BAB 116

3.1K 251 19
                                    

Pagi itu Inaya berjalan sendirian mengambil angin di gigi pantai. Angin pantai menderu menyentuh wajahnya. Dialah orang yang paling bahagia apabila Iskandar mencintainya namun ketakutan untuk menghadap segalanya selepas ini sentiasa menjengah.

Inaya menghela nafas kasar. Laut yang terbentang luas di hadapannya dia pandang. Tenang. Bunyi ombak juga mendamaikan jiwanya saat itu.

Bahu Inaya terhinjut apabila ada tangan sasa yang memeluk pinggangnya. Dia segera mendongak memandang ke sisi. Iskandar tersenyum merenung wajah Inaya.

"Sayang menung apa?" soal Iskandar lembut.

"Saya takut dengan masa depan yang mungkin tak berpihak pada kita," balas Inaya lalu kembali memandang laut.

"Masa depan... Apa kata kita lupakan tentang masa depan dan fokus pada hari ini? Abang pun tak tahu sampai bila abang akan hidup. Mungkin abang akan pergi dulu..." Jeda Iskandar sambil melirik memandang isterinya.

"Jangan cakap macam itu Iskandar..." tegur Inaya sambil merenung suaminya.

Iskandar tersenyum. "I love you..." ucap Iskandar sambil merenung isterinya.

"Saya cintakan awak juga Iskandar," balas Inaya sambil tersenyum. Penuh dengan ketiba-tibaan sungguh Iskandar Zulkarnain ini.

"Abang lambat sedar yang abang cintakan Inaya. Terima kasih sebab sudi terima abang walaupun sudah terlewat," ucap Iskandar lalu tangan milik isterinya dia raih dan dia kucup lembut.

"Saya banyak kekurangan.... sakit lagi tapi awak tetap terima saya. Terima kasih Iskandar," ucap Inaya lembut. .

_________

Inaya memotong sayur-sayuran untuk memasak. Dia hanya berdua di dalam rumah peranginan itu memandangkan pasangan suami isteri penjaga rumah peranginan itu pulang ke kampung untuk beberapa hari.

Gerakan tangan Inaya terhenti apabila tubuhnya dipeluk dari belakang. Bulu romanya menegak. Bahunya juga terhinjut. Dia masih belum biasa akan sentuhan lelaki itu.

"Nak masak apa?" soal Iskandar. Dagunya disandarkan pada bahu Inaya. Dia tahu wanita itu masih belum biasa akan sentuhannya jadi dia mahu lebihkan skinship dalam hubungan mereka. Agak mengada-ada namun Iskandar suka melihat riak segan dari wajah isterinya.

"Saya nak masak nasi goreng je. Tak apa ke?" soal Inaya kepada suaminya.

"Abang suka je apa-apa yang sayang masak," balas Iskandar sambil tersenyum.

"Nak abang tolong apa-apa?" soal Iskandar lembut.

Inaya pantas menggelengkan kepalanya lalu kembali memotong sayur namun pelukan kejap Iskandar pada tubuhnya masih belum dilepaskan. Naik segan dia dibuatnya. Wajahnya membahang sampai ke telinga kerana malu akan sentuhan lelaki itu.

"I love you sayang..."

"Macam mana saya nak masak ni?" soal Inaya kepada Iskandar yang masih melekat padanya.

"I love you sayang..." ucap Iskandar lagi sengaja buat-buat tidak mengerti.

"Abang..." terus kaku Iskandar apabila mendengar panggilan itu.

"Ya sayang..." sahut Iskandar pantas.

"Tolong leraikan nasi dekat meja tu boleh ke?" pinta Inaya sambil menunjukkan ke arah periuk nasi di atas kitchen island.

"Boleh!" balas Iskandar lalu melepaskan pelukan pada tubuh Inaya dilepaskan. Dia segera melangkah ke kitchen island.

Inaya menarik nafas lega apabila Iskandar melepaskan pelukan pada tubuhnya.

"Boleh ke abang nak peluk sayang malam ni?" pinta Iskandar tiba-tiba.

Inaya menoleh ke arah lelaki itu. Iskandar tersenyum penuh makna memandangnya. Pipi Inaya terasa panas sendiri lalu dia hanya anggukkan kepalanya dan melarikan pandangannya dari bertemu dengan lelaki itu.

Saya kembali untuk habiskan👀 harapnya tercapailah!

Semoga FloraDaniella jadi penulis berjaya. Aminnn🤍🤍🤍

Instagram: floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now