tetapi Leo tahu mesti ada sesuatu yang terjadi , jarang sekali tuannya bersikap sebegitu .

------------------------------------------------------------------------

- KAYAN , TRAINNING HALL -

menuju ke trainning hall dengan langkah yang agak cepat berserta dengan pedangnya itu . dah kali keberapa dia mengeluh ini . tidak boleh jadi ini . seluruh dunianya kacau hanya kerana kehadiran dan mendengar suara gadis yang dia juga tidak tahu wujud atau tidak .

dia menghampiri trainning hall dan terdengar suara ramai yang berlatih dengan giat kiri dan kanan . dia melangkah ke tengah-tengah hall itu dan ingin bersedia berlatih seorang diri . dia tidak perlukan sesiapa untuknya berlatih dengannya kerana tiada satu seorangpun yang dapat mengikuti kekuatannya seorang , jika ada pun itu ialah captain lahanes kingdom , Raya dan juga rakannya , iaitu Kai .

dia memulakan exercise paginya dengan melakukan senaman routine dan warming up agar apabila melakukan swordmanshipnya dia tidak akan tercedera kemudiannya . dia kemudian mengayunkan pedangnya dan mula berlatih segala jenis kemahiran pedang . sampai berpeluh dahinya akibat dia bersungguh-sungguh berlatih pedang .

setiap sejam sekali dia akan berehat meminum air sambil mengelap peluhnya di tepi trainning hall itu . kemudian dia bangun dan mula mengayunkan senjata yang lain agar kemahiran dia menggunakan senjata lain juga terasah kemahirannya . sedang dia giat berlatih di tepi trainning hall itu , dia terdengar suara orang-orang yang berbisik dan bersorak dengan riang . dia jadi distract pula dengan keadaan ini .

dia berhenti seketika dan menarik nafas penat lalu meminum air yang sudah separuh diteguknya . ditolehnya ke tempat yang menjadi punca bising itu . dilihatnya juga semua orang berkerumum di satu tempat berserta bersorak seperti sedang menyokong seseorang . dilihatnya Raya yang seperti sedang berlawan dengan salah seorang anak buahnya .

bersungguh-sungguh Raya berlawan habis-habisan dengan anak buahnya menggunakan pedang kayu . walaupun menggunakan pedang kayu , kemahiran swordmanshipnya tidak terkalahkan . sepertinya jika match dengan Raya pun , dapat menggembirakan dan dapat puaskan hatinya ini . dapat berlawan dengan seseorang yang sama kuat dan level kemahirannya sama sepertinya .

matanya ligat memerhatikan Raya sehingga matanya itu menangkap seseorang yang sangat dikenalinya . Lady Feyra . why was she here ... terbit pertanyaan itu di batin hatinya . lihatnya hari ini juga Lady Feyra cantik seperti hari-hari biasa .

Lady Feyra nampak terpegun dengan kemahiran Raya memegang dan berlawan pedang , dengan wajah dan juga expressionnya yang seperti anak kecil sedang bertepuk tangan apabila melihat mereka di situ .

gembira Lady Feyra di tepi trainning hall itu melihat mereka bersorak , jadinya dia juga bersorak . ketawanya juga terlihat meriah kedengaran . terbit rasa sesuatu yang tidak pernah dirasainya . THUMP , THUMP .... dia kini rasa nya ingin mempamerkan segala kekuatan dan kemahiran pedangnya di hadapan Lady Feyra pula ketika ini .

dia ingin melihat ketawa dan membuat Lady Feyra terpegun dengannya . dia ingin mata Lady Feyra tertumpu HANYA kepadanya .

Kayan bangun dan mula mengayunkan pedangnya kembali dan merancang ingin kembali ke quartersnya kerana dia mempunyai banyak kerja selepas ini , walaupun fikirannya penuh dengan Lady Feyra dan juga suara gadis di malam itu .

The Princess PlanWhere stories live. Discover now