BAB 2

99 9 0
                                    

Kuala Lumpur Internasional Airport

"Welcome back Engku Hana Farisya." tegur seorang lelaki berkaca mata hitam dan bersut.

"Aik, rajinnya datang jemput." Perli Hana sambil bangun dari tempat duduk menunggu.

"Ayah suruh datang ambil kau lah, kalau tak, takde pula aku berdiri kat sini, banyak lagi kerja kat office, nasib baik sayang adik, kalau tak, dah lama suruh orang lain culik dan bunuh kau terus." balas Engku Faris sambil menahan sabar. Baru sahaja sampai di Malaysia, dah cari pasal adik bongsunya ini.

"Alololo, marah pula dia, iye lah...Thank you sudi datang ambil, Abang Far kesayangan Hana ni... Dah jom," Pujuk Hana sambil tangan mengheret.

"Kau nak balik rumah terus ke atau nak pergi office papa?"

"Balik dulu lah, aku penat, petang sikit aku nak keluar ke mansion jap," Hana memejamkan matanya dan menyandarkan badan ke kerusi dengan selesa.

"Wow kau, baru balik dah nak ke mansion, relax-relax dulu, chill-chill dulu, tak lari ke mananya anak buah kau."

"Bukan soal lari ke tak, aku nak kena cari kotak itu, aku dah suruh kau cari, kau cari guna mata ke guna kepala lutut ha?" jeling Hana.

"Amboi kau, aku cari guna mata aku lah, seminggu aku cari wey, tak jumpa pun, entah betul entah tidak."

"Iyalah, nanti aku cari balik petang nanti, kalau aku jumpa, siap kau!"

"Aku pula yang kena, aku gantung jugak budak ni karang."

Engku's Villa

Sebuah kereta Honda City Hatchback milik Faris meluncur masuk ke perkarangan villa. Engku Faris lebih selesa guna kereta biasa pada waktu kerja pejabat. Padahal, dia ada lebih 7 buah kereta berlainan model, garaj kereta hampir penuh dengan kereta miliknya sahaja.

Keluar daripada kereta, Ibu Hana terus menyambut kepulangan satu-satunya anak perempuannya ditemani 2 orang pembantu rumah.

"Assalamualaikum Ibu."

"Waalaikumsalam Hana, anak Ibu. Anak ibu sihat? Dah makan ke belum?" Mereka berpelukan.

"Sihat je ibu, belum makan ni, lapar lah Ibu."

"Anak ibu yang seorang itu sahaja tanya, yang seorang lagi ini, tak mahu tanya?" Perli Faris.

"Eh eleh dia ini, tak padan dengan besar." Jeling Hana.

"Sudah, mari semua masuk makan, tak payah tunggu ayah, ayah balik lewat ,jom-jom." Engku Hafizah menghentikan pergaduhan kecil mereka.

(Skip petang)

Selesai sahaja makan bersama keluarga, Hana berehat seketika sebelum keluar. Sedang merenung siling, telefon model Iphone A14 milik Hana berbunyi. Terpapar nombor sahabat baiknya, Kaysa Inara.

"Hello. Apa?,"

'Helooo, oiii! ASAL TAK BAGI TAHU KAU DAH BALIK HAH MINAH?!'

Hana menjauhkan telinga daripada telefon apabila pemanggil menjerit.

"OIII, GILA!!! KENAPA TAK BERCAKAP GUNA SPEAKER ? BIAR BERDARAH TERUS TELINGA AKU NI!!!

'Uishh, mak harimau dah mengaum wey, hahaha. Wey, jom keluar kejap lagi.'

"Aku nak ke mansion kejap lagi, jumpa kat sana lah."

'Mantappp, ok set, jumpa kat sana, byeee mak harimau kesayanganku, muah.'

Tettt... Panggilan terus ditamatkan oleh Hana. Hana kebiasaan memang tidak akan memberitahu Kaysa jika dia pulang ke tanah air, kerana dia tahu Kaysa akan mengetahuinya sendiri. Hana bangkit daripada pembaringan, mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air.

(Skip petang)

Hana menekan remote control garaj kereta. Automatic gate terangkat dan terpaparlah sebuah kereta BMW 5 series miliknya.

"I miss you, babe."  Hana mencium kereta kesayangannya. 

Kedengaran suara ngauman daripada kereta BMW 5  milik Hana di perkarangan Engku's Villa. Setelah sekian lama Hana tidak memandunya, Hana terus-menerus menekan pedal minyak untuk memanaskan enjin kereta kesayangannya.

Sebelum Hana pulang ke Malaysia, Engku Faris sudahpun menghantar kereta Hana ke bengkel untuk diservis. Tanpa membuang masa, Hana terus meluncur keluar dari perkarangan vila menuju ke mansion.

...

"What! Afiq salah dengar ke atau daddy yang salah cakap?" Soal Afiq dengan dahi berkerut.

"No, Afiq. Apa yang daddy cakap tu memang betul." Jawab Dato' Afwan.

"Tapikan, semua orang tahu apa yang Afiq dah buat kat Hana dulu kan? Afiq rasa keluarga diorang bukan senang nak terima Afiq. Kenapa daddy buat keputusan tanpa berbincang dengan Afiq dulu?! Ini pasal masa depan Afiq lah daddy, perkahwinan bukan benda yang main-main!"

"Siapa cakap daddy main - main? Ada daddy cakap, selepas itu kamu kena ceraikan dia? Tiada kan? Daddy memang dah lama berkenan dengan Hana, sejak kamu permainkan dia lagi." Senyum sinis terukir di bibir tua itu. Afiq senyap membisu terkena perlian Dato' Afwan.

"Hana dah tahu?"

"Belum, Engku Hamzah just minta Hana balik ke Malaysia dahulu, baru dia akan bagitahu. Tak silap daddy, Hana balik hari ini. Kalau Afiq berani, pergilah jumpa Hana dan lamar dia terus."

"Daddy... Are you serious? Memang taklah, silap haribulan boleh hilang nyawa Afiq."

"Baru hilang nyawa. Perbuatan Afiq dulu hilangkan air muka daddy terus tau. Tak sedar diri lagi?" Jeling Dato' Afwan.

"Okey daddy. Fine, Afiq ikut sahaja plan daddy! Puas?!" Afiq bangkit terus menuju ke bilik. Tidak betah Afiq duduk bersemuka lama-lama dengan Dato' Afwan.

Sikap tegas pada Dato' Afwan membuatkan semua anak-anaknya selalu patuh padanya, tapi tidak pada Afiq, anak kedua yang sangat keras kepala.

Di bilik Afiq, Afiq membuka almari. Didalamnya ada sebuah kotak berwarna hitam. Afiq membukanya, terlihat isi di dalam kotak ada beberapa keping surat dan foto. Terdapat juga sebuah handphone milik Afiq dahulu.

Afiq cuba menghidupkan telefon lamanya. Terpapar gambar seorang lelaki dan seorang perempuan berpakaian sekolah di skrin telefon. Itu gambar Hana dan Afiq semasa mereka bercinta dahulu. Jari menyentuh aplikasi galeri. Keluar gambar-gambar dan video-video sewaktu bersekolah dahulu.

Jauh dari lubuk hati, Afiq sangat merindui kenangan bersama kawan-kawan sekolah, sekarang semua sudah membawa diri ke haluan masing-masing. Ada yang sudah bekerja, ada yang masih belajar dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga.

Tanpa Afiq sedar, sepasang mata mengintai perbuatannya pada celahan pintu.

'Aku berharap semuanya akan baik-baik sahaja.' gumam si pengintai.

The PhilophobiaWhere stories live. Discover now