six

8 3 0
                                    

minggu lepas, gadisku terpilih masuk ke satu pertandingan bersama tiga orang rakannya. wajahnya dihiasi dengan senyuman manisnya. giginya yang putih muncul bersama senyumannya yang lebar. matanya yang sentiasa bulat itu menjadi bulan sabit terbalik seiring dengan kegembiraannya itu.

tetapi hari ini, wajahnya muram. matanya dilingkari warna hitam. dia tidak langsung menerbitkan senyumannya pada pagi ini. aku risau. ya, aku risau. apakah dia terlalu stres? apakah rakannya tidak bekerjasama?

tolong. tolong lah sesiapapun jangan hilangkan senyuman manisnya.

jangan tekankan dirinya.

jangan sakitkan hatinya.

kerana itu akan membuatkan aku risau dan sedih.

gadisku tidak layak dilayan sebegitu.

gadisku yang manis, pipinya yang membulat ketika tersenyum, matanya yang mengecil ketika ketawa dan suaranya yang lembut pabila bicara.

ketika waktu balik nenjelang, aku singgah sebentar ke kelasnya, sekadar untuk menampal nota yang tidak sempat kutampal tadi. tapi kuurung niatku pabila terlihat kelibat gadisku yang sedang meletakkan kepala di atas mejanya.

dia sedang menangis.

kenapa?

aku tidak akan biarkan gadisku sendirian. tapi, keberanian diriku pudar pabila berhadapan dengannya. 

aku menggaru kepalaku yang tidak gatal itu. buntu, apa yang harus aku lakukan?

setelah 3 minit bertarung dengan otak, aku memtik jari perlahan. akhirnya ada idea!

aku naik semula ke kelasku dan mencapai sehelai kertas a4 kosong. aku melipat-lipat kertas itu membentuk kapal terbang. lalu aku menulis sedikit di bahagian dalam kertas itu.

aku turun semula ke bawah dengan lekas, takut gadisku hilang dari tempat asal. sesampai sahaja didepan kelas, gadisku masih di posisi yang sama dan ditempat yang sama.

aku dengan perlahan, menerbangkan kapal terbang itu ke arahnya. syukur, kapal terbang itu tepat disasarannya.

kepala gadisku adalah sasaran kapal terbang kecil itu. maaf, gadisku. aku terkekeh kecil pabila melihat reaksi terkejutnya. ia terus duduk dengan tegak sambil mengambil objek yang menyasar di kepalanya lalu dengan perlahan membuka kapal terbang kertas itu.

terbit semula senyumannya setelah membaca tulisan yang berada di dalam origami itu. lalu gadisku mengangkat kepalanya, melihat sekeliling. mungkin pelik, darimana datangnya kapal kertas itu.

dan siapa gerangan yang menerbangkan kapal kertas itu.

aku terkekeh kecil lalu berlari perlahan menuruni tangga.

semoga terus bahagia, gadisku.

kepada w,

hari ini, mendung menyelubungi dirimu.
tiada senyuman terang,
dan tiada tawa yang girang.

apapun yang mengganggu dirimu,
istirahatlah.

rehat sejenak tidak membuatkanmu terlepas dari sesuatu.
malah ianya membuatkan dirimu
sentiasa berdiri mempunyai waktu,
untuk berfikir dengan tenang tanpa lugu.

diriku kan sentiasa menyemangati dirimu.

sesungguhnya,
sang puteri tidak akan berseri,
tanpa sang putera yang
sentiasa menyemangati.

dari j,

bakal pacarmu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ADMIRER.Where stories live. Discover now