three

11 2 0
                                    

hari ini, gadisku kelihatan murung. tidak tahu mengapa.

walaupun aku nakal, aku juga seorang yang sangat berani dan kuat (jujur!). tetapi, segala keberanianku lenyap pabila berdepan dengan gadisku yang satu ini.

disebabkan aku tidak mahu menjadikan haris sebagai orang ketiga, aku menulis nota disebuah sticky notes berwarna ungu muda. warna kegemaranmu. kenapa aku tidak mahu haris menjadi orang ketiga diantara kita? kerana aku tidak mahu dirimu terjatuh dalam pesona sahabatku yang seorang ini.

setelah selesai menulis, aku menunggu loceng waktu rehat tiba dan menyelitkan nota itu kedalam saku seluarku. semoga dibacalah!

waktu rehat tiba dan aku mengawasi kelas yang dihuni gadisku. bagus. kelas sunyi dan tidak berpenghuni. aku masuk dan memberi salam lalu pergi kearah meja milikmu yang berada di bawah kipas di barisan ketiga.

aku menampal nota itu diatas mejamh. lalu aku meletakkan beberapa biji gula-gula cloud 9 perisa strawberi kegemaranmu.

setelah selesai aku terus berlari keluar dan naik semula kekelasku yang berada di tingkat 3.

kepada w,

apa khabar dirimu hari ini? jangan lupa senyum ya!
dunia akan mendung tanpa senyuman hangatmu.
apa pun yang mengganggu pikiranmu, semangatlah!
mari kita bersama-sama mengharunginya!

nah, gula-gula untuk menceriakan hidupmu dan menimbulkan senyuman manismu.

dari j

ADMIRER.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang