"Delilah! Delilah!" Cemas nadanya memanggil gadis itu.

"Delilah bukalah pintu ni. Aku ada sesuatu nak bagitau kau. Urgent!" Serunya kuat.

Tak lama selepas itu terdengar laungan Delilah dari dalam bilik.

"Apa lagi Diaz!"

"Keluarlah bongok!"

Bertalu-talu ketukan Diaz. Pintu terkuak. Terjengul muka masam Delilah. Geram bila Diaz mengganggu waktunya untuk menonton filem.

"Kau ni memang tak boleh tengok aku senang ke?"

"Aku nak tunjuk sesuatu." Kata Diaz. Dia menggamit Delilah agar mengikutinya.

Dengan malas, Delilah melangkah jua. Macam mustahak sangat hal Diaz ni. Muka sampai berkerut-kerut!

"Apa bau hangus ni Diaz? Kau masak apa?" Soalnya ketika hidung menghidu sesuatu yang tidak enak. Saat memasuki ceruk dapur, dia langsung tercengang di depan dapur gas.

"Apa dah jadi ni!"

Senpat Diaz garu kepala. Dia berdehem kecil sambil teragak-agak memberitahu apa yang berlaku.

"Tadi aku nak panaskan pau tapi container tu pulak yang cair."

Jatuh rahang Delilah mendengar penjelasan Diaz.

"Kau rasa mak kau akan marah aku tak?" Kali ini, jelas wajah jejaka itu cuak dan gelisah.

"Yang kau pergi kukus sekali dengan container tu kenapa, setan?"

"Aku tak sengaja, gila! Aku.. aku lupa letak air kut. Ke sebab aku mandi lama sangat sampai air tu kering eh?"

Delilah ternganga. Speechless! Tahap kebodohan Diaz ni sampai mana sebenarnya?

"Kenapa tak panaskan dengan microwave aje?"

"Aku tengok aunty Lea kukus guna kuali aje, aku ikutlah." Polos Diaz menjawab.

"Diaz, yang mama guna tadi bamboo steamer. Mana sama! Container ni plastik, memanglah akan cair kalau kau letak atas kuali panas macam ni. Kau tak belajar sains ke dulu? Ke memang benak ubi sejak kecik?" Terhambur jua kegeraman Delilah.

"Eh, mengata lebih nampak! Manalah aku tahu benda alah ni cepat cair. Aku tinggal sekejap aje.." Diaz mencebik sebelum menyambung semula.  "Ke lama?"

Pantas Delilah menepuk dahi sendiri. Tak tahu nak mengamuk ke atau nak termenung merenungkan kebodohan spontan dari Diaz.

"Haih! Kau berjawablah dengan mama nanti. Aku tak nak masuk campur."

"Eh, nak pergi mana? Kau kena tolong aku!" Diaz tarik Delilah yang berura-ura mahu melangkah. Gadis itu merengus.

"Apa kejadahnya pula aku nak kena tolong kau?"

"Kau tak rasa ke aunty Lea akan membebel sekali dekat kau?"

"Motif?"

"Sebab kau tak bagitau aku yang container ni mudah cair?"

Diam. Delilah pandang tepat kearah wajah Diaz yang langsung tak nampak bersalah.

Apakah..

"Erghhh..! Apa hal pulak aku? Kau tak tanya aku pun tadi. Lagi satu, kau tu dah tua bangka.. bukan budak kecik sampai aku nak kena ajar kukus pau."

"Aku tak kira! Kau kena tolong aku. Container ni, mak kau beli mana?"

"Manalah aku tahu!"

Balasan Delilah itu mengundang cebikan di bibir Diaz.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now