five

6 3 0
                                    

sudah menjadi rutin harianku menampalkan nota diatas mejanya yang rapi itu. 

aku gembira. setiap kali dia membaca nota itu, dia akan tersenyum manis. lalu menyimpan nota itu di dalam dompetnya yang berwarna ungu muda. warna kegemarannya.

aku berharap, nota itu dapat menjadi penyembuh harinya, dapat ia baca dikala hatinya gundah gulana. 

"harini kau nak tulis apa pulak kat awek kau tu?" tanya rifqi.

"hm, aku tak tahulah. aku tak jumpa dia lagi harini." kata aku sambil mengetuk-ngetuk pen keatas mejaku lalu meletakkan kepala di atas mejaku.

aku buntu. tiada idea. agaknya si gadis hari ini gembira atau berduka cita?

"tadi aku nampak dia," kata haris pula. "dia tolong cikgu tanda kertas kat bilik gerakan. aku tolong hantarkan kertas exam yang cikgu rozita mintak pastu aku jumpa dia dalam bilik gerakan tu tengah dengar lagu korea sambil tanda kertas."

"lagu korea? group apa?"

"entah do, aku tak ingat. tapi korea lah."

oh, jadi dia suka dengar lagu korea. haha, comel je.

noted.

"nampaknya dia happy harini. jadi tak perlu risau!" kataku sambil membaling pen yang diketuk diatas meja tadi ke udara. "yay!"

haris dan rifqi hanya menggeleng. mungkin menyampah kerana sikapku yang bucin ketika bercakap tentang dirimu, gadisku.

"tapi aji," jeda rifqi. "kau tak pernah bagitau nama dia kat kitaorang."

aku hanya tersengih. menunjukkan barisan gigiku yang putih berseri.

"takleh. dia aku punya."

wahai w,

mungkin kau ragu akan kehadiran nota ini.
yang hanya bertuliskan inisial diri,
sebagai petunjuk penerima dan pemberi.
aku pengagummu, yang hanya mengagumi dari jauh.
yang berani diluar, tetapi pengecut pabila berhadapan dengan dirimu.

jika nota kecil ini mengganggu harimu,
maafkan diriku.
jika nota ini menerangkan kelam hidupmu,
aku gembira, hatiku juga begitu.

tetaplah tersenyum.
jangan lunturkan senyuman manis milikmu itu.
sesungguhnya senyuman itu telah berhasil melapangkan hatiku.
dan memenuhi mindaku.

dari, j.

ADMIRER.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang