Bab 5

77 6 0
                                    

Bunyi mesin alat bantuan pernafasan memecah keheningan bilik wad VIP itu. Sekujur badan yang terlantar di katil hospital itu dipenuhi wayar dan kepalanya dibalut. Sepasang mata merenung tubuh kaku itu dari cermin dalam bilik pemerhati.

Dialah Mohd Afiq Rafiqi Bin Dato Munsif Afwan. Anak kedua daripada 3 adik beradik. Mempunyai sebuah syarikat pembinaan iaitu AR Empire. Satu-satunya bekas kekasih Hana dan dia jugalah yang selamatkan Hana dari kemalangan.

Keluarga Hana tidak membenarkan Afiq berada berseorangan di dalam wad itu bersama Hana melainkan ada ahli keluarga mereka bersama.

Untuk masuk ke wad VIP itu, harus melalui bilik pemerhati. Ia mempunyai cermin yang menghubungkan dengan wad VIP itu. (Faham tak? Jika tak faham, boleh komen.haha)

"Wei, jom masuk." tegur Faris sambil menepuk bahu Afiq. Mereka berdua masuk ke ruangan VIP itu. Faris mengambil tempat di sebuah sofa yang disediakan, manakala Afiq memilih untuk berdiri disisi katil Hana.

"Hebat jugak pertemuan korang kan? Kau jadi hero macam dalam movie." sakat Faris.

"Banyak kau punya hebat. Main dengan nyawa wei." jeling Afiq.

"Btw, thanks sebab selamatkan adik aku. " ucap Faris. Afiq hanya mengangguk.

"Aku rasa lebih baik kita tangguhkan dahulu semua ini. Bagi Hana masa. Aku tak sangka daddy aku boleh bertindak secepat ini." ujar Afiq. Matanya tidak lepas dari menatap Hana yang masih tidak sedarkan diri.

'Kau... dah lain Hana...' hati Afiq bermonolog. Dia masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Dari cerita Dato Afwan, Hana betul-betul menolak pinangan keluarganya sehingga terjadi pergaduhan kecil diantara keluarga Hana.

Keadaan bernasib baik kerana ketika itu Afiq baru sampai di persimpangan Villa itu semasa Dato Afwan menelefonnya. Dalam masa yang sama, kereta Afiq berselisih dengan kereta Hana. Tanpa berfikir panjang, terus Afiq mengejar Hana.

"Family aku tiada masalah, yang masalah sekarang ini, daddy kau. Boleh ke kau pujuk daddy kau untuk hold dulu?"

"Aku cuba." keluh Afiq.

"And one more thing, good luck tau. Hana dah tahu." kata Faris dengan nada sinis.

"Aku dah agak Hana akan dapat tahu secepat ini. Tapi bukan perkara yang sebenarlah." sambung Faris lagi.

"Kau... aku tak faham apa yang kau rancang."

"Tak perlu faham pun, Afiq. Just follow my plan, my future brother in law." mereka berdua keluar dari wap VIP itu.

Dalam tak sedar, sepasang telinga mendengar segala perbualan itu. Ya, Hana sudah lama sedar dan dia dengar setiap perbualan abangnya, Faris dan Afiq. Hana juga sempat melihat Afiq yang menjenguknya dari cermin bilik pemerhati.

'Apa yang aku dengar tadi?'

'Apa yang mereka sembunyikan dari aku?'

'Perkara apa yang aku tahu tapi bukan yang sebenarnya itu?'

Banyak persoalan yang hinggap di fikiran Hana. Terlalu banyak perkara yang mengejutkan dirinya.

Dipaksa kahwin?

Kotak bukti?

Kemalangan?

Rahsia diantara Faris dan Afiq?

Serta-merta seluruh tangan dan jarinya mengeletar menahan sakit dadanya. Air matanya menitis ke pipi. Hana mengalami serangan anxiety!

Hana bangun dari pembaringan dan cuba untuk menahan emosinya dan meraung sekuat hati.

'Ya allah, sakitnya..!'

Tangan Hana sudah mula berdarah kerana tekanan dari jarum yang dimasukkan ke belakang tapak tangannya. Hana tidak dapat menekan butang kecemasan. Hana cuba mengapai butang kecemasan tetapi akhirnya terjatuh dari katil.

Setelah penat bertaruh dengan serangan anxiety hampir 1 jam. Akhirnya, Hana kelelahan dan tertidur di atas lantai. Sebelum Hana menutup mata, dia melihat bayangan orang berkot putih memanggil namanya.

Berita tentang Hana terjatuh dari katil telah sampai kepada Engku Hamzah. Ketika itu Engku Hamzah baru sahaja selesai bermesyuarat dengan anggota atasan agensinya.

"Macam mana keadaaan anak saya, dokter?"

"Keadaan Engku Hana dah stabil, dia mengalami serangan anxiety sebaik sahaja sedar." jelas Dokter.

"Apa? Takkan tiada siapa tahu yang dia dah sedar? Korang buat apa ha?"

"Papa, dah, jangan marah dokter. Faris dan Afiq yang masuk lawat Hana tadi. Maybe Hana sedar selepas itu." tegur Faris.

"Takpelah, yang penting keadaan Hana dah stabil." kata Engku Hafizah.

"Btw Engku, boleh saya tanya sesuatu? Engku Hana masih ambil ubat atau tidak?" tanya dokter. Dalam masa yang sama, keluarga Dato Afwan pun sampai.

"Ubat? Hana sakit apa?" semua orang yang berada di situ berpaling ke arah suara itu. Ia Datin Ameena bersama Dato Afwan!

Keadaan menjadi janggal apabila tiada siapa pun yang menjawab soalan dari dokter itu dan Datin Ameena.

"Maafkan saya, Engku. Jika tak keberatan boleh ikut saya ke bilik?" minta dokter.

"Baik, mari." Engku Afwan memberi isyarat kepada isterinya dan terus membuntui dokter ke bilik.

"Mari masuk jenguk Hana, kita berbual kat dalam." ajak Engku Hafizah. Mereka bertiga pun masuk ke dalam wad Hana. Kecuali Afiq dan Faris.

"Hana mengalami penyakit mentall illness sejak sekolah rendah lagi. Dahulu disebabkan Hana gemuk, dia selalu kena buli. Tapi dia tak pernah beritahu sesiapa pun. Sehingga guru kelasnya telefon saya dan mengatakan Hana menghantuk kepala kawan sekelasnya ke dinding. Bila siasat, rupanya selama ini dia dibuli."

"Sejak daripada peristiwa itu, kami hantar Hana ke rumah ayah saudaranya di Thailand. Dan Hana pulang semula ke Malaysia pada umur 15 tahun." Panjang lebar Engku Hafizah menjelaskan mukadimah cerita.

"Saya pendekkan cerita. Hana start ambil ubat pada umur 19 tahun. Selepas kejadian hitam yang berlaku kepadanya. Ketika itu, keadaan dia sangat teruk. Ayah saudaranya menyuruh kami untuk hantar Hana semula ke sana. Di sana, Hana bukan sahaja menyambung pelajarannya, tapi dia pernah ditahan di hospital mental." sambung Engku Hafizah dalam keadaan sebak.

"Kami minta maaf." Datin Ameena memeluk Engku Hafizah yang sedang menahan sebak.

"Bukan salah Datin dan Dato. Ini memang takdir Hana. Hana seorang anak yang kuat." Engku Hafizah membalas pelukan Datin Ameena sambil tersenyum kearah tubuh kaku itu.

Dato Afwan hanya melihat mereka berpelukan. Dia juga agak terkejut dengan kisah silam bakal menantunya itu. Bagaikan Hana dengan penderitaan tiada berpisah.

Serta merta memori hitam yang berlaku pada 5 tahun lepas menerjah dalam fikiran. Dato Afwan mengeluh. Dia mesti menjayakan rancangan untuk menyatukan Afiq dan Hana walaupun terpaksa melalui ujian yang sukar.

Di luar bilik, Afiq dan Faris duduk di kerusi yang disediakan. Kelihatan keduanya tenggelam dalam dunia masing-masing sehinggalah Faris bangun dari kerusi.

"Kau kena belajar untuk lembutkan hati Hana." ujar Faris sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket.

"Kau rasa aku mampu? Dengan apa yang sudah berlaku? Aku.... entahlah." keluh Afiq. Matanya memaku ke lantai.

"Aku yakin kau boleh. Kau masih sayangkan adik aku kan? Mata kau tak boleh tipu aku, Afiq. Adik aku pun. Tapi korang sama-sama ego!" bidas Faris lalu pergi meninggalkan Afiq.

Afiq terkedu seribu bahasa apabila mendengar kenyataan dari mulut Faris. Dia harus menjernihkan keadaan dan bertanggungjawab atas apa yang sudah berlaku.

Persoalannya, mampukah?

The PhilophobiaWhere stories live. Discover now