BAB 11

44 3 0
                                    

Hana's POV

Sebelum majlis akad nikah.

Zzzzz...

Bunyi getaran pada telefon yang berada di atas meja kecil itu mengalih perhatian aku. Terpapar sebuah mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

'Batalkan majlis itu sekarang!'

Melalui mesej itu, aku sudah dapat agak siapa pengirimnya. Tidak lain tidak bukan ialah ayah saudara aku yang dipanggil Ayah Long dan merupakan abang sulung kepada ayah. Aku tidak sedap hati dan dapat merasakan sesuatu yang akan terjadi semasa akad nikah nanti.

"Hana? Sudah siap? Kenapa ini, Hana?" tanya Engku Hafizah cemas melihat aku hanya berdiam diri.

"Ibu... Hana tak boleh teruskan." rayu aku.

"Hana jangan risau, ok. Semuanya akan baik-baik sahaja." Ibu cuba menenangkan walaupun dari dalam matanya sendiri nampak ada cebisan kerisauan.

"Ibu, Hana tak rasa ayah long akan diam je." Mataku tepat menatap mata Ibu, menunjukkan bahawa aku tidak main-main dengan kata-kata aku sekarang.

"Ok. Jadi apa rancangan Hana?" tanya Ibu lembut.

"Hana rasa ada orang suruhan ayah long di kawasan rumah kita. Boleh jadi juga, dia ada didalam majlis." tebak aku.

Tok... Tok.. Ketukan pintu terdengar dari luar.

"Hana, semua dah siap. Kau ok?" tegur Kaysa.

"Kaysa, kau dah periksa?" aku terus menuju ke arah Kaysa yang berada di pintu bilik. Aku ada menyuruh Kaysa untuk memerhati tetamu yang hadir.

"Sudah, tiada yang mencurigakan." Jawapan Kaysa sedikit sebanyak menghampakan aku.

"Mustahil!"

"Macam ini, apa kata kita turun dahulu." cadang Ibu.

"Betul itu, kita dah prepare apa yang patut." Tambah lagi Kaysa yang aku rasa hanya sekadar mahu menyedapkan hati dan perasaan aku sahaja.

Aku mengikuti langkah Ibu dan Kaysa. Kalau boleh aku mahu melambatkan waktu akad nikah. Kami menurungi tangga. Mata aku mula liar mencari orang yang mencurigakan. Aku langsung tidak peduli dengan pandangan tetamu.

'Jumpa!' Aku seperti pernah melihat seorang lelaki berbaju melayu biru muda yang duduk disebalik tetamu. Mata aku memanah tajam memandang lelaki itu.

"Semua sudah bersedia?" tanya Tok Imam. Semua tetamu menganggukkan kepala tanda sedia.

"Mohd Afiq Rafiqi Bin Munsif Afwan." Afiq menyambut tangan Ayah.

"Ya, saya." jawab Afiq. Seketika mata aku dan mata ayah bertembung.

Tapi tak lama, mata aku terus memerhati lelaki itu. Dia sepertinya mengawasi ayah. Tangan kirinya yang berada diam di dalam beg sebelahnya menarik perhatian aku. Tanpa sempat aku memikirkannya, tangannya terus mengeluarkan sesuatu dari beg. Sebuah pistol yang dipasang perendam bunyi dihala tepat ke arah ayah.

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Engku Hana Farisha..." belum sempat lafaz dihabiskan, aku bangun dari bantal alas duduk dan terus berlari kearah ayah.

"Hana!!!" jerit Ibu cuba menghalang aku.

"Ayah!!!"

Tiba-tiba bunyi tembakan bergema di ruang tamu itu. Aku sempat memeluk ayah dengan erat dan memejamkan mata. Aku takut. Pertama kali aku merasakan takut yang teramat.

"Hana..." tegur Ayah yang masih dalam pelukan aku. Perlahan-lahan aku melonggarkan pelukan dan membuka mata. Keadaan menjadi sunyi sepi. Semua mata terarah pada abang Faris yang terbaring di belakang aku.

"Ab...bang..." Aku merangkul kepala abang Faris dan meletakkannya diriba aku.

"Abang! Bangun bang!" Aku menepuk pipi abang Faris. Keadaan jadi kacau bilau. Lelaki yang memakai baju biru muda tadi sudah pun ditahan oleh anak buah ayah yang mengawal majlis.

Abang Faris terus dibawa ke hospital. Aku tidak dibenarkan keluar langsung dari bilik dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana pintu bilik dikunci dari luar. Yang aku tahu, keadaan di luar masih kacau bilau.

Tidak lama kemudian, kedengaran kunci dibuka dari luar. Kelihatan ayah, Afiq dan Abang Iskandar masuk ke bilik.

"Hana... Hana sudah sah menjadi isteri Afiq." gumam Ayah lembut. Lidahku kelu.

"Hana ok?" tanya Ayah lagi. Tak mengganguk, tidak juga menggeleng.

"Keluar. Hana penat, Hana nak rehat." Kaki melangkah kearah almari solek. Pin tudung dibuka satu persatu. Dari cermin, aku nampak ayah dan Abang Iskandar keluar dari bilik dan menutup pintu. Tinggal aku dan Afiq sahaja.

Aku baru sahaja membuka langkah untuk menuju ke bilik pakaian, tetiba lengan aku disambar oleh Afiq.

"Hana... aku harap kau terima dan hormat aku." minta Afiq. Mungkin dia terasa dengan kepulauan aku tadi.

Mata kami saling merenung. "Afiq... Aku nak kau tahu yang aku bukanlah redha seratus peratus dengan keputusan Ayah pasal perkahwinan kita. Tapi, aku taknak ada pertumpahan darah dikalangan keluarga aku sendiri. Jangan berharap lebih daripada aku."

Afiq lepaskan genggaman tangannya pada lengan aku dan terus aku menuju ke bilik pakaian.

Aku menenangkan diri dalam tub bilik air. Memikirkan apakah yang bakal terjadi...

Malam

Aku memandu kereta sendirian menuju ke hospital untuk melawat Faris. Khabar dari ayah mengatakan Faris sudah pun sedar dan lukanya juga tidak teruk.

"Assalamualaikum, abang Faris." Pintu wad VIP itu aku buka perlahan.

"Waalaikumsalam, Hana. Mari sini." Pinta abang Faris. Aku duduk di kerusi samping katil wad.

"Hana ok?" tanya abang Faris. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Terima kasih, Hana. Maafkan abang andai Hana rasa tersempit disebabkan masalah kami."

"Abang... Hana nak abang tahu yang betapa tebalnya sikap dengki ayah long terhadap ayah. Selama ini, Hana hanya memendam sendirian tentang perlakuan ayah long. Isterinya sendiri pun dia bunuh."

"Ayah Long pernah pesan kat Hana yang dia tidak benarkan Hana untuk berkahwin dengan sesiapa pun selagi Hana tak mendapat kuasa penuh sebab ayah long nak Hana mengambil alih segala asetnya termasuklah kumpulan kongsi gelap." luah aku.

"Hana bukanlah laparkan kuasa dan harta ayah long, tapi cuba abang Faris fikir, kalau Hana dapat kuasai semua yang ayah long ada, Ayah Long takkan dapat tindas kita sekeluarga lagi."

"Ya, abang faham. Tapi lebih baik kita biarkan ayah dan Dato Munsif yang uruskan semuanya." gumam Faris.

"Hana... don't think too much and pressure yourself to do things you can't do. Accept Allah's destiny with an open heart. Insya allah, Allah will make everything easy." tutur Faris lagi.

"Thanks, abang Faris and Im so sorry for everything." rintih aku sambil memeluk lengan abang Faris sehingga tertidur.

The PhilophobiaWhere stories live. Discover now