two

15 3 0
                                    

Hari ini, gadisku tersenyum lagi.

Dirimu sentiasa tersenyum, tidak kira masa dan waktu.  

Di kala rakan-rakan perempuan sekelasmu berkumpul di meja lain sambil bergosip tentang hal semasa, dirimu hanya duduk sopan di meja lain. Jauh daripada rakan perempuan sekelasmu yang lain.

Kamu suka menyendiri.

Kali ini kamu tersenyum semasa membaca, lagi. dirimu menyelit penanda buku di muka surat terakhir yang dibaca lalu mengambil pelekat berwarna merah jambu. Merah jambu adalah untuk ayat yang manis dan mampu membuat rama-rama beterbangan di dalam paru-paru. Lalu kamu menampal pelekat itu di muka surat tadi sambil tersenyum manis.

"Wei, Aji!! Jom balik kelas!" jerit Haris.

Aku memandang Haris sambil memutarkan bola mata. Lelaki ini gemar sekali mengacau kegiatanku.


ADMIRER.Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin