four

8 4 1
                                    


hari ini gadisku ceria semula. entah apa yang terjadi tetapi aku bersyukur dapat melihat senyumah indahnya.

walaupun begitu, gadisku seorang yang sangat kurang berkeyakinan. dia seorang gadis yang pintar, aku akui itu. dia sentiasa mendapat tempat pertama di dalam kelasnya dan sentiasa mengulang kaji pelajaran dimana sahaja.

walaupun begitu, dia kurang yakin dengan dirinya. dia sentiasa menanggal cermin mata yang dipakainya ketika keluar dari kelas. gadisku seorang yang rabun jauh.

dia malu. malu bila pakai cermin matanya yang katanya tidak sesuai dengan mukanya. pernah suatu hari, gadis itu diejek seperti nenek tua oleh rakan sekelasnya.

tetapi gadisku hanya ketawa dan tersenyum;

lalu menangis di dalam tandas seorang diri.

gadis itu takut. takut ramai orang akan mengejeknya lagi. takut ramai orang akan menghina personalitinya lagi.

dan aku pun takut, takut akan kehilangan senyumannya dan keceriaan dirinya.

selain cermin matanya, dia juga malu menunjukkan mukanya dihadapan orang lain selain rakan sekelasnya.

setiap kali keluar kelas, dia akan memakai mask untuk menutup mulut dan hidungnya.

dia takut, orang akan mengejeknya lagi.

setiap kali gadisku terserempak dengan orang lain tetapi lupa memakai mask, dia akan menunduk sambil menutup mulutnya menggunakan tangannya.
















gadisku, kau seorang yang cantik.

kau ibarat sebiji kerang. buruk diluar, tetapi di dalam terdapat sebuah mutiara yang cantiknya tiada tara.

kau cukup menawan.

tapi,

kenapa kau tidak sedar tentang hal itu?

ADMIRER.Where stories live. Discover now