one

23 3 0
                                    

Usai sahaja loceng di dinding berdering, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari pagar berwarna hijau tua itu. Semuanya menghampiri kereta milik penjaga masing-masing yang telah berjanggut menunggu kepulangan anak-anak mereka.

Aku bersama dengan tiga orang kawan laknatku berjalan keluar dari pagar sambil ketawa sekuat-kuatnya. Kami baru sahaja mengusik seorang pelajar perempuan yang sangat gedik di sekolah ini dengan meletakkan seekor katak yang besar ke dalam beg sandangnya. Menjerit terlolong gadis itu selepas mengetahui ada seekor binatang licin di dalam beg kesayangannya itu.

Haris ― rakan seperjuanganku di sekolah ini ― hanya ketawa sambil mengejek reaksi gadis itu tadi. Aku turut ketawa dengan kencang.

Kami memang nakal, tapi kami tidak dapat dipisahkan.

Ramai pelajar telah pulang maka berkuranglah manusia di perkarangan sekolah ini. Setelah dua puluh minit berlalu, aku menunggu kehadiran penjagaku yang lewat mengambilku. Ini hal normal, jadi aku tidaklah berapa mengambil kisah.

Haris dan Rifqi sudah lama pulang meninggalkan diriku sendirian disini. Tetapi setelah dua puluh minit menunggu tadi, aku tinggal berdua dengan seorang gadis bertudung labuh. 

Itu adalah dirimu.

Gadis yang telah lama aku perhatikan.

Kamu sedang duduk sopan di tempat duduk yang terdapat di perhentian sementara ini. Tekun membaca novel tebalmu. Oh, nampaknya hari ini kamu membaca buku baharu.

Aku sentiasa perhatikan dirimu di sekolah. Kita tidak sekelas, tapi itulah hal yang menarik. Aku akan sentiasa ada tujuan untuk hadir ke sekolah setiap hari.

Aku sedar, kamu seorang yang gemar membaca. Dalam sebulan ini, kamu telah baca sepuluh buah buku yang berbeza tetapi dengan pengarang yang sama.

Aku hafal setiap gerak geri dirimu. Dalam setiap ayat yang kamu baca, kalau ayat itu puitis dan menarik, kamu akan menampal pelekat berwarna hijau muda. jika ayat itu sedih, kamu akan menampal yang warna biru. 

tapi bukan. aku bukanlah seorang pengintip bersiri. 

Ini hanya sesuatu yang aku sentiasa sedar daripada dirimu. Dan aku tidak mahu lupakan setiap apa yang telah aku lihat tentangmu. tak kira apapun itu. Sama ada perilakumu, cara kamu berbual dan;

cara kamu tersenyum.

Inilah kisahku. bersama seorang gadis yang aku sukai walau dari jauh.

Biarpun dirimu tidak mengetahui perasaan yang tersemat ini, aku tidak kisah.

Asalkan aku sentiasa dapat melihat senyumanmu yang mampu menerangkan hidupku yang sentiasa kelam dalam kegelapan.

ADMIRER.Where stories live. Discover now